Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Demi Allah, aku tak kuat. Kerana Allah, aku harus kuat."
Umi ada 5 orang anak buah.
Jumlah yang banyak.
Dan diorang semua comel.
Bukan diorang je. Kanak2 yang lain seluruh dunia pun comel.
Tak kira kulit hitam, coklat, putih, semua comel.
Satu perkara yang umi percaya kenapa diorang comel.
Sangat comel.
.
.
.
Sebab mereka anak syurga.
Masih suci, tidak berdosa,.
MasyaAllah.
Hi.
Saya Umi.
Berumur 24 tahun.
Dan saya percaya, saya makhluk Tuhan yang sangat banyak dosanya.
Tidak terkira.
Astagfirullahalazim.
Allah itu Maha Sempurna.
Baik, Pemurah.
MasyaAllah.
Banyaknya dosa umi, tapi Dia still bagi oksigen percuma.
Hinanya umi, tapi Dia still bagi macam2 nikmat dekat umi.
SubhanAllah.
Dan tiba2 teringat kata2 Rabiatul Adawiyah di suatu ketika,
"Andai syurga dan neraka itu tidak wujud, adakah kalian masih menyembah Allah?"
Paham tak ayat dia?
Ceritanya....
Bila ditanya, kenapa solat?
Kita jawab, "kalau tak solat, masuk neraka".
Bila ditanya, kenapa puasa?
Kita jawab, "Kalau tak puasa, tak dapat masuk syurga".
Dan di mana letaknya ALLAH?
Perbuatan kita hanya sekitar dosa, pahala, syurga dan neraka.
Sedangkan yang menciptakan, Allah S.W.T.
Hebatnya wali Allah, Rabiatul Adawiyah..
Kecintaan dia kepada Allah.
MasyaAllah.
(Sila cari buku hijau bertajuk Rabiatul Adawiyah, Perindu Cinta Abadi. Sangat2 disyorkan)
Buku ini juga sesuai buat anak2 dara, anak2 bujang yang masih single, dan masih mencari2 jawapan siapakah pasangan.
Banyak tips2 yang dikongsikan dalam buku ni.
Bila ditanya para sahabat Rabiatul Adawiyah,
"Kenapa kau begini wahai Rabi'a? Engkau beribadah bagaikan tiada esok untukmu. Di hatimu cuma Allah sehinggakan engkau tiada nafsu untuk berkahwin?"
Jawab Rabiatul,
"Apa lagi yang ku mahukan. Sedangkan Allah dah beri segala nikmat kepadaku. Apa lagi mahuku? Aku hanya inginkan keredhaannya. "
Tudiaaaa...
Yang dia dok puasa berhari2, solat sampai tidur dia hanya beberapa jam sahaja, bukan kerana syurga neraka.
Tapi kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Dan teringat umi pada kata2 seorang sahabat,
"Kita ni hamba Allah. Nak kira dosa pahala kita, memang kita fail. Kira la macam mana pun,takkan dapat jawapan dia. Kita dapat masuk syurga pun dengan ihsan Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya."
Alhamdulillah.
SubhanAllah
Astagfirullah.
Allahuakbar.
Allahumma solli ala saiyida Muhammad.
Doakan yang baik2 buat umi dan semua sahabat2 di luar sana.
Alhamdulillah, hari ni genap setahun kerja..
Moga Allah beri kekuatan.
Semoga Allah redha segala amalan kita.
Yang baik dari Allah, yang buruk semua daripada Umi.
Sebarang teguran boleh direct pada umi.
Terima kasih, Xiexie, thank you, syukran.
La hawlawala Quwwata illa Billahilaliyyilazim
Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com