Friday, 29 March 2013

Semua Kerana Kehendak dan IzinNYA.

Sejak naik semester baru ni, umi ada perasan sesuatu.
Semester lepas, umi ada niat macam2. Antaranya:
  • Insya-Allah, kalau ada rezeki lebih, nak beli smartphone.Murahpun xpela.Janji boleh berhubung dengan customer sebaik mungkin.
  • Setiap kali pandang beg galas, terdetik kat hati. Kasihan beg ni, dah bertahun aku pakai. Sampai koyak2 dah. Tapi boleh pakai lagi.
  •  Nak join usrah jugak. Tak kira apa jadi. Kena juga cari usrah. Nanti dah keluar U, lagi susah.. Jumpa sahabat2 dekat masjid, Pusat Islam, mesti tanya "ada join usrah tak".
    Dan Alhamdulillah.. Allah sangat2 baik..Allah Maha Pmurah. Maha Penyayang.
    Tak pernah kedekut dengan hambaNya.
    Allah..Allah... T T
    Hina betul rasa diri ni..='(
    Semester ni, Allah bagi semua yang umi dah niat macam2 tuh..
    • Abang umi hadiahkan tab. Niat nak yang murah2, tapi Allah bagi lebih.Allahuakbar..Allah Maha Besar..=')
    • Ida pulak hadiahkan beg galas yang memang umi dah minat lama. Allah. Allah salurkan melalui Ida. Terima kasih Ida. Terima kasih ya Allah..Alhamdulillah wa syukrillah.
    • Nak join usrah dari sem ke sem. Alhamdulillah, semester lepas rapat dengan yuhaniz, ahli dalam HELWA. Awal semester asyik tanya dia pasal usrah. Dan again! Allah bagi.huhu... Allah maha Pemberi Rezeki. Allah tidak pernah kejam dengan hambaNYA.




    Dan pagi tadi, punyalah rindu ayah, rindu dayah. rindu tarbiyah ujian dari Allah, dok update2 blog.
    Sekali dayah komen. Allah.. Baru je hati nak taip "kalau sahabat tu mesej dengan mesej yang mengingatkan kepada SANG PENCIPTA, pun dah lebih dari cukup"
    Sekali Allah hadirkan sahabat ni untuk komen...='). Allah..Allah...
    Nikmat Allah yang mana lagi umi boleh dustakan???
    Sedangkan umi berbisik dalam hati, DIA dengar!.
    Sedangkan umi minta sikit, DIA bagi lebih!
    Sedangkan umi selalu buat maksiat, buat dosa, DIA bagi jugak!.
    Allah... Betapa besarnya Engkau.
    Betapa berkuasanya ENGKAU..
    "Ya Allah, jadikanlah aku sahabat yang mencintai hambaMu yang lain atas dasar mencari keredhaanMu. Atas dasar cintaMu. Atas dasar keimanan.."
    Kerana itu aku sayangkan kau dayah..i really2 love u.insya-Allah kerana Allah...=')
    Kerana Allah tak hadirkan aku insan yang sentiasa dekat dengan ku untuk peringatkan aku tentang kebesaranNya. Tapi Allah bagi dayah, jarak jauh punya sahabat untuk ingatkan umi...
    Alhamdulillah ya Allah....
    Nikmat yang Engkau berikan, terlalu2 banyak.
    Terlalu indah..T T

Muhasabah 2

Assalamualaikum.. Sekitar pukul 3 pagi tadi saya terjaga kerana banyak nyamuk menggigit. Terima kasih kepada nyamuk-nyamuk yang mengejutkan supaya bangun tahajud. Kelihatan Yugi masih hidup lagi dan sekali lagi dia sudah berada di dalam tandas. Saya mengambil syringe dan menitikkan air ke dalam mulutnya. Kelihatan air matanya sedang mengalir. Dia menarik kepalanya seolah memberi isyarat tidak mahu minum. Bau Yugi busuk seolah bau bangkai. Insaf. Bagaimana saya di hujung nyawa nanti? Adakah saya turut berbau busuk? Ya Allah ampunilah aku.. Saya mahu menggunakan tandas jadi saya angkat Yugi keluar dari tandas dan meletakkannya di atas alas kaki depan tandas. Usai bersolat, saya berdoa "Ya Allah, permudahkanlah urusan Yugi..." saya tidak tahu apa yang terbaik untuk Yugi. Allah lebih mengetahui. Tiba-tiba kedengaran suara sesak nafas. Kelihatan Yugi sedang tercungap-cungap. Saya kenal tanda-tanda kucing yang hendak mati kerana setiap hari saya menontonnya tanpa rela. Segera saya kejutkan Ali yang sedang tidur.
"Ali, bangun. Kakak rasa Yugi dah nak mati tu. Pergilah tengok,"

Dalam seminit dua, Yugi menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tiada lagi kesakitan untuk Yugi. Syukur Ya Allah kerana bagi kesempatan Ali untuk melihat Yugi pergi. Ali yang mula-mula memelihara Yugi di hostel KUIS. Kemudian Yugi terpaksa dihantar kepada saya setelah felo hostel menemui Yugi dan lain-lain binatang di bilik Ali.

Malam semalam saya berbincang dengan pembantu-pembantu saya. Wajah mereka muram, mungkin wajah saya juga begitu. Biasalah hidup ini pasti bertemu masalah dan kita cenderung rasa runsing. Apabila bermuhasabah semula, ya segala masalah perlu dikembalikan kepada Allah. Sebagai manusia biasa, kita perlu buat banyak keputusan. Ada kebarangkalian keputusan itu adalah yang salah, namun kita tetap perlu meneruskan hidup ini. Perkara paling penting adalah setiap kali hendak buat keputusan, ingatlah mati. Ingatlah bahawa ada manusia yang hidupnya menyakiti manusia lain dan manusia itu akhirnya mati. Ingatlah bahawa ada manusia yang hidupnya siang malam bekerja sehingga culas solat dan aurat dan manusia itu akhirnya mati. Ingatlah bahawa ada manusia terlalu tamak dan mementingkan diri dan manusia itu akhirnya mati. Ingatlah bahawa diri kita ada banyak kelemahan dan kita akhirnya akan mati.

Jangan terlalu risau tentang rezeki. Perbaikilah hubungan dengan Allah melalui mencuci hati supaya bersih daripada sifat sangka buruk, dengki dan dendam. Yakinilah pada janji Allah bahawa setiap kebaikan yang dilakukan akan dibalas oleh Allah dengan kebaikan berlipat ganda. Jika tidak di dunia, pasti di akhirat balasan berganda sedang menanti.

#Mari sahabat, bersiap sedia untuk mati..
 
#Copy Paste From K. Lillah#

Muhasabah 1

Assalamualaikum.. Sekadar berkongsi dengan sahabat2. Semoga banyak manfaatnya.. Saya ada membela 9 ekor kucing. Saya menjaganya seperti ibu menjaga anak-anaknya. Malam tidur bersama. Siang mereka mengekor ke mana sahaja saya pergi. Perkara yang sangat sukar untuk saya lakukan adalah meninggalkan rumah kerana saya khuatir keselamatan mereka. Apapun tentu sekali saya perlu meneruskan hidup sebagai manusia. Allah lebih mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-Nya. Dalam tempoh satu minggu ini, sudah lima ekor kucing saya mati. Purata seekor mati sehari. Veteriner kata ianya adalah disebabkan virus yang melumpuhkan fungsi hati. Maka perlahan-lahan saya melihat kucing-kucing saya mula muntah, lembik, kencing warna oren keluar tanpa dikawal dan pelbagai lagi. Keadaan yang paling pedih di hati adalah sewaktu menyaksikan pergelutan sakaratul maut. Pada saat ini ada kucing yang termuntah dan terkencing-kencing, ada yang tercirit kerana sakitnya hendak dicabut nyawa. Mulut ternganga dan bagai sawan. Air mata saya semakin lama semakin kering kerana sudah seolah rutin melihat seekor demi seekor mati di atas tapak tangan. Namun setiap kali mereka sedang nazak, air mata akan kembali mengalir deras. Jujur saya katakan ia sangat menakutkan melihat malaikat Izrail mencabut nyawa. Haiwan yang tidak berdosa ini berasa sakit sungguh, bagaimana pula kita manusia yang pasti suatu hari akan mati? Dosa-dosa kita bertimbun. Bagi seekor kucing, sakit dicabut nyawa ini adalah sakit terakhir yang perlu ditanggungnya. Bagi seorang hamba Allah yang berdosa pula, sakit dicabut nyawa ini barangkali adalah yang pertama dan bakal disusuli azab-azab barzakh yang lebih pedih. Azab kerana culas solat dan aurat, azab kerana berkasar dengan ibu bapa, azab kerana mencuri tulang dalam bekerja dan 1001 azab yang kita sendiri boleh fikirkan....

Astagfirullah... Astagfirullah... Astagfirullah... Hanya itulah kalimah yang terketar-ketar saya mampu lafazkan saat tubuh lemah di atas riba saya sedang kejang-kejang ditarik nyawanya.

Saya tidak menangis kerana kucing-kucing ini mati atau kerana saya akan merindui mereka. Saya menangis kerana saya khuatir cara bagaimanakah saya akan mati dan cara bagaimanakah ahli keluarga saya akan mati. Saya berazam berkali-kali untuk bertaubat dan mahu menjadi orang baik. Saya berazam bersungguh-sungguh untuk mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya. Kemudian apabila teringatkan bahawa kita tidak mungkin masuk ke syurga sendirian degan begitu mudah kerana ada anak-anak, ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang akan menarik kaki kita ke neraka, sekali lagi air mata saya tumpah. Lemah!!

Ya Allah... Sungguh aku tak mampu untuk melawan nafsu sendiri tanpa kekuatan dari-Mu! Sungguh aku tak mampu untuk beribadah sendiri tanpa kekuatan dari-Mu! Sungguh aku tak mampu untuk mendidik anak-anakku, menunaikan segala hak-hak manusia lain tanpa kekuatan dari-Mu. Ya Allah, berikanlah hamba-Mu ini kekuatan....

Malam tadi saya seakan robot tanpa perasaan. Hati rasa tenang sedangkan baru selesai membungkus bangkai kesayangan saya dan membersihkan najis yang bertabur. Dengan wajah yang tersenyum saya memaklumkan kepada emak tentang kematian kesayangan saya.

"Emak, kakak tidak mahu mereka mati sia-sia. Kakak mahu kematian mereka menyebabkan kakak menjadi orang yang baik. Kakak tidak rasa bersalah atau bersedih kerana kakak sudah buat yang terbaik. Sudah beri ubat, sudah beri rawatan dan sudah teman hingga akhir. Ini baru kucing mati, belum lagi orang kesayangan yang mati. Kakak tak mahu suatu hari nanti kakak menyesal seumur hidup kerana pernah buat salah kepada manusia yang pastinya akan mati. Penyesalan itu lebih sakit dari segala penyakit fizikal. Kakak pilih untuk sabar. Apabila ingat begini, rasa ringan segala masalah hidup." ujar saya.

"Biarlah orang kata kita bodoh kerana bersabar. Allah tahu dan ianya tidak datang secara percuma," sambut emak.

"Kita tidak akan mampu memperoleh hak kita walaupun kita bersungguh-sungguh menuntutnya tanpa izin Allah. Sesungguhnya Allah berkuasa ke atas segala-galanya, jadi kita kena yakin segala hak yang tertunai dan hak yang terhalang adalah kehendak Allah. Maka kita tidak akan tersinggung atau berkecil hati dengan manusia yang menyakiti kita. Jika Allah hendak memberi, tiada yang dapat menahan. Jika Allah hendak menghalang, tiada yang dapat melawan. Allah menjaga rezeki kita."sambung saya lagi.

"Ya.. Terlalu sedikit kita bersyukur dibandingkan dengan nikmat yang Allah berikan. Takutnya kalau kita terlupa..."

Ujian itu menyakitkan. Kesakitan yang menyebabkan kita makin dekat pada Allah itu hikmah. Kesakitan yang menyebabkan kita makin jauh daripada Allah itu bala.....
#Mari sahabatku, bersiap untuk mati..
 
#COPY PASTE DARI K.LILLAH#

Usrah 1

 
"Akak nak setiap sorang ceritakan dua orang, yang paling sayangkan kita dan lagi sorang yang kita paling sayang"- kak Fiza (naqibah)
sahabat 1:
"Dulu, masa mak hidup, saya rapat sangat dengan mak. Senang cerita, hidup saya hanya emak. Ayah, kakak, adik, saya tak rapat langsung. Sampai suatu saat, Allah tarik nyawa emak saya. Saya macam hilang arah. Hari- hari pergi kubur mak, menangis, bacakan yasin, merintih. Bayangkan, hidup saya hanya pada emak. Ayah tak rapat. Lepas mak takde, saya sunyi sangat. Saya takde sesiapa dah. Tapi, Alhamdulillah. Sebab tak lama tu cuti habis. Jadi tak sedih sangat macam dulu. Orang yang paling sayangkan saya, emak saya. T T"
-mungkin masa umi tulis ni, tak sedih. Tapi masa dengar sahabat ni bercerita, Allah..Hebat betul dugaan dia. Seteruk2 ujian yang umi dapat, rasa tak setanding lagi dengan ujian sahabat ni. T T. Serius sedih, masa dengar dia cerita. T T
 
 
Tiba turn umi membebel nak bercerita pulak. 
-Habis je kakak tu cakap "ceritakan orang yang paling sayangkan kita", umi terpikirkan sahabat umi yang sorang ni je.serius rindu kat dia...
"Orang yang saya rasa paling sayangkan saya, sahabat saya. Dia berusaha carikan saya sahabat supaya dapat bimbing saya mendekati Allah.Serius. Sangat2 terharu bila dia sudi usaha gitu.=').Walaupun kami jauh. Jujur saya katakan, saya sangat cemburu akhirnya dia berjaya bertemu dengan orang baik- baik. Ada teman ke program2. Saya masih sendiri. Tergapai-gapai seorang diri.Terasa bagai cinta diduakan. hehe. Tapi umi teringat "HUSNUDZHON!!". Takkan saya lambat, dia pun kena lambat. Saya taknak pentingkan diri. Takkan kerana sayangkan saya, saya nak biarkan dia dengan saya 24jam. Dia juga perlukan sesuatu untuk perbaiki diri dia.Takkan nak mesej, telefon saya 24jam ye tak?hehe. Kadang- kadang saya harap, dia mesej saya. Tapi tula. Sayang dan cinta dalam berukhuwah bukan perlu bersms, telefon, chat, komen2 kat fb. Tetapi DOA. Kerana "power of Dua', nobody can expect", kerana itu antara senjata paling hebat yang Allah bekalkan ke hambaNYA...Tapi tak tahu lah.Macam saya je yang paling sayang dia.hehe.Tapi dia pernah cakap dia ada dua sahabat yang paling dia sayang(Perasan kejap..hehe) Moga Allah memberkati ukhuwah kami.Bila umi rasa malas nak berubah dek ujian yang sekecil2nya yang umi punya poyo buat jadi besar, umi teringat kat dia. Nak jadi kuat macam dia.Walau tiada siapa di sisi.Sebab umi sayang dia sangat2.................Dan orang yang paling saya sayang sangat4x  adalah ayah. Ayah tak pernah cakap dia sayangkan saya. Tapi dari perbuatan dia dah cukup membuktikan segalanya. Dia sanggup panjat bumbung rumah orang, pasang lampu, kipas, panjat tangga tinggi. Padahal dah berumur 65 tahun.Bayangkan.huhu. 65 tahun, larat buat apa?Tapi ayah, masih kuat.huhu.. Pernah suatu hari,ayah betulkan kipas kat bilik tanpa memakai baju. Sebab abang takde, jadi umi tolong ayah pass2 alatan. Bila ayah dah sampai hujung tangga, hati berdebar2, Allah, dah tua2 masih panjat tangga.huhu. Dari bawah saya perhati ayah, saya pegang tangga kuat2, walau tahu ayah berat, kalau ayah jatuh, saya tetap nak sambut ayah! Sedang leka memerhati, tiba2 nampak satu lebam biru di bahu ayah.Masa tu, air mata laju mengalir. Terus keluar bilik.Bila rasa dah ok, masuk balik.Pastu tanya ayah "Bahu ayah kenapa?". "Kenapa dengan bahu?Oh.Tadi jatuh"..Bayangkan! 65 tahun, jatuh, bahu lebam.Kalau sikit takpe. Dan sekali lagi, keluar bilik menangis.huhu.Petang tu, keluar dengan abang, tanya abang bahu ayah kenapa. Abang cakap ayah jatuh tangga dalam bilik air. Masa tuh, dalam hati Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya saya, sebab Allah masih panjangkan umur ayah. Alhamdulillah.."
 
 
Huhu.. Ayah hebat. Ayah sangat baik. Ayah garang, tapi akak tahu ayah sayangkan akak.
Ayah sanggup drive dari selatan sampai utara..Semata2 nak pastikan akak sampai kat sintok ni.
 
 
"Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah supaya aku boleh berpimpinan tangan dengan emak dan ayah menuju syurgaMu, ya Allah. Aku tahu, Engkau maha Pemurah, maha Adil, maha Penyayang"
 
 
*Dan tentang sahabat. Mungkin umi belum layak berjumpa dengan sahabat yang boleh bersama2 ke majlis ilmu, bersama2 dalam erti kata menuju keredhaan Allah. Tetapi sahabat2 yang ada di sekeliling umi sebenarnya dah banyak membantu umi. Perhatikan mereka, muhasabah diri, dan akhirnya umi ketemu jawapan kenapa aku tak beroleh sahabat 'alim2'. Allah nak mendidik umi dengan cara yang berlainan. Sahabat2 umi semuanya Alhamdulillah baik2. Alhamdulillah Allah kurniakan mereka .. (* ^).Yang penting, jangan pernah merasa diri BAIK. Kena rasa kita ni HAMBA ALLAH YANG PALING HINA selalu.Kerana kita ni HAMBA yang sering berbuat dosa.Tak pernah lelah membuat dosa.=(.Tak pernah berasa cukup setelah diberi nikmat.
*Kalau nak dapatkan keredhaan Allah, nak berhijrah, nak bertaubat, nak buat apa je, kena ingat. "All I need is Allah"."Everything is about Allah". Jangan bergantung dengan orang lain. Kelak kita hanya menanti tanpa usaha..Usaha..Usaha.. Dan terus berusaha. Kemudian, letakkan segalanya pada Allah. Dan berdoa, semoga setiap amalan kita kerana Allah. Semata2 untuk keredhaanNya. Semata2 untuk CINTANYA.
Allahu rabbi.Betapa besar rasa kasihan rasa sayang DIA pada hambaNya. ='(

*Terlalu banyak nak cerita. Dah 2x usrah. Tapi sempat cerita ni je buat masa ni. Sebab malam ni rindu sangat dekat ayah. Jadi update usrah minggu lepas punya minggu lepas..=)
*Sedang cuba menyibukkan diri dengan business, aktiviti2...supaya tak buat perkara yang sia2. supaya tak mengganggu orang lain..Semalam baru je kacau masa Izzati sobri dengan Azura Azai...=)
*Twitter sudah berjaya deactivated. Sedang cuba mengurangkan penggunaan FB(fb ni agak susah sikit kot.nak2 BintuAbi dah bukak dropshipper under umi.Alhamdulillah. rezeki Allah).
*Hari2 mak telefon, "umi, macam mana 'tu'?ada kurang tak?".. huhu...setiap kali mak tanya tak tahu nak jawab camna..tak mau jumpa doktor dah...=(..
*Usrah 1 dan 2 ade cerita pasal nama2 Allah..nanti umi share lagi ye...bila berkelapangan...(* ^)
Assalammualaikum

Friday, 8 March 2013

Makan dalam talam??

Umi baru je selesai program "Muslim Youth Camp" aka MY Camp yang berlangsung selama dua hari.
Bermula petang semalam dan selesai malam ni.
Sepatutnya sampai jam 11 malam.
Tapi umi ada hal sedikit..hehe..
Ok.
Sepanjang 2 hari yang umi mampu pergi, umi dapat hadir dua slot.
Alhamdulillah.
1 slot dikendalikan sendiri oleh saudara dari Kelab PERKIM.
Bila lihat dia bercakap, Allahurabbi.
Penuh hujah yang bernas, yang fakta bukan auta siap hadis segala.
Bila bandingkan diri dia dengan umi.. Allah.jauh beza.
Bila lecturer minta umi present, Allahuakbar.
Ni..Tangan kaki menggigil tak hengat.
Punya la cuak. 
Tapi bila lihat saudara tadi, tertanya2, macam mana dia boleh menjadi sebegitu yakin.
Ok..Nak share sikit pasal apa yang umi dapat dari slot2 tadi...
1st slot, berkisar "Apa ertinya aku menganut Islam" oleh Dr. Fathi Yakan.
Alhamdulillah, walaupun saudara tadi hanya bincangkan tentang 1 bab saja iaitu "Saya mestilah muslim di sudut akidah"
Ada satu part tu paling terkesan di hati.
Kita selalu bersyukur dengan nikmat kaya, harta benda , keluarga, rakan2 dan lain2 lagi. Tapi kita jarang bersyukur, jarang nampak yang Allah sangat2 PEMURAH, Maha Mengasihani. DIA lahirkan kita di dalam agama Islam.DIA beri kita nikmat sebagai MUSLIM. Alangkah bertuahnya kita. Lahir- lahir, dah ISLAM. Cuma, Allah bagi kita pilihan. Samada ingin terus menjaga ISLAM dengan sebemar2 cara atau sekadar islam di mulut. Pilihan samada kita ingin melawan fitrah atau mengikut firah..

Lagi 1, saudara tu celoteh..
Syaitan punya banyak jarum2 berwarna-warni. Yang tsangat kreatif, sehingga orang yang banyak ilmu boleh terpedaya. Boleh jadi bicara syaitan---> "Ko buat baik kenapa? Kalau Allah dah tetapkan kau neraka, neraka jugak.Kau usahalah macam mana sekali pun tetap neraka.Takdir Allah sebelum kau lahir lagi dah ditetapkan"..Jadi, kita nak pujuk diri kita, nak bidas balik syaitan tuh macam mana?.. "At least aku dah usaha sebaiknya. Dah usaha sampai nafas terakhir. Kalau aku ditempatkan di neraka sekalipun, aku dah berpuas hati. Tetapi, kalau aku tak usaha, dan masuk neraka, memang layak tempatku di situ. Aku takkan berpuas hati kerana dah seksa diri aku".

Allah...Allah...
Lagi 1 nikmat kita sebagai Muslim.
Bayangkan kita dilahirkan sebagai kafir. Sudah tentu tempat kita di neraka dulu kini dan selamanya kecuali kita masuk ISLAM.
Nampak tak betapa indahnya Allah. Betapa mulianya Allah...
Allah...

Allah ciptakan hidung kita ini, lubangnya ke bawah.
Bayangkan lubang hidung ke atas, bila hujan, menadah air hujan la jawabnya.
Allah Maha Mengetahui..Allah lah segalanya..=')
Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai insan terpilih.
Insan yang sangat2 bertuah..Allah...



Dan lagi 1 nikmat yang umi berjaya kecapi...weeee
Alhamdulillah...
Makan dalam talam beramai2..

 Yang lagi bestnye, umi dok dengan sapa2 ntah.
Sahabat PERKIM. hehe..
Main duduk je sebab dah terliur dengan mihun, ayam segala menu tuh.
Tiba2......
Sahabat2 ni tadi, pakat dok suap2 ke mulut orang.
Umi dah pelik, sampai la diorang nak suap ke mulut umi. Allah.
Serius sebak. Indahnya ukhuwah..
Indahnya...Indahnya...
Tapi umi tak boleh la nak makan banyak sangat.
Kena sedar diri, gigi dah berpagar, kena kunyah slow2, kena makan benda lembut je.
Sahabat2 ni tadi tak tahu kondisi gigi umi.hehe..
Bantai la diorang dok suap lepas satu, satu...Ha, sudah!.
hehehe...
Tapi, serius lah....
sweet memory..Best ever after yang Allah sudi bagi selepas diuji hebat...

Errr...Lupa nak cerita.
Program ni anjuran saudara exco Biro Dakwah dan Tarbiah Kelab Perkim kerjasama dengan kami Helwa P. Islam.
Alhamdulillah, program pertama Helwa semester ni.


*Lupa nak update entry "Allah, aku nak nikah"..
Insya-Allah, ada masa lebih, umi update.. 
Wanshang hao..Assalammualaikum...

"Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang soleh dan solehah. Jadikan kami anak yang soleh dan solehah.Jadikan kami kakak, adik, sahabat, pelajar dan jiran yang soleh dan solehah...Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau beri kami hidayahMu. Ya Allah, tetapkan hati kami. Tambahkan ilmu kefahaman tentang ilmuMu, agamaMu kepada kami. Permudahkan kami ya Allah"

Amin...Amin... ya rabbal alamin

Saturday, 2 March 2013

Welcome Super Duper Senior

 
Ni hao ma??
Wo hen hao...Tersangat2 lah sihat. Alhamdulillah...(^ ^)
Iman apa khabar?
Semoga setiap detik, setiap hembusan nafas, setiap derapan langkah, kita ingat YANG SATU..
Allahurabbi...
 
Ohhhoooiii...
Orang kampung, rakyat jelata, sahabat sahibah, sayang- sayang sekalian..
Saya adalah pelajar SEMESTER 6 BIDANG PEMASARAN UUM!!!!
I'm really proud of that...
Seriously..
Macam tak percaya dah sem 6..Kejap je.
Alhamdulillah..Allah Maha Berkuasa..
Rasa macam semalam terkedek2 tarik beg, angkat baldi, sebak2 mak ayah hantar, dan hari ini, di sini, Umi sudah 3 tahun belajar erti kekecewaan, persahabatan, nilai ketuhanan, dan macam2...
Sangat2 serius, saya dah jatuh cinta dengan UTARA..=)
Sebab makan murah...=p
 
Sebelum daftar sem 6, cuti dalam sebulan dekat rumah.
Dan Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah...Serius tak tipu..
 
 
 Alhamdulillah...Yeah!!! 
Saya sudah dapat lesen memandu..Da real license..
Not L, either P...But da real one!!!
Dan lagi satu...
Alhamdulillah.
Sebab Allah kurniakan seorang abang yang sejak dulu, memang tak kedekut...
Memang dengan adik beradik, dengan family dia tersangatla caring..
Syukur pada Allah.Alhamdulillah.
Muaz bagi Galaxy Tab 7.0..
Umi anggap, itu hadiah sebab pointer luar dari biasa walaupun tak dekan.
Walaupun tab tu, dia dah pakai dalam half of year, tapi dah cukup bersyukur.
Lagi satu, sedang menunggu result, umi selalu berdoa.
"Ya Allah, kalau aku dapat dekan, aku nak minta ayah mak buat kenduri selamat".
But see... Tak dapat dekan..Dan Allah bagi hadiah lain yang pada umi special sangat.
Dan Alhamdulillah, tak kena repeat apa2 paper..=)
 
Tetapiiiii...
Serious segan nak bawak benda alah ni keluar dari beg.
Takut orang cakap kita berlagak pula sat lagi...
Mudah2an Allah redha apa saja amalan yang kita lakukan....
Amin amin amin ya Allah...
"Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang solehah, anak yang solehah, adik serta kakak yang solehah, sahabat yang solehah, dan bakal isteri yang solehah"..
 
 
# Next Entry---> "Allah, aku nak nikah!!!"...=P
 
Assalammualaikum....
 
 
 
Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com