Sunday, 24 November 2013

Sendiri?? Oh tidak.. Allah kan ada..

Sekian lama jejari comel ni tak menari.

Alhamdulillah.
Kita diizinkan Allah untuk terus menikmati segala pinjamanNYA lagi.
Umi kini sudah di semester 1 tahun 4. (semester 7)
Tinggal 1 semester sahaja lagi.
Masih gigih mencari tempat praktikal. T T
Alhamdulillah.
Umi senang bergerak sendiri.
Makan sendiri, ke mall sendiri, ke program sendiri.
Dan umi tahu, Allah ada untuk jaga umi.
Alhamdulillah.
Tapiiii...
Bukanlah bermakna hidup ni nikmatnye berseorang.
Kita perlukan orang lain untuk KUAT.
Islam itu sendiri KUAT apabila MUSLIM itu bersatu.
Bila seorang itu dibidas, punya seorang lagi hamba Allah yang akan bantu.
Hidup ini saling memerlukan.
Tak percaya?
Tengok saja pada daun dan haiwan.
Mereka memerlukan karbon dioksida dan manusia memerlukan oksigen.
Sejak di semester 5, umi terbiasa dengan kehidupan solo.
Sejak diuji 'cinta monyet' dan kawan- kawan.
Sehingga kini...
Ramai sahabat bertanya
"Umi, sorang2 ke?"
Dalam hati ingin sekali menjawab 
"Dalam kubur nanti pun sorang2"
Jawapan penuh riak, takbur, bongkak.
NAUZUBILLAHIMINZALIK

Tidaklah umi sekali2 ingin menjawab sebegitu.
Semoga Allah sentiasa jaga hati ini.
Umi senang sendiri.
Tidak perlu menanti orang lain.
Jimat masa.
Tidak perlu meluangkan masa dengan perkara tambahan yang tak perlu (mengumpat).
Tapi, ada ketikanya, umi merasa perlu untuk luangkan masa bersama sahabat2.
Kita bisa bahagia, apabila melihat orang yang kita sayang bahagia.
Benar bukan??
=)
Tiada apa yang nak dirunsingkan jika berseorangan.
Allah kan ada...
Semoga kita semua kuat untuk berdiri atas kaki sendiri.
 
 

Sunday, 29 September 2013

Kerinduan itu, menenangkan.

 
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.
Astaghfirullahalazim.
Hari ini, 
aku masih bisa merenung langit biru.
Masih bisa menatap kehijauan alam.
Masih bisa bernafas tanpa perlu membayar 2 kupang atas pinjaman udara yang Allah kurniakan.
Masih mampu melangkah meneruskan rutin harian.
Masih diizinkan menikmati nikmat Islam dan Iman.
Walaupun, aku tahu, imanku senipis kulit bawang.
Allahu Allah.
2 Tahun berlalu.
Tapi, aku masih merindui saat- saat diuji.
Aku masih merindui saat- saat ditarbiyah Allah.
Aku rindu saat menangis, merintih, mengadu sesungguh- sungguhnya pada Sang Pencipta.
Aku rindu!!
Aku rindu tika aku membaca ayat- ayatNya, air mata mengalir tanpa dipinta.
Aku rindu saat kaki melangkah, hati masih menangis memikirkan betapa berdosanya diri ini.
Aku rindu saat rendah dirinya aku ini kerana memikirkan betapa jijiknya diri ini.
Aku rindu saat aku mula- mula kena erti cinta hakiki.
Aku rindu saat mula- mula aku sedar bahawa aku masih punya Allah.
Masih punya ibu bapa.
Masih punya abang- abang, kakak, adik.
Sahabat- sahabat.
Allahu Rabbi.
Berat sekali rindu ini.
Tak terungkap dek kata- kata.
Kerana saat ini, aku terasa zalimnya diri ini.
Tidak menunaikan fitrah hamba.
Menidakkan fitrah manusia yang punya cinta hakiki dalam jiwa.
Yang hati- hatinya inginkan kebaikan.
Yang hati- hatinya bencikan kejahatan, kezaliman.
 
2 tahun berlalu.
Tetapi, aku tidak sekuat dahulu.
Saat aku merintih, merayu pada Illahi, aku rasa kuat sekali.
Kuat kerana aku yakin, Allah sedang memelukku, sedang memujukku.
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” 
Surah Qaaf, ayat 16. 
 
Tika itu, aku senang sekali berkhalwat dengan Allah.
Bersendirian, mengadu, menangis, menyesal, bertaubat.
Tika itu, aku merasa CUKUP.
Lapang, bahagia.
 
 
Kini.....
Setelah 2 tahun berlalu.
Aku tidak mampu mengalirkan airmata sederas dahulu.
Tidak mampu bergetar hati, bila disebut nama Allah.
Tidak mampu membaca ayat- ayatNya sekerap dahulu.
Tidak mampu merintih, merayu, menangis seperti dahulu.
Hati yang dulu lembut,
Hati yang dulunya DEKAT sekali dengan Sang Pencipta,
kini kian jauh.
 
Kerana tidak diuji.
Kerana sudah diberi nikmat kesenangan.
 
Aku rindu ya Allah.
Rindu sekali dengan saat itu.
Bila tiba saat itu, Engkau dahulu yang aku cari.
Engkau dahulu yang mendengar masalah, luahan aku.
 
Aku rindu ya Allah.
Rindukan hati yang dulu.
Rindukan tangisan yang dulu.
Rindukan saat itu.
 
Walau aku tahu, berat sekali ujianMu.
Walau aku tahu, peritnya azabMu.
Walau aku tahu, tidak terkiranya sakit masa diuji.
 
Kerana dakapan sayangMu ya Allah, aku adalah aku yang sekarang.
Kerana kasih dan sayangMu ya Allah, aku adalah aku yang sekarang.
Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah, kerana pilih aku.
 
T T


Saturday, 7 September 2013

P.I.A 2013

 
Alhamdulillah, umi sekali lagi diizinkanNYA untuk menjejakkan kaki ke KOLEJ MATRIKULASI PERLIS (KMP) buat kesekian kalinya.
Umi ada banyak cerita nak share.
Sebabnya, ni pengalaman paling indah umi pernah rasa.
Didikan terindah daripada adik2 yang umi sayang sangat2.
Kerana mereka terlalu istimewa.
TERLALU.


Kenapa ye umi kata mereka terlalu istimewa?
Erm..
*Sila baca sambil dengar lagu instrumental.. =p

Umi punya mak ayah.
Mak ayah yang masih hidup.
Dan mereka?
Tidak punya ayah.
Mereka diuji pelbagai dugaan.
Betul2 mendidik umi.

Pada mula program, umi tak tahu yang diorang ni anak yatim/ orang susah.
Umi macam biasa.
Cakap banyak, buat lawak bodoh selambe.
Alhamdulillah.
Mereka adik2 yang sangat periang.
Rajin sedekah senyuman.
Tak nampak langsung yang diorang ni sedang diuji.

Macam2 slot kami buat.
Ketawa tak hengat dunia.
Tiba 1 slot, "Graf Kehidupan".
Sorang2 cerita graf kehidupan masing2.
Time ni, memang sebak gila wa habaq sama lu.
Adik 1, " Masa saya nak exam lagi 2minggu, ayah saya takde. Lepas tu mak saya sakit. Memang saya tak dapat jawab exam dengan baik. Result jatuh. But then, saya bangun semula. Sampai bila nak sedih. Everyone has to move on their live. "
Perghhhh! Sentap umi.
hehe.. Sebab umi pernah menangis macam orang gila sebab benda bodoh.
Tapi diorang... hurm..
Hebat adik2 ni...
Itulah antara kisahnya...

Masa umi p Konvensyen Bidadari kat PICC,
tetibe dapat wassap sorang adik ni,
"akak, im afraid losing someone that dearest to me in life."
Hati dah cakap "Tula. orang kata jangan kapel. Eish"
Pastu masuk lagi text adik ni.
" Bila dengar ibu azam sakit, memang terasa pedih dalam hati."
DUMMM!!!!
Rasa macam kena hentak je kepala ni.
Padan muka kau. Suka sangka buruk.
TANG!!!
Rasa kepala dihentak buat kali kedua.
Sebab, adik ni lelaki.
Boleh nampak dia sayang kat ibu dia macam mana.
N, dia anak sulung.
Allahurabbi.
Betul2 kuat.
Hebat Allah.
Dia nak bagi azam ni tabah, kuat, DIA bagi nikmat ujian yang macam ni.

Hati kelu, tangan kejang, mulut bisu.
Tak tahu nak balas apa.
Dalam hati asyik cakap, 
"Allah, tolong jagakan mereka. Tabahkan hati mereka. Kasihani mereka. Rahmati mereka dengan kasih sayangMU yang melimpah ruah."

Umi selalu bayangkan bagaimana keadaannya kalau Allah tarik nikmat mak dan ayah tu.
Kadang2 tak sanggup nak bayang pun.. T T
Tapi, saat itu pasti, cuma tak tahu bila.
Umi cuba semampu boleh untuk jadi anak yang solehah, anak yang manja buat mereka..
='(

Al-kisah si gigi besi..

Tersebutlah kisahhhhh....
Selamat Hari Raya semua.
Maaf dari dalam tulang sampai hujung kulit.
Syok tak raya?
Ke masih rindu nak bersahur?
Rindukan saat-saat berbuka?
Rindukan kaki yang sihat melangkah ke surau untuk tarawih.
Rindu kan?
Setahun sekali.
Nak tunggu yang setahun sekali tu, bukan senang.
Mana tau, esok- esok dah 'takde'..
Apa- apa pun, ALHAMDULILLAH wa syukrulillah.
Kita terpilih untuk melaksanakan puasa di bulan Ramadhan.
Ada orang, langsung tak sempat nak merasa 1 RAMADHAN.
Beruntung kan kita? 
Alhamdulillah 
Ok. Umi nak merapu pasal pendakap gigi a.k.a 'braces'
Amende la braces tu?
Boleh search google ye.
=p
1st of all.. Jom baca cerita ni.
Alhamdulillah, raya ke-7 umi menziarahi kawan berdekatan.
Dan diberi nikmat sakit seketika.
Kena 'ulser'.
Amende la ulser tu.
Boleh search ye.. =p
Dah sakit tu, for sure umi tak boleh nak makan banyak.
Umi bukan kena 1 tempat, tapi dua.
Di bibir satu, di dalam pipi 1.
Sakit nya Allah je yang tahu.
Kawan punya susah hati sebab umi makan 'slow' sangat.
Hehe.
Dia pun cakap "Tu la. Nak cantik sangat. Kan dah."
Oh, time tu. Allah je tau apa umi rasa.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Persoalannya di sini, adakah braces tu tujuan dia untuk kelihatan cantik????
Maka, jom sama- sama tajdid niat kita.
Tak salah untuk cantik, sebab Allah itu sendiri JAMIL. 
Allah itu sendiri CANTIK.
MAHA CANTIK.
tapiiiii,
Jangan lari dari ISLAM.
Kalau gigi dah cantik, tersusun, takde cacat, apa perlunya pakai braces.
Alhamdulillah.
Umi baru sekarang berkesempatan pakai braces.
BUKAN UNTUK CANTIK.
Teringat lagi masa sekolah rendah.
Umi seorang anak manja (ok. perasan.. =p ) yang suka paksa mak ayah bawak p spital, semata2 cek gigi.
Padahal takde masalah pape pun.
SAJE!.. =p
Setiap kali lepas treatment, doktor mesti suggest "Adik. Taknak pakai braces ke? Kalau mak ayah kerja government, boleh murah lagi".
Time tu, memang nak. Tapi bila pikir, time tu, mana ada duit lagi.
Takkan nak menyusahkan mak ayah.
So, niat untuk pakai braces tu dibatalkan.
Umi ulang sekali lagi.
Umi pakai braces bukan SAJA2.
 
Masuk matrik pula, 'ketagihan' umi untuk jumpa doktor gigi tak dapat juga dibendung.
ekekeke..
Dan pujukan demi pujukan sang doktor terus berlagu- lagu.
But then, i still have no enough money.
For that time, umi batalkan lagi niat..
 
Masuk U, umi dah niat.
"Allah, aku nak pakai braces. Aku rendah diri sangat dengan condition gigi ni. Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik. Kalau KAU izinkan aku pakai, permudahkanlah."
Boleh dikatakan bila teringat, umi doa gini.
Satu hari, sebab takde kerja, kaki gatal p Pusat Kesihatan Universiti atau nama manjanya PKU,
terus la umi cakap kat doktor tu, umi nak cek gigi, samada boleh tak pakai braces.
Hati dah cakap, memang tak dapatla kau pakai, dah nak habis belajar pun.
Tapiiiii... Tiba2 doktor cakap "Ok. Buat appointment dengan akak tu".
Gembira dia jangan cakap la.
Dan Alhamdulillah, umi berjaya pakai duit sendiri.
Alhamdulillah rezeki Yang MAHA KAYA.
 
But then, lepas umi dah pakai.
Ramai pulak si gadis yang pakai untuk CANTIK.
No wonder la orang suka perlekeh yang pakai braces ni.
Gigi dah elok2, toksah la pakai.
Kalau gigi umi elok, umi taknak pakai.
Masa cabut gigi, darah ambil masa 2hari nak berhenti.
Dasyat tak??
Awal pemakaian braces, umi amik masa 3 jam untuk makan.
Dan akhirnya, umi amik keputusan untuk makan sup kosong je.
Alhamdulillah, SEDAP.. =)
Dan Allah permudahkan. Umi hanya perlu cabut 1 batang gigi je.
Dan tak sampai 2 bulan, gigi umi dah sempurna beralih.
 
Umi ingat lagi, dulu masa gigi tumbuh, gigi ni p tindih gigi lain.
Abang perasan.
Dia p ngadu dekat ayah. (Kejam kan? )
Ayah pun capai PLAYAR nak cabut.
Gila tak takut???
Lalu, berlari seperti lipas kudung lah umi keliling rumah sambil menangis.... =p
 
Kesimpulannya, jaga gigi elok2.. :p
Jangan mudah buat kesimpulan atas apa yang orang lain lakukan..
 

Monday, 29 July 2013

Mak Ayah


1st lukis doodle..:D
Mak ayah berebut cari rezeki nak bagi kita makan, belikan pakaian.
Tapi, kita berebut nak kedekut duit dengan mak ayah.

Mak ayah berebut hantar kita ke sekolah nak bagi kita pandai.
Kita berebut nak hantar mak ayah ke rumah orang tua sebab nak senangkan hati.

Mak ayah berebut nak beli kereta sebab nak bawa kita jalan- jalan.
Kita berebut- rebut beli kereta sebab nak berlagak dengan mak ayah. Berebut tak nak bagi mak ayah pakai. Takut jahanam katanya.

Mak ayah berebut telefon anak- anak sebab rindu.
Kita berebut off handset sebab tak suka dengar suara mak ayah.

Mak ayah berebut doa supaya Allah berikan anak yang soleh/ solehah.
Kita berebut maki hamun, kurang ajar dengan mak ayah. Siap doa mak ayah mati cepat.

Mak ayah berebut beli baju elok- elok, tudung sebab nak bagi kita tutup aurat dengan sempurna.
Kita berebut pakai baju ketat- ketat, tak nak pakai tudung, pakai seluar pendek atas lutut.

Mak ayah berebut nak masuk syurga, Kita berebut nak hantar mak ayah pergi neraka.

Anak jenis apa kita ni??

*Tekap muka bawah bantal....


Friday, 19 July 2013

"Saf! Saf!"

 
Alhamdulillah.
Diizinkan untuk bertemu RAMADHAN buat sekian kalinya.
Alhamdulillah.
 
Seronok tak puasa?
Apa yang lainnya puasa tahun ni, dengan puasa- puasa yang lepas??
=)
Mesti banyak kan.
Sebab kita ni, manusia yang belajar daripada kesilapan yang lalu, belajar daripada pengalaman yang lalu.
 
Ok.
Kali ni, umi nak kongsi sedikit ilmu yang umi tahu tentang saf.
Actually, SAF ni bukan time bulan RAMADHAN sahaja.
Tapi, al-maklumlah. 
Kita ni, bulan-bulan biasa kurang sikit nak buat solat jemaah.
*Bukan MALAS ye. Tapi KURANG RAJIN je. Hihi.
Itu yang tak perasan sangat isu SAF ni.
 
Jadi, alangkah beruntungnya orang yang mengamalkan solat jemaah bukan sahaja di bulan ramadhan.
Bahkan di bulan-bulan lain juga.
 
"Luruskan saf dan berdiri rapat-rapat"
Laung pak imam.
Jom kita imbas semula kisah-kisah PEMIMPIN AGUNG kita iaitu RASULULLAH S.A.W.
Rasulullah S.A.W tidak akan memulakan solat selagi saf-saf makmum Baginda tidak lurus.
Nampak tak betapa pentingnya keadaan saf?
 Rasulullah juga menggunakan bilah pedang untuk memastikan saf-saf makmum lurus.
Boleh rujuk gambar di bawah. *Hasil ehsan cik google



 OK.
Gambar di atas kebanyakannya merujuk kepada saf orang lelaki.
Di mana mereka perlu merapatkan kaki dan juga bahu.

Umi nak tekankan di sini, Hadis Riwayat Abu Daud yang ada dekat gambar di atas.
"Rapatkanlah saf kalian, dekatkan antara saf, ratakanlah leher kalian. Demi Zat dan jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya aku ternampak syaitan menyelit di celah-celah saf seperti anak kambing"

Ok. Jom kita bergerak ke saf wanita pula.
Kita sedia maklum, kaum wanita dikurniakan nikmat paling istimewa.
Iaitu sifat Ihya' ataupun sifat MALU.
Kaum wanita tidak perlu meluaskan kaki dan merapatkan kaki dengan makmum sebelah.
Cukup sekadar merapatkan bahu.
Dan kaki kaum wanita ketika solat perlulah dirapatkan di bahagian tumit dan jarak sedikit di bahagian jari.
seperti huruf V.
Begitu juga ketika mengangkat takbir.
Kaum wanita perlu mengangkat takbir di paras dada.
Berbeza dengan kaum lelaki yang mengangkat takbir di bawah telinga.
 Begitu juga ketika sujud, kita (kaum wanita), perlu merapatkan ketiak.
Bukan membuka ketiak seperti kaum lelaki.
Istimewa bukan kita? (* ^)

Ok.Itu sedikit perkongsian tentang keadaan solat wanita.
Back to the topic-SAF.
Walaupun kaum wanita tidak perlu merapatkan kaki dengan makmum sebelah, tetapi perlu dirapatkan bahu.

"Luruskan saf dan berdiri rapat-rapat" bukanlah hanya berkaitan rapat dengan makmum sebelah. 
Tetapi juga, lurusnya saf itu.
Jangan ada yang terlebih ke depan.
Jangan pula terlebih ke belakang.
Umi sertakan sedikit hadis berkaitan saf..=)
 
Dari Abu Mas'ud Al- Ansari RA. Katanya:
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah merapatkan bahu- bahu kami ketika hendak solat sambil Baginda bersabda: "Betulkan, penuhkan dan rapatkan saf-saf solat kamu. Jangan jadikannya bengkang-bengkok. Nescaya nanti akan berselisih hati-hati kamu."
-Hadis Riwayat Imam Muslim.

*Dalam hadis ini, Rasulullah S.A.W. menjanjikan bahawa saf solat yang bengkang-bengkok akan membawa kepada perpecahan DALAMAN iaitu HATI dan PERTELINGKAHAN di dalam masyarakat.


OK.Sekian saja coretan umi kali ini.
Insya-Allah bertemu lagi di entri akan datang.
(* ^)
 
"Ya Allah, rahmati kedua ibubapaku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku, bakal suamiku, bakal mak mertua, bakal anak-anakku dan semua hambaMu samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal duni. Ampunkan segala dosa kami samada yang kami lakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja."


KALAU ADA KEKURANGAN, KESILAPAN DALAM ENTRI NI, MOHON SANGAT-SANGAT TEGUR.
Boleh tinggalkan teguran atau sebarang komen di chat sebelah atau bahagian komen atau di FB umi terus..=)
umi kan hamba Allah yang penuh dengan kekurangan..=)
Tegur dengan hikmah ye..

Selamat menjalani ibadah puasa.
insya-Allah, kita sudah berada di fasa maghfirah.
Pohon sebenar-benar keampunan daripada YANG MAHA MEMBERI KEAMPUNAN.





Sunday, 16 June 2013

Nak kahwin!!!

 

Errkkk
Brrrr....
Nak kahwin?
 
Bangun pagi pun pukul 11 pagi.
Ada hati nak kahwin??
 
Bangun pagi, terus melantak.
Berus gigi tak.
Mandi apetah lagi.
LIAT!!.
Ada hati nak kahwin??
 
Masak air pun rentung.
Ada hati nak kahwin?
 
Solat pun tunda- tunda.
Kahwin tahu pula nak cepat.
 
Nak bangun tahajud pun susah.
Ada hati nak kahwin?
 
Baju dah melimpah- limpah baru reti nak basuh.
Tu pun pakai mesin basuh.
Ada hati nak kahwin??
 
Pinggan mangkuk berbulan- bulan tak basuh.
Ada hati nak kahwin?
 
Mak ayah minta tolong sikit pun dah melenting.
Ada hati nak kahwin?
 
Baca quran pun malas.
Ada hati nak kahwin??
 
Belanja pun boros.
Pantang ada duit lebih.
Ada hati nak kahwin??
 
Pesanan untuk diri sendiri
(umi sakinah bt. mat jamian)

1. Nanti dah kahwin, kau kena kemas rumah.
2. Nanti dah kahwin, kau yang kena masak kena basuh baju. Kalau suami kau nak tolong, BONUS. Tapi, kalau tak nak tolong??
3. Nanti kau dah kahwin, kau kena tolong bangunkan suami kau solat tahajud, solat subuh.
4. Kalau kau dah kahwin nanti, nak tasmi' dengan suami kau. Tapi, kalau malas mengaji, apa cerita?
5. Kalau kau dah kahwin, takkan nak harapkan suami kau yang uruskan duit belanja kau semua. Nak beli barang dapur, keperluan asas lagi.
6. Bila dah kahwin, kena saling tolong. Kalau mak ayah minta tolong sikit pun dah melenting, macam mana sepanjang perkahwinan kau?
7. Kalau mandi pun malas, macam mana nak pikat hati suami?..

-,-"

*Let's prepare ourself for the most importance things.
Buat yang aula' dulu.. Jangan tengok seronok je..

Selamat bertunang dan pengantin baru buat semua sahabat2.
Yang bernikah tu, ingat.
"Marriage is not about sex! But its about making UMMAH"
Anak yang hebat, pejuang agama, lahir dari perut ibu yang solehah, mantap luar dan dalam.
Lahir dari benih yang mencari keredhaan Allah.

#DugaanDiUsia20an#
 
 
 
 

Tuesday, 11 June 2013

Yang Yang

 
Lagi beberapa hari, umi akan menamatkan semester 6 secara rasminya.
Allah.. Allah.. Allah..
Sekejap sungguh masa meninggalkan kita.
Kalau semalam, mak ayah penat lelah tolong tarik beg, angkat baldi naik bilik.
Harini, dah nak habis belajar dah.
"Masa itu seperti pedang. Jika kita tidak memotongnya, masa akan memotong kita"
Teringat peribahasa arab masa belajar bahasa arab time sekolah menengah dulu. T T
Semalam dating dengan Aiman dengan Yang.
Semoga setiap perkataan yang keluar daripada mulut umi ni, dikira ibadah.
T T
Baru balik, dah rindu diorang.
Paling rindu dekat Yang.
Nak tahu sebab apa?.hehe
Sebab suka nak cerita tentang Islam dekat dia.
Dia suka nak tahu pasal Islam.
Semoga Allah bukakan pintu hati yang untuk mendalami Islam, seterusnya kembali kepada fitrah HAMBA.
Banyak betul soalan Yang semalam.
Serius banyak. 
Tapi, yang peliknya sikit pun umi tak rasa "eish, banyak tanya betul la".
Rasa lapang je nak cerita..
 
KISAH 1
Yang: "Umi, itu surau ke masjid?"
Umi: "Itu surau yang."
Yang: "Umi, kenapa ada orang pakai tudung labuh ada yang pakai tudung singkat ea?"
Umi: "Bagi orang Islam, pakai tudung untuk menutup aurat. Syarat- syarat menutup aurat kena labuh sehingga menutupi dada, tidak jarang, tidak ketat. Bila seseorang rasa Allah itu segala-galanya, dia akan buat yang terbaik seperti pakai tudung yang sangat labuh. Sedangkan tudung biasa2, kalau dah cukup syarat pun takpe dah..=) "
Yang: "Ooo. Why ha, ketua saya tu yang muka macam cik syikin tu pakai ini (sambil tunjuk dagu)?"
Umi: "Ooohh, dia tutup dagu ea? Dagu tu aurat wanita. Cuma berlakunya khilaf. Jadi, kami diberi kelonggaran untuk tidak tutup dagu. CUMAnya, di dalam solat, kami wajib tutup dagu."

KISAH 2
Umi: "Yang, u ada adik beradik berapa orang?"
Yang: " 4 orang, I anak ke-dua. "
Umi: "Owh, u ada adik dua orang la. Nanti U kena jaga adik U betul2. Kena jadi abang yang baik."
Yang: "Eh.Takmau la saya. Nak kena jaga akademik lagi. Kalau saya jaga adik saya, nanti akademik saya sapa nak jaga?"
Umi: "Errrkk. Yang.. (-,-")  "

KISAH 3
Yang: "Aurat U macam mana? Kalau dengan abang U pun kena tutup macam ni?"
Umi: "Aurat saya dengan lelaki bukan ajnabi, iaitu selain family, semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan."
Yang: "Jadi, U kena tutup belakang tangan U ni." (sambil tunjuk belakang tangan umi).
Umi: "Erk.. Yang, maksud saya pergelangan tangan ni."
Yang: "Hehe. Ok2. Jadi, kalau dengan abang2 U, U macam mana?"
Umi: "Aurat saya dengan family, pusat sampai lutut. Tapi takkanlah saya nak dok rumah pakai seluar je kan. Saya pakai sopan jugak la. Sebab saya memang tak percaya mana2 lelaki. Even abang sendiri."
Yang: "Oh. Aurat U dengan family sama macam aurat lelaki dengan lelaki la ye?"
Umi: "A'ah. Pandai Yang ni.. "(dalam hati bisik, hebat Yang ni. aurat lelaki pun taw)

KISAH 4
Yang: "Lelaki macam mana yang U rasa baik?"
Umi: "Ha, soalan tu saya tak tahu nak jawab. Hehe. Susah nak tahu lelaki mana yang baik. Tetapi lelaki yang memulakan hubungan dengan ber'couple' dah tentu tak baik. Lagi satu, kalau merokok. Fuhhh.. Saya memang tak suka orang merokok."
Yang: "Yalah!!! Saya pun tak suka merokok. Betul- betul. Orang yang merokok kompem2 tak baik. Tak sayang nyawa."
Umi: "Kan3??"
Yang: "Tapi kenapa lelaki yang ber"couple" tak baik??"
Umi: "Bila dia betul- betul sayang seseorang, dia tak ajak 'couple'. Dia ajak kahwin terus. Sebab bila ber'couple', banyak benda tak baik dia buat. Macam pegang- pegang."
Yang: "Eh. U tak boleh pegang- pegang meyh?"
Umi: "Tak boleh Yang. Berdosa."
Yang: "Kenapa masa kat matrik, ada yang pegang- pegang?"
Umi: "Dia mungkin tak faham. Ataupun dia faham tapi buat- buat tak tahu."
Yang: "Tak best la kalau tak boleh pegang- pegang. Sudah 'couple' maaaa.."
Umi: "Yang 'couple' berapa kali?"
Yang: "2 kali.."
Umi: "Ok. Cuba Yang bayangkan macamni. Harini Yang 'couple' dengan amoi ni. Esok Yang kahwin dengan amoi B pulak. Tapi, amoi B ni, pakwe lama dia sudah peluk2, pegang- pegang tangan dia, sudah cium- cium dia. U rasa special lagi tak, kalau U punya isteri, lelaki lain dah rasa macam- macam??"
Yang: "Haiya!! Indeed! Betul lorh. Logik juga. Saya tak terfikir pulak. Jadi, lepas kahwin, U sudah boleh pegang- pegang husband U la?"
Umi: "Dah kahwin, boleh pegang2 dengan husband. Kalau belum kahwin, pegang- pegang, dosa. Tapi kalau dah kahwin, jadi pahala. Dalam Islam, Allah perintah " Jangan mendekati zina". Bukan "Jangan berzina", menunjukkan betapa pentingnya menjaga daripada membuat perbuatan2 yang mendekati zina."
Yang: "Zina tu apa?"
Umi: "Zina tu berdating, bersetubuh, pegang- pegang."
Yang: "Ohhh.."
Umi: "U orang cina ada buang2 baby tak?"
Yang: "Ada. Tapi tak ramai."
Umi: "U orang buat macam mana?"
Yang: "Allah! Umi. U tanya saya kenapa? Saya tak pernah buat lol!."
Umi: "Hehe. Betul jugak. "
Yang: "Kenapa diorang buang baby ea?"
Umi: "Diorang dah buat salah, diorang takut. Jadi, diorang rasa buang baby jalan penyelesaiannya. Contohnya, kita tertikam perut kawan kita. Tapi dia hidup lagi. Tapi, kita terfikir, kalau dia masih hidup, die report polis. Jadi, kita cucuk lagi perut dia banyak kali sampai dia mati. Lepas tengok dia mati, kita campak ke sungai. Macam tulah yang orang buang baby rasa. Dia dah buat salah. Bila kantoi, dia takut."
Yang: "Ye la takut. Tapi, dia dah buat dua kesalahan meyh. Dahlah buat seksual (seksual apa tah dia sebut. tak ingat), lepas tu, buang baby pulak. Dua dosa dapat."
Umi: "Ehmmm. Betul2. (sambil kagum dengan Yang). U takde makwe ke Yang?
Yang: "Takde la. Saya malas benda2 ni. "
Umi: "Betul!. Buang masa. Buang duit je Yang. Zaman sekarang, budak- budak pun pandai dah.Aish.
Yang: "Hah. Itu lagi satu. Saya pelik la. Kadang2 chinese sendiri, tak habis SPM lagi, sudah 'gatai'."
Umi: "Gatai?hahaha.."
Yang: "Yela. Diorang gatai. Belajar malas. Nanti tak pandai, siapa nak tanggung?"



KISAH 5.
Umi: "Yang, U kalau kahwin, boleh kahwin ramai tak?"
Yang: "Uish. Kami tak boleh kahwin ramai. U orang boleh kan? Kalau husband U tiba- tiba nak kahwin lagi, U buat apa?"
Umi: "Saya nak buat lafaz taklik masa menikah."
Yang: "Hah. Yang taklik 1, taklik 2, taklik 3 tu kan?"
Umi: "Nope la Yang. Ni lafaz taklik. Yang U sebut tu talak."
Yang: "Hehe..Ye ea?. Jadi, lafaz taklik itu macam mana?
Umi: "Lafaz taklik tu buat masa nikah. Bagi pilihan pada bakal suami, kalau dia ada berkenan pada orang lain, dia boleh buat pilihan. Samada ceraikan kita atau stay dengan kita."
Yang: "Kenapa begitu? Nikah tu ape?"
Umi: "Nikah tu kahwin la yang.Islam itu indah. Islam itu adil. Kalau Islam bagi kelebihan untuk lelaki berkahwin 4, perempuan juga ada hak untuk tidak dimadukan. Kalau saya, saya belum rasa saya mampu untuk berkongsi. Untuk tidak cemburu. Macam U, kalau U tengok makwe U borak- borak dengan lelaki lain, U jeles tak?"
Yang: "Betul la. Of cos jeles. Tapi isteri yang suami dia kahwin ramai tak jeles ke?"
Umi: "Saya rasa tipula kalau diorang tak jeles, paling kurangpun mesti ada sikit. Selalunya orang kuat agama izinkan suami dia kahwin lebih. Untuk melahirkan lebih ramai anak dari benih orang beragama."
Yang: "Oh. Untuk besarkan Islam.U tak kuat agama ea?"
Umi: "Belum lagi yang. saya sedang mencuba."

KISAH 6.
Umi: "Dalam agama U pun tak boleh berzina kan Yang?"
Yang: "Ya. Tapi ramai je yang buat. "
Umi: "Kenapa buat sedangkan dalam agama kata jangan?"
Yang: "Mereka tak aham. Mereka tak baca kitab. Macam kami kena pergi gereja setiap hari khamis. Masa itu sahaja kami mengkaji kitab. Hari lain, kami study."
Umi: "Oooo.. (Dalam hati. Ya Allah, beruntungnya aku diberi nikmat Islam)"


*Ada banyak lagi kisah.. Tapi, lupa dah. Hehe... Menguatkan lagi semangat untuk terus menebarkan Islam ke serata dunia. Pesan murobbiah " Set target dalam hidup, nak tarik paling kurang seorang bukan Islam masuk Islam"..
Allahurabbi... =')

Yang cakap "Saya suka berkawan dengan orang Melayu. Ada sincere situ. Bila saya berkawan dengan Chinese, mereka macam, kalau saya dapat bagi something worth for them, baru nak kawan. no sincere there. Sedih. "

Dalam hati cakap " Yang, Melayu pun banyak macam tu. Tapi Islam insya-Allah, sempurna". T T



Thursday, 6 June 2013

Susahnya menjaga hati


Astagfirullahalazim
Astagfirullahalazim
Astagfirullahalazim.

Sering hati kecewa. 
Sering hati merasa.
Sering hati menangis.
Sering hati berduka.

Masa p program, sedang hati berbahagia dapat berjumpa seseorang.
Sedang hati berbunga- bunga kegirangan.
Tahulah aku. 
Aku bukan seseorang yang istimewa di hatinya.
Tahulah aku bukan seseorang yang boleh mengingatkannya tentang mati, akhirat dan perkara- perkara baik.
Kerana, ketika bersamaku, dia sering bicara rindu orang di sana.
Sungguh. Hati sedih.
Hati kecewa.
Aku bukan seorang yang boleh dibuat sahabat.:'(
Aku mencuba untuk jadi si solehah itu.
Yang bila hadir dihargai, bila berpisah dirindui.
Sungguh aku cemburu.
Melihat dia merindui yang lain- lain.
Ya. Mereka yang dia rindui pastinya solehah.
Kerana dia tidak putus- putus merindu, tidak putus- putus bercerita.
T T
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~Tamat  kisah 1~~~~~~~~~~~~~~~~
 
-Status updated-
*** likes your comment.
Allahurabbi.
Terus rasa niat post dah jadi lain.
Sungguh. 
Tak suka bila yang seorang ni like post.
Kerana aku punya 'perasaan' pada dia.
Puas mulut terkumat- kamit beristighfar.
Istighfar...
Istighfar...
"Kau suka dia?" Doa pada Allah. Minta pada Allah.
Serius rasa nak remove.
Sahabat tanya, "kenapa tak reply komen dia?"
Dalam hati menjawab, 
"Nak jaga hati bukan senang. Kalau sekali balas, mungkin akan berlanjutan. Mungkin juga akan beralih kepada 'private message', mungkin juga akan beralih kepada kononnya cinta Islamik. Kerana fitnah perempuan kepada lelaki itu teramatlah besar dan bahaya"
Sahabat cakap lagi, "Try la usha dia"
Dalam hati meraung, 
"Layakkah aku untuk lelaki sesoleh itu. Aku punya masa silam yang gelap. Aku tidak sebaik dia."
 
~~~~~~~~~~~~Tamat kisah 2~~~~~~~~~~
 
 
Allah sebaik- baik perancang.
Susahnya menjaga hati.
Cinta pada sahabat, cinta pada 'seseorang'.
Tiada siapa tahu susahnya menjaga hati melainkan tuan punya badan dan Allah itu sendiri.
Begitu pentingnya 'bersangka baik'
Kerana takut tergolek dari landasan syariat Islam, 
aku cuba mengurangkan bicara cinta.
Aku kurang memikirkan soal suka pada dia.
Biarlah orang bahagia cerita kisah cinta mereka.
Biar aku hanya mendengar.
Sebab belum masanya bagiku.
Aku belum cukup matang.
Rasa suka, rasa cinta itu fitrah.
Semoga Allah terus pelihara diri ini.
Semoga Allah terus membantuku dalam memelihara hati yang satu ini.
 
Siapa kata cemburu hanya buat pakwe, suami??
Aku cemburu melihat sahabat2 aku.
Yang merindui seseorang, lalu dicapai pantas 'surat cinta'
Apabila hati gelisah, mulut laju membisikkan ayat- ayat cinta buat Pencipta.
Aku cemburu melihat bahagianya sahabat bila punya sahabat yang solehah.
Aku cemburu bila aku tidak mampu menjadi yang terbaik..
T T
 
 
*lama betul tak update blog.
*banyak nak cerita. tapi semua dah lupa nak update.
*last- last update ni..
*Bila hati sudah redha, pastiku sampaikan ucapan-ucapan cinta buatmu.
*mendoakan kebahagiaan kalian dari jauh.insya-Allah...=)










Thursday, 25 April 2013

Solat sendirian vs. Solat Berjemaah

 

"Assalammualaikumwarahmatullah". Salam diberi ke malaikat di bahu kanan. Salam seterusnya buat malaikat di bahu kiri.
Selesai wirid, "Aisha, baca doa ea?" Hawa minta makmum kesayangan membaca doa.
Aisha dengan senang hati, senyum lebar merelakan diri.
Allah. Walaupun doanya agak simple, tapi terkesan di lubuk hati sehingga mampu membuat mata orang lain bergenang.
' Ya Allah, ampunkan dosa kami, dosa ibubapa kami, dosa guru- guru kami, dosa saudara mara kami dan dosa semua umat Islam yang lain. Amin ya rabbal alamin'

Berpelukan sambil meminta maaf.
Tiba- tiba, "Sebaknya. Tak pernah solat jemaah macam ni. Nanti esok- esok buat lagi ea?" kata Hajar.
Seusai semuanya, sedikit tazkirah berkenaan adab berdoa dikongsi bersama ahli jemaah.
"Aisha, Hajar. Apa yang kita faham dengan berdoa?" Tanya hawa kepada makmum- makmumnya.
Aisha menjawab, " Berdoa tu, kita minta sesuatu dengan Allah." dan Hajar mengangguk- anggukkan kepala tanda setuju..
"Ya. Betul. Jawapan yang sangat tepat. Kita kalau nak minta duit dengan mak kita, mesti ayat manis2 je kan. Mak baiklah, mak cantiklah. Macam tu juga bila berdoa. Perkara pertama kita perlu buat, puji Allah. Alhamdulillahirabbilalamin. Lepas tuh, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Wassolatuwassalamualaasyrafilanbiyaiwalmursalin.wa'ala alihi wasahbihiajma'in. Indah bukan?? Complete!. Buka doa dengan puji Allah dan selawat Nabi, tutup pun sama...Itulah adab berdoa."
Perkongsian daripada Hawa.
"Kak Hawa, Kak Hawa, ulang balik puji Allah dengan selawat Nabi. Aisha tak dapat tangkap"

"Alhamdulillahirabbilalamin. Wassolatuwasalamualaasyrafilanbiya'iwalmursalin wa'ala alihiwasohbihi ajma'in."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nikmatnya solat berjemaah sehingga Allah beri ganjaran pahala berganda-ganda.
Rasulullah bersabda dengan maksudnya:

“Solat berjemaah lebih afdal (utama) daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda.” – (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Teringat pesan naqibah, kak Fiza. 
"Kalau solat kat Tesco, kat Giant, kat surau kuliah sekalipun, ajak- ajak la orang lain jemaah sekali. Jangan solat sorang-sorang. Amatlah rugi, kalau kita tak manfaatkan peluang berjemaah tu."


Kadang2 orang lain nak solat berjemaah, tapi takut untuk menjadi imam. Jadi, mulakan dengan perbetulkan al-Fatihah dan bacaan-bacaan yang lain. 
Kadang- kadang orang lain ingin solat berjemaah, tapi malu nak ajak orang lain. Jadi, marilah kita mulakan dengan senyuman dan ajakan penuh kasih sayang. Insya-Allah, mudah-mudahan Allah redha.
 
-Jom berkasih sayang kerana Allah.-
-Jom bersama-sama mencari keredhaan Allah-
-Jom bersama ke syurga Allah-


Sayang kalian kerana Allah.



Thursday, 11 April 2013

Kem Nadwah Kepimpinan

 
Apa khabar iman?
Alhamdulillah.. Semoga Allah merahmati setiap apa yang kita lakukan.
4hb- 6hb April yang lepas, Alhamdulillah umi dan sahabat2 Pusat Islam yang lain dipilih Allah untuk menyertai Kem Nadwah Kepimpinan.
Yang paling best, 'kem' tapi duk resort. hehe..Hebat dop?
Alhamdulillah sekali lagi.
Dok pakat2 nak p Langkawi ngan bestie2, Allah dahulukan umi ke Langkawi bersama sahabat2 Pusat Islam yang mewakili Sahabat Masjid Sultan Badlishah, Sahabat Masjid Kachi dan Sahabat Helwa.
Alhamdulillah wa syukrillah..
Murah rezeki.. kami hanya diminta untuk membayar rm36 untuk tambang feri pergi dan balik.
Beruntungnya kami.
Alhamdulillah, mungkin ada pihak yang 'sponsor', atau mungkin Pusat Islam menanggung sepenuhnya. Kerana apa yang kami tahu, selama pelbagai program dijalankan, pihak P. Islam melarang kami meminta yuran lebih daripada peserta biarpun untuk membeli cenderahati. Dilarang sama sekali menggunakan duit peserta. Dikhuatiri riba'. Alhamdulillah..
Rasanya umi tak salah pilih. Organisasi yang sangat menjaga hal ehwal Islam, hukum- hakam berlandaskan syariat, al-Quran dan sunnah.. Alhamdulillah.
Alhamdulillah ya Allah.. NikmatMu tak terkira, sangat2 berharga. HidayahMu ya Allah yang mendorong aku memilih jalan ini.. Alhamdulillah.
Before bertolak, makan free di kafe p. Islam y paling sedap dan solat zohor berjemaah di masjid. Alhamdulillah

Umi gayat betul (macam rusa masuk kampung).
Teruja yang amat.. Al- maklumlah 1st time jejak kaki ke Langkawi..
Serius terbaik... (* ^)..
Senyum lebar dalam bar, luar bas, tengah jalan, semua lah.
Punya lah hebat penangan Langkawi.
Hebat lagi Allah. Sebab sudi ciptakan Langkawi supaya umi dapat pergi.
Hebat lagi Allah sebab izinkan umi p sana... Alhamdulillah...
Hebatnya kuasa Allah.

 
weee... nak sampai dah.. tapi bakpe mukaku pucat??

Ros, Yu dan Aisyah -HELWA


Add caption

aisyah, iefa dan aimi... (* ^)



Seriuslah.
Happy gila time ni.
Mulut tak berhenti "subhanAllah", "Alhamdulillah".
Sebab, macam tak percaya Allah pilih umi.
Allahurabbi.. Allah maha Besar.
Serius tak tipu...
Allah memang Hebat.
Punyalah canggih gadjet2 ciptaan manusia, CANGGIH lagi Allah sebab ciptakan manusia yang berotak genius yang mampu cipta gadget2 tu tadi.
Kalau Allah tak izin, ada ke tidak agak2nya gadget2 tuh?
Betul.. 
Umi rasa tangkap la gambar banyak mana pun, takkan terlawan kehebatan mata sendiri ciptaan Allah ni.
Yang mampu merakam setiap detik, setik moment, setiap kejadian dan peristiwa.. Alhamdulillah..
Kuasa Allah yang mana lagi kita nak tidakkan??






cantik kan gambar candid dua sahabat ni? hehe..snap curi2..:p

sahabat dari smias (SAHABAT MASJID KACHI)
 

bakpe ros?teringat kat suami ke?..=p

Yuhaniz- Pengerusi HELWA




Mana nak cari resort ada mangga banyak2 gini..=)




zu, yu, aisya dan iffa.
erkkkkk...@-@"..=p
pasti ku rindu langkawi nanti bha.
ini semua poyo..hihiihi
 


comel je gambar ni..suka... <3
Rindu mereka sudah...
Hebat aturan Allah.
Dia tarik yang haram, dibaginya yang halal.
Bukan 1, tapi banyak...terlalu banyak.
Mak ayah, abang, kakak, adik, sahabat2 yang baik semuanya. Alhamdulillah..
(* ^).
Siapa sangka?
Ingat p Langkawi dapat 1 kebaikan. Alhamdulillah beribu kebaikan, insya-Allah..
Moga Allah redha..
bersama Ustazah Madihah sebelum slot beliau.
 

ini bukan tanganku... (* ^)
Kagum dengan Ustazah Madihah.
Banyak ilmu beliau sudi kongsikan.
Sebelum bagi perkongsian, Ustzah lepak di meja kami.
Bercerita serba sedikit (Tak berapa sedikit, banyak juga) tentang saudara2 kita di GAZA, PALESTIN.
Allah, bergenang2 airmata.
Rupanya banyak lagi yang kita tak tahu tentang kesengsaraan saudara2 kita di sana.
Betapa kejamnya rejim zionis yahudi, zalimnya kerajaan Amerika.
Allah. Semoga Allah melindungi saudara2 kita di sana.
Ustazah sempat pesan 
" Pegang dalam hidup, sebelum aku mati, aku akan tarik orang bukan Islam untuk menganut agama Islam"
'Buat program banyak2 nak buat apa kalau takda tujuan yang jelas, takde matlamat. Allah.'
Sangat terkesan setiap butir bicara beliau.
Allah hu Allah.
'Tiada agama lain yang setanding Agama Islam. Tiada agama yang benar melainkan Agama Islam'


Jom kembara  ke 'Kilim Geoforest Park'


Poyo je cakap kat abang driver tu bawak bot slow, sekali Vrooooommmmmm,
terjerit- pekik semua. Ha, rasakan..
Rasa nak terbalik bot, rasa nak terjatuh dalam laut pun ada.
Kerek sangat tadi..
hehe..
Ada certain kawasan yang bot boleh pecut.
Jadi, starting kitorang naik, abang tu memang bawak bot slow gila.
Dah lama baru abang tu start explain like a tourist guide.
Ada kawasan tak boleh bawak laju, sebab tak nak ganggu habitat hidupan.
Kebanyakan kawasan dekat dengan bot tumpangan.
Mungkin bot sempena LIMA dekat Langkawi kalau tak silap.
Setiap bot yang menumpang di situ, kebanyakannya bot dari luar negara.
Sewa yang dikenakan sebanyak rm300 sebulan kalau tak silap.
Fuhhh... Buta- buta je dapat rm300. Bot tu parking diam2 ja situ..
Tapi serius lawa.. (* ^).
Actually, time abang tu drift, syiok gila.
Rasa semua masalah terbang sekali.hehe
Dengan air laut terpercik2 dekat muka.

 
 
fuhh..syiok habissss



Next--> Eagle feeding

Seperti yang umi kata, gadget ciptaan manusia tidak akan mampu menandingi MATA ciptaan ALLAH.
Buktinya, gambar ni memang xjelas.hehe.
Takpelah.Umi cerita sikit.
Tempat ni dinamakan Eagle Feeding sebab di sini tempat burung helang makan.
Moden helang ni.
Makan, manusia yang bagi. Tak macam helang zaman dulu2 yang terkenal dengan gelaran "PEMBURU".
Keburukannya aktiviti ni ialah, helang akan biasa makan dengan diberi manusia.
Cuba bayangkan kalau tiada manusia bagi makanan? Nak tangkap tikus pun tak reti dah agaknya.
Helang kat sini ada dua jenis. Namapun umi tak ingat dah.
Sebab terlalu saintifik dan terlalu glamour. Hehe..
Tapi ada seekor helang ni tersangatlah besar, Allahuakbar.
SubhanAllah...


Ok jom ke Gua Kelawar pulak..(^ *)

 








 Fish Farm sudah, Gua Kelawar sudah, semua pun sudah.
Tiba masa pulang ke tempat asal...:')
Selamat Tinggal Langkawi.
Pasti akan ku jejakkan kakiku di sini pabila Allah mengizinkan..
Amin..Amin..
Akan ku bawa insan2 yang kusayang bersama.
Supaya kegembiraan, keindahan ciptaan Tuhan dapat ku kongsi bersama.

 
Seusai solat Asar di Masjid di Kuala Perlis

Oh ya.
Masa di Gua Kelawar, sahabat ada terjumpa seorang kanak- kanak Bahrain.
Masya Allah mukanya putih kemerah-merahan.
Satu je terlintas di fikiran.
'Inikah yang digambarkan putih kemerahan muka Aisyah r.a?'
Pasti lagi cantik mukanya.
Allah. comel kanak2 ni.
Memang merah sangat muka dia.
Kalau tengok ibunya, lagilah.
Macam dibakar mentari.
Sampai berkesan.
Bayangkan kita yang bertudung ni, hanya berbelang, tetapi si ibu, mukanya di bawah mata, di bawah hidung kemerahan dek matahari.
Betapa putih dan indahnya ciptaan Allah.

  

Sekian laporan dari angkasa hijau..(* ^)
Undilah untuk dunia dan akhirat. 
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memimpin berlandaskan al- Quran dan sunnah.
 Semoga Allah merahmati undian saya dan kalian.
Allahuakbar!!

Sayang kalian LILLAHITAALA..
Semoga sampai syurga...
Assalammualaikum...
Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com