Friday, 19 July 2013

"Saf! Saf!"

 
Alhamdulillah.
Diizinkan untuk bertemu RAMADHAN buat sekian kalinya.
Alhamdulillah.
 
Seronok tak puasa?
Apa yang lainnya puasa tahun ni, dengan puasa- puasa yang lepas??
=)
Mesti banyak kan.
Sebab kita ni, manusia yang belajar daripada kesilapan yang lalu, belajar daripada pengalaman yang lalu.
 
Ok.
Kali ni, umi nak kongsi sedikit ilmu yang umi tahu tentang saf.
Actually, SAF ni bukan time bulan RAMADHAN sahaja.
Tapi, al-maklumlah. 
Kita ni, bulan-bulan biasa kurang sikit nak buat solat jemaah.
*Bukan MALAS ye. Tapi KURANG RAJIN je. Hihi.
Itu yang tak perasan sangat isu SAF ni.
 
Jadi, alangkah beruntungnya orang yang mengamalkan solat jemaah bukan sahaja di bulan ramadhan.
Bahkan di bulan-bulan lain juga.
 
"Luruskan saf dan berdiri rapat-rapat"
Laung pak imam.
Jom kita imbas semula kisah-kisah PEMIMPIN AGUNG kita iaitu RASULULLAH S.A.W.
Rasulullah S.A.W tidak akan memulakan solat selagi saf-saf makmum Baginda tidak lurus.
Nampak tak betapa pentingnya keadaan saf?
 Rasulullah juga menggunakan bilah pedang untuk memastikan saf-saf makmum lurus.
Boleh rujuk gambar di bawah. *Hasil ehsan cik google



 OK.
Gambar di atas kebanyakannya merujuk kepada saf orang lelaki.
Di mana mereka perlu merapatkan kaki dan juga bahu.

Umi nak tekankan di sini, Hadis Riwayat Abu Daud yang ada dekat gambar di atas.
"Rapatkanlah saf kalian, dekatkan antara saf, ratakanlah leher kalian. Demi Zat dan jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya aku ternampak syaitan menyelit di celah-celah saf seperti anak kambing"

Ok. Jom kita bergerak ke saf wanita pula.
Kita sedia maklum, kaum wanita dikurniakan nikmat paling istimewa.
Iaitu sifat Ihya' ataupun sifat MALU.
Kaum wanita tidak perlu meluaskan kaki dan merapatkan kaki dengan makmum sebelah.
Cukup sekadar merapatkan bahu.
Dan kaki kaum wanita ketika solat perlulah dirapatkan di bahagian tumit dan jarak sedikit di bahagian jari.
seperti huruf V.
Begitu juga ketika mengangkat takbir.
Kaum wanita perlu mengangkat takbir di paras dada.
Berbeza dengan kaum lelaki yang mengangkat takbir di bawah telinga.
 Begitu juga ketika sujud, kita (kaum wanita), perlu merapatkan ketiak.
Bukan membuka ketiak seperti kaum lelaki.
Istimewa bukan kita? (* ^)

Ok.Itu sedikit perkongsian tentang keadaan solat wanita.
Back to the topic-SAF.
Walaupun kaum wanita tidak perlu merapatkan kaki dengan makmum sebelah, tetapi perlu dirapatkan bahu.

"Luruskan saf dan berdiri rapat-rapat" bukanlah hanya berkaitan rapat dengan makmum sebelah. 
Tetapi juga, lurusnya saf itu.
Jangan ada yang terlebih ke depan.
Jangan pula terlebih ke belakang.
Umi sertakan sedikit hadis berkaitan saf..=)
 
Dari Abu Mas'ud Al- Ansari RA. Katanya:
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah merapatkan bahu- bahu kami ketika hendak solat sambil Baginda bersabda: "Betulkan, penuhkan dan rapatkan saf-saf solat kamu. Jangan jadikannya bengkang-bengkok. Nescaya nanti akan berselisih hati-hati kamu."
-Hadis Riwayat Imam Muslim.

*Dalam hadis ini, Rasulullah S.A.W. menjanjikan bahawa saf solat yang bengkang-bengkok akan membawa kepada perpecahan DALAMAN iaitu HATI dan PERTELINGKAHAN di dalam masyarakat.


OK.Sekian saja coretan umi kali ini.
Insya-Allah bertemu lagi di entri akan datang.
(* ^)
 
"Ya Allah, rahmati kedua ibubapaku, saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku, bakal suamiku, bakal mak mertua, bakal anak-anakku dan semua hambaMu samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal duni. Ampunkan segala dosa kami samada yang kami lakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja."


KALAU ADA KEKURANGAN, KESILAPAN DALAM ENTRI NI, MOHON SANGAT-SANGAT TEGUR.
Boleh tinggalkan teguran atau sebarang komen di chat sebelah atau bahagian komen atau di FB umi terus..=)
umi kan hamba Allah yang penuh dengan kekurangan..=)
Tegur dengan hikmah ye..

Selamat menjalani ibadah puasa.
insya-Allah, kita sudah berada di fasa maghfirah.
Pohon sebenar-benar keampunan daripada YANG MAHA MEMBERI KEAMPUNAN.





2 comments:

  1. malu nk tegur makcik-makcik :') .. cm ane tu?

    ReplyDelete
  2. orang masih selalu ambil enteng benda ni.
    Kan? -.-"

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com