serius lagu ni sgt best, sarat ayat2 indah buat sang Pencipta...
CINTA..
kalau xde Cinta Dia, sapelah kita ni..
dan manusia sering keliru.
berCINTAlah apabila sudah sampai masa.
bukan kerana sunyi, terdesak n y seangkatannya.
kalau dulu, antara cita2 umi..
nak kahwin dengan orang kaya.
dah nama pun DULU, time zaman kanak2.
terpengaruh dengan fairy tale.
perempuan miskin kahwin dengan anak raja, orang kaya.
hehehe
xlame pastu , cita2 pun dh up sikit.
nak kahwin dengan orang pandai.
tapi bila banyak sangat cerita y xbaik pasal orang pandai. pandai, tapi xreti hormat org tua. pandai, tp xsolat. pandai, tp suka aniaya orang. pandai, tp suka menipu. pandai, tapi buaya darat (paling takut y ni)
dan macam2 lg...
yup!.pandai, kaya..cantek dah tuh.
tapi kalau agama xde?.cukup2 makan je ilmu agama nye, macam mana nk bimbing hang umi oi?.
n sekali lagi cita2 tuh bertambah ke satu tahap y lebih baik..
nak kahwin dengan orang y mencari CINTA hakiki, y xpenat mendekatkan diri kpdNYA, y sentiasa mencari ilmu dunia dan akhirat.
seronok baca kisah2 romantis Rasulullah dengan isteri2 Baginda.
sampai bergenang2 air mata.
insya-Allah.
ape y kita nk, xkn dpt tanpa usaha.
jadi, nak dapat suami y penuh ilmu agama di dada, kita kena cari ilmu sungguh2 dulu kn??..
insya-Allah..=)
konklusinye.........GAPAI CINTA ILAHI dulu, insya-ALLAH, nothing possible...=)
cita2 y atas tu hold on dlu..
semoga kita menjadi yang terbaik.
HAMBA y terbaik..
opps!.lagi satu, janganlah pula nk jadi solehah utk dpt suami soleh.
biarlah solehah untuk Allah.
insya-Allah suami soleh tuh bonus..kn3???
*selalu bila nampak orang lelaki (y bujang n belum kahwin daaa), pertanyaan y selalu bermain di minda.."die ke bakal suami aku?"...merepek kn?.hehehe..yela.kite kn xtaw sape jodoh kite.hehe..
seronok bila pandang laki berjanggut, selalu p surau/ masjid, hormat org tua, cakappn xde kasar2, rajin ke kuliah agama, rajin p usrah..n palg seronok bila mereka bersahabat.pentingkan sahabat.xpyh pening2 pk pasal makwe ke..byak lg masalah agama y perlu difikirkn..ye x?.(* ^)
Peringkat pertama buat maksiat, hati resah gelisah. Hati tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah. Terasa wajah dan air muka diconteng arang. Alhamdulillah.
Peringkat kedua terlibat, terasa hati kian jinak dan berkehendak kepada maksiat. Makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu. Bangkai maksiat masih cuba disembunyikan sedaya mungkin. Terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda. Semoga Allah melimpahkan taufik hidayahNya.
Peringkat ketiga, maksiat kini terasa kian lazat. Terasa alah bisa tegal biasa. Sudah mula ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan. Masya-Allah.
Peringkat akhir, teringin nak ajak orang lain ke arah kemungkaran. Terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat. Rasa malu dan iman sudah tercabut dari hati. Nauzubillah.
p/s: Sebelum sampai ke peringkat kedua dan seterusnya, jadikan rasa resah sebagai benteng dan tembok agar mampu berhenti terus. Moga taat mengambil alih tempat maksiat, INSYA-ALLAH.
Seharusnya tidak dilewatkan bertaubat kepada Allah kerana
itu merupakan kewajipan setiap Muslim yang berdosa. Ini bertujuan supaya ia
tidak menjadi “pembungkus” hati sehingga dosa sukar dihapuskan.
Lalai dan terlupa untuk bertaubat.
Ramai antara kita tidak pernah terlintas sama sekali telah
berdosa kepada Allah, lantas lalai untuk bertaubat kepada Allah.
Enggan bertaubat kerana khuatir melakukannya lagi.
Seseorang telah berbuat dosa kepada Allah dan kemudian ingin
bertaubat, malangnya tidak meneruskannya kerana khuatir akan melakukan dosa itu
semula. Persoalannya, apakah kita pasti kita akan mati dalam keadaan kita
sempat bertaubat?
Malu hendak bertaubat.
Antara ujian bagi orang yang ingin bertaubat ialah pandangan
dan celaan daripada mereka yang tidak memahami Islam. Jika kita benar- benar
jujur dengan tindakan serta berbekalkan sifat sabar, lama- kelamaan kita akan
mudah menghadapi semua ujian itu.
Berani buat maksiat lagi kerana rahmat Allah itu luas.
Rahmat dan kasih saying Allah bersama orang yang baik, bukan
dengan mereka yang lalai dan suka melakukan kemaksiatan pada Allah.
Tertipu dengan ahli maksiat.
Janganlah berasa hairan dengan mereka yang terus- menerus
melakukan maksiat tanpa ada balasan daripada Allah, bahkan mereka diberikan
nikmat di dunia, mereka memiliki kesemua itu sebagai pemilikan sementara
sebelum mereka akan diazab pada hari akhirat nanti.
Berputus asa daripada rahmat Allah.
Ada pelaku maksiat yang bertaubat dan kemudian kembali
melakukan dosa dan bertaubat semula berulang- ulang kali. Akhirnya membawa
kepada berputus asa daripada rahmat Allah kerana merasakan dirinya ditakdirkan
begitu. Sikap berputus asa daripada rahmat Allah seharusnya dielakkan, malahan
terus berusaha kerana inilah sikap seorang Muslim.
*solusi isu 35..
wah!!
Alhamdulillah. sekejap sgt rasanya.
kejap je dh masuk Ramadhan.
Allahummasolliala saiyidina Muhammad.
terharu rasanya.
betapa diri ini xlayak diberi layan, nikmat dr Allah.
tapi Allah maha Penyayang, maha Pengampun, maha Mengasihani..T T
buat maksiat...tp tetap jualah diberi peluang utk bertaubat. tetap juga diberi kurniaan nikmat dan hidayah.
Allahurabbi.
sebelum tdo malam semalam, on9 sat.tgk 1video ni.
Masya-Allah.
sgt2 menyentap kalbu.. T T
lepas tengok tuh solat isyak..sebenarnya semalam malas giler nk solat isyak.
huhuhu..teruk kn?.lepas tgk video ni.
hambek kaw!!.
tengok!.Allah tegur dgn mcm2 cara..
tengah seronok2 on9, Dia nampakkn vdeo ni.
lpas tgk, on9 lg.. tp kepala dh pk.
Allah!kalau Allah buat kepala aku melekat kt sejadah mcm Yatt kena, ntah mcm mne la takutnya.
Nauzubillah!.
serius takut..
lpas 2 trus off9..
solat isyak..dalam gelap.
sebb dh lewat.segan nk on lampu.kesian kt org lain nk tdo
gelap gile.bayangkan solat dlm gelap.
Allahuakbar!!..
serius takut gile.sebelum solat 2 ade gak pk.
kalaulah aku xsempat isyak, Allah dh tarik nyawa...T T
solat dlm gelap mmg menginsafkn dan juga menakutkan..
tiap kali sujud, cube bayangkn gambaran y Yatt cerite kt surtkhabar.
y die nmpak azab api neraka..
Allah..serius xtipu..
air mata turun tanpa dipaksa.
punyelah takut azab Allah.
padan muke ko umi.malas lg...
huhu..tp seriously, video ni sgt2 menginsafkan...
Allah..memang nk istiqamah tuh sgtla susah..
tp y bestnye, yeah!!!!!!
dh bulan Ramadhan...sgt seronok dpt puasa dgn mak ayah.ngan family.
dpt tarawih..=)
ha!.lg 1...
kalau ramadhan y lepas, bile tarawih, xsme cm tarawih harini..lain sgt2
mungkin sbb tarawih lpas masih dibelenggu nafsu bercinta.
tgh2 tarawih boleh teringatkn nset kt rumah.kadg2 bawak nset.
gile ape p tarawih bwak fon.
huh!jahil2....itulah sy pd ramadhan y lepas.uuu...
sampai tiap kali tarawih, kira bpe rakaat lg tinggal.huhu..
sgt2 menyebalkn.
tarawih semata2 tarawih.
harini tarawih bru taw tharu.
baru reti nk bersyukur dberi kesempatan..T T
matlamat bulan puasa:
1. insya-Allah nk cube sedaya upaya bgun.nk cr malam lailatulqadar.
2. nk khatam Quran..xkhatampn xpela, y penting phm isi.
p/s: selamat menjalani ibadah puasa buat semua sahabat tercinta, semua hamba2 Allah termasuk diri sy..spesel buat HIDAYAH REMLEE, selamat berpuasa.=)..
Walaupun terdapat perbezaan di antara dosa besar dan dosa
kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang- wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Awas, kerana apabila dosa- dosa kecil dilakukan, ia akan berganda seterusnya menjadi dosa besar! Pertukaran ini berlaku apabila:
Melakukan sesuatu dosa secara berulang- ulang dan terus- menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara baik sahaja yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.
Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung. Contohnya, pasangan yang sedang bercinta. tak berjumpa, tak berpegangan tangan tetapi bergayut di telefon.menganggap ia nya remeh. tetapi itulah permulaan segalanya.
Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk dari Allah. Banyak kes hari ini. Kisah emak diterajang anak, isteri dipukul isteri, makwe dipukul pakwe.Abang rogol adik... kenapa?...kerana bangga.bangga dpt mengikut bisikan iblis dan syaitan.. Nauzubillahiminzalik...
Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Inilah istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat oleh Allah namun masih kekal melakukan dosa dengan dengan perasaan aman dan tenteram.
Tidak segan silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan. Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di hadapan manusia bahkan di hadapan Allah. Contohnya remaja abad ini. Apabila mempunyai "pakwe" atau "makwe"
bangganya menggunung tinggi. upload sana sini gambar berpelukan, gambar
berdua sedangkan tiap mata yang memandang bakal menjadi saksi di SANA
nanti.bahkan, mampu memberi saham dosa kepada mata yang memandang itu.
Masya- Allah.
Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya.Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.
sekian sahaja perkongsian di pagi Jumaat yang mulia ini. Semoga segala amalan kita diberkati Allah.
sekiranya ada kekhilafan, mohon perbetulkan. Wallahualam.
p/s: artikel dipetik dari SOLUSI isu no. 35.. hanya contoh saya tambah sendiri.maaf andai ade y terasa.
Wednesday, 4 July 2012
hao jiu bu jian..--->lama xjumpe (mandarin)
*lame la sgt ye x?.heheh
pg td buat try buat apam polka dot.last2 dot nye ntah ke mana..
nampak gayanye xde rezki la nk buat utk walimah LAN.
tinggal brape hari jek lg...
hehe...tengok ayah dh ke hulu ke hilir dlm rumah.
xboleh dudk diam dh..comel plak tgk.
Allah.. Allah.. rse sy plop y bdebar.ngeh2...
dok saje rumah.tbe2 teringat date bersama DAYAH n HUDA.
rindu.=)
xsempat pn nk update psal mereka.
skrg nk cte sal diorg la..=)
sebelum tuh...=)
"mengapa perlunya saya berkasih sayang, menagih rindu, meraih cinta seorang lelaki yang belum halal buat saya, y belum tiba masanya lagi buat saya bercinta SEDANGKAN saya punya Allah sebagai tempat mengadu, tempat memohon pertolongan dan juga saling berbalas rindu, berbalas syg dalam solat, dlm segala amal ibadat.SEDANGKAN saya punya mak ayah yang sangat menyayangi saya, menjaga saya sepenuh hati, SEDANGKAN saya punya ramai abg utk sy berkasih syg, berbalas2 rindu, SEDANGKAN saya punya kakak utk berkongsi rasa.SEDANGKAN saya punya sahabat utk berkongsi masalah, yang sangat2 mengisi kekosongan jiwa, yang sangat2 memahami jika dibandingkan seorang "pakwe" yang belum tentu bisa menghargai mak, kakak atau adik perempuan dia sendiri. atau mungkin lelaki itu, belum mampu menjaga perkara wajib sebagai hambaNya, bagaimana bisa dia menjaga diri ini??..."
APA LAGI YANG SAYA PERLU SETELAH BEGITU BANYAK NIKMAT Y ALLAH KURNIAKAN PD SY??...
1st time jdik pemandu tetap...1st time jugak bawak paling jauh tanpa pemandu kedua..=)
sori dayah...ni jek aku mampu bawak.ehehhe....
nama saya hidayah. kamu boleh pgl sy cikgu hidayah ye anak2..=)
eh..cg. Dayah lg?..mne ade tua la muke ko dayah.ok jek...ape da...comel kn?
sy pula cikgu huda.jgan nakal2 taw..=)
saat kepulangan mereka. serius sedih..saje xmo tunjuk..
hehehe...
mane bisa xsedih.
mereka la sahabat y paling sy syngi dr dulu hingga kini..
dan insya-Allah sehingga ke Syurga-Nya.
acececeh..candid ye mak ngah?.hehehhe...alololo..comel.
director dayah bg kami scene romantis..ehehhe
rakaman vdeo kami xbrape nk mjadi memandgkn kami adalah beginner actor...nt dh amateur kami kasi kamu2 tengok ye...
=)
di bus stand Sime Darby..
ade gaya samseng x?.hehehe
insya-Allah sahabat. aku akn cuba mjadi sahabat y terbaik. aku ingin menjdi jiran kalian di syurga kelak. aku juga ingin kalian mjadi jiran aku di syurga kelak..amin ya rabb...
sekian saje cerita dr kami.
ya Allah, izinkan kami bertemu di hari y lain pula ya Allah.
semoga persahabatan kami membawa keberkatan dalam perjalanan kehidupan harian kami.
semoga persahabatan kami dpt mhindarkan kami drpd perbuatan maksiat y sering berlaku pd zaman ni.
semoga persahabatan kami dapt mberi peringatan kpd kami di antara satu sama lain.
semoga persahabatan kami membawa rahmat kepada diri, agama, bangsa dan negara.
Amin ya rabb...
sungguh ya Allah...tiap masa aku rindu kn mereka.Alhamdulillah ya Allah, kerana Kau hadirkan mereka, Kau pertemukan kami dlm satu pertemuan y sgt indah supaya kami bersahabat. supaya kami menyulam kasih di atas cintaMu ya Allah.
P/S: TERIMA KASIH IZZATI SOBRI SEBAB BAGI TUDUNG TUH SEBAGAI HADIAH..THANX SGT2...SGT BEST PAKAI..ALHAMDULILLAH.SEMOGA ALLAH MERAHMATI T..=)