
- Mahu bertaubat tetapi menunda taubat
Seharusnya tidak dilewatkan bertaubat kepada Allah kerana
itu merupakan kewajipan setiap Muslim yang berdosa. Ini bertujuan supaya ia
tidak menjadi “pembungkus” hati sehingga dosa sukar dihapuskan.
- Lalai dan terlupa untuk bertaubat.
Ramai antara kita tidak pernah terlintas sama sekali telah
berdosa kepada Allah, lantas lalai untuk bertaubat kepada Allah.
- Enggan bertaubat kerana khuatir melakukannya lagi.
Seseorang telah berbuat dosa kepada Allah dan kemudian ingin
bertaubat, malangnya tidak meneruskannya kerana khuatir akan melakukan dosa itu
semula. Persoalannya, apakah kita pasti kita akan mati dalam keadaan kita
sempat bertaubat?
- Malu hendak bertaubat.
Antara ujian bagi orang yang ingin bertaubat ialah pandangan
dan celaan daripada mereka yang tidak memahami Islam. Jika kita benar- benar
jujur dengan tindakan serta berbekalkan sifat sabar, lama- kelamaan kita akan
mudah menghadapi semua ujian itu.
- Berani buat maksiat lagi kerana rahmat Allah itu luas.
Rahmat dan kasih saying Allah bersama orang yang baik, bukan
dengan mereka yang lalai dan suka melakukan kemaksiatan pada Allah.
- Tertipu dengan ahli maksiat.
Janganlah berasa hairan dengan mereka yang terus- menerus
melakukan maksiat tanpa ada balasan daripada Allah, bahkan mereka diberikan
nikmat di dunia, mereka memiliki kesemua itu sebagai pemilikan sementara
sebelum mereka akan diazab pada hari akhirat nanti.
- Berputus asa daripada rahmat Allah.
Ada pelaku maksiat yang bertaubat dan kemudian kembali
melakukan dosa dan bertaubat semula berulang- ulang kali. Akhirnya membawa
kepada berputus asa daripada rahmat Allah kerana merasakan dirinya ditakdirkan
begitu. Sikap berputus asa daripada rahmat Allah seharusnya dielakkan, malahan
terus berusaha kerana inilah sikap seorang Muslim.
*solusi isu 35..





SEMOGA ALLAH MENRIMA TAUBAT KITA DI BULAN MULIA NI.. :)
ReplyDeleteinsya-Allah..=)...Allahumma amin...
DeleteJzkk atas perkongsian....
ReplyDeletesama2..
Delete