Walaupun terdapat perbezaan di antara dosa besar dan dosa
kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang- wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Awas, kerana apabila dosa- dosa kecil dilakukan, ia akan berganda seterusnya menjadi dosa besar! Pertukaran ini berlaku apabila:
- Melakukan sesuatu dosa secara berulang- ulang dan terus- menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara baik sahaja yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.
- Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung. Contohnya, pasangan yang sedang bercinta. tak berjumpa, tak berpegangan tangan tetapi bergayut di telefon.menganggap ia nya remeh. tetapi itulah permulaan segalanya.
- Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk dari Allah. Banyak kes hari ini. Kisah emak diterajang anak, isteri dipukul isteri, makwe dipukul pakwe.Abang rogol adik... kenapa?...kerana bangga.bangga dpt mengikut bisikan iblis dan syaitan.. Nauzubillahiminzalik...
- Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Inilah istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat oleh Allah namun masih kekal melakukan dosa dengan dengan perasaan aman dan tenteram.
- Tidak segan silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan. Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di hadapan manusia bahkan di hadapan Allah. Contohnya remaja abad ini. Apabila mempunyai "pakwe" atau "makwe" bangganya menggunung tinggi. upload sana sini gambar berpelukan, gambar berdua sedangkan tiap mata yang memandang bakal menjadi saksi di SANA nanti.bahkan, mampu memberi saham dosa kepada mata yang memandang itu. Masya- Allah.
- Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya.Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.
sekian sahaja perkongsian di pagi Jumaat yang mulia ini. Semoga segala amalan kita diberkati Allah.
sekiranya ada kekhilafan, mohon perbetulkan. Wallahualam.
p/s: artikel dipetik dari SOLUSI isu no. 35.. hanya contoh saya tambah sendiri.maaf andai ade y terasa.





0 budak comel komen:
Post a Comment