Friday, 23 November 2012

Cinta Ghazzah..

 
 
Alhamdulillah. Allahuakbar..Astagfirullahalazim..Subhanallah.
Harini, kita masih menghirup udara, kita masih menikmati nikmat hidup buat kesekian kalinya.
Dan harini, kita digemparkan dengan isu Gaza..
Hari2 sebelumnya dan mungkin juga hari2 yang mendatang kita akan terus2an dengar isu ini.
Kerana apa??
Kerana kemenangan umat Islam nanti merupakan petanda besar kiamat.
Dan peperangan ini juga merupakan petanda besar kiamat.

Masih leka??
Masih lalai??
Allahuakbar.
Allah...Allah...
Sedih. Takut. Sebak.
Macam2 perasaan ada.
 
Dengar berita masih tak sedih??
Tengok gambar saudara2 kita di sana masih tak mengalir air mata??
Dengar jeritan, tangisan si kecil merintih pemergian ibunya, masih tak sedih??
Nauzubillahiminzalik...
Mudah2an dijauhkan..
Apabila hati kita tidak mampu menangis, apatah lagi merasa sedih dengan peristiwa2 seperti ini,
Allah....
itu tanda hati semakin jauh dr Allah.
semakin kurang rasa cinta kepada Allah.
Kerana cinta kepada manusia merupakan bukti kita cintakan Allah..
 
bayangkan ibu kita yang cedera... Allahu Rabbi... T T
masih tiada kesedaran??? ='(
hebat sungguh semangat para mujahidah di sana..
Lihat sahaja bidadari di sana. 
Berjuang dengan mengangkat senjata. Kita di sini, nak doa 5 saat pun tak larat...
Allah... Tempatkan si kecil comel ini di sisi Mu ya Allah..
 





 Nak jadi macam ni ke baru kita reti berdoa??
Nauzubillahiminzalik..
Berdoalah sayang2 sekalian.
walaupun pendek, tapi cukup bermakna buat mereka...=(
kita meriah bermain mercun di sini...mereka???
 
 
insaf..takmau ponteng kelas dh...=(


bayangkan jika kita yang kehilangan ayah...=(
Allah...kecil lg...Allah...

Syabab pejuang agama
 Allah..hebat semangat mereka..
Memang layak mereka memegang panji2 perjuangan Islam...=(
Sedang berjuang, masih tidak lupa solat, masih punya banyak masa membaca Quran..
Bila hidup untuk Allah, tiada gentar walau sesaat.. :')


Kuatkan semangat hero kecil ini ya Allah.
Allah...tenang je muka diorang..
Kalaulah itu kita, dan si kecil itu adik kita..bagaimana agaknya kita hidup..
Israel Laknatullah!!!!!!

seronok makan burger McD???
 Tahniah kerana anda berjaya menyumbangkan sen serta ringgit anda atas kematian saudara2 kita yang berjuang menegakkan Islam di sana, yang berjuang melindungi Masjidil Aqsa..


 TOLONG....TOLONG DOAKAN MEREKA...DOAKAN KESEJAHTERAAN SAUDARA2 KITA DI SANA.TOLONG DOAKAN KEMENANGAN UMAT ISLAM..
TOLONG DOAKAN SUPAYA PENGECUT2 ISRAHELL LAKNATULLAH, MUSNAH, HANCUR BERSAMA SYAITAN2, SERTA PEMIMPIN2 YANG KEJAM, YANG ZALIM.




kalau tak mampu doa panjang, doa ni pun dah cukup..







Monday, 19 November 2012

Briged al- Qassam

 
Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".

JIKA :
~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),
~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya
~ Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri -

Thursday, 15 November 2012

Bila bersahabat

 
"Bila bersahabat atau berkawan"

Bila dah besar ni hati, jiwa perasaan mudah tersentap, mudah mengkritik, mudah sekali bersangka buruk dan paling mudah memburuk2kan orang lain...
 
Mudah tersentap
Kita tak mahu hati tersentap oleh orang lain, jadi kenapa mesti menyentap menyakiti orang lain. Dunia ni bulat. Boomerang tu, kalau kita baling kat orang, kemungkinan besar akan kena kat orang tuh. Tapi dalam masa yang sama, kemungkinan besar jugak akan patah balik dekat kita. Sapa suka disentap?Sapa yang suka disakiti?? Nak2 oleh kawan2 sendiri. 
Bila dah besar ni, suka sangat mencari pasal. Orang diam, kita dok hingaq2.dok bising2 nak buat orang sakit hati. Then, lega.best sebab dapat buat orang sakit hati. Tanpa kita sedar, kita menanti untuk disakiti. Just wait and see. Allah nak tunjuk.sat ja... Kalau bukan melalui orang yang kita sakiti, mungkin melalui orang lain...=)
 
Mudah mengkritik
Bila besar ni, pandai bercakap, pandai buat kerja sikit, mulut tak berhenti nak mengkritik, mengutuk orang. Ini tak puas hati. Itu tak puas hati. Pendek kata, semua yang kita buat perfect. Orang lain buat cacat jadinya. Jadi, kenapa tak buat semua. Kan senang? Kompem perfect..:p.  Lagi 1, semakin rapat kita dengan seseorang, semakin banyak keburukan dia yang kita tahu. Sebab tuh, kadang2 umi lagi suka lepak bilik sendiri. Takut orang tahu kelemahan umi.hehehe...:p.. Dan selalunya, orang yang selalu mengkritik ni memang rasa dia hebat, dia la paling sempurna. Tiada yang sempurna melainkan dia sahaja. Dia lah yang paling baik. 
Pernah sekali umi tersentap dengan kata-kata seorang kawan.." orang berkapel ni bukan baik sangat.pegang sana pegang sini. nasib baik aku tak pernah kapel.xdela pegang2". Nampak x?Nampak x?.. ayat dia, tujukan semua kapel.bahawa semua yang pernah berkapel itu pernah pegang. Agak2la, orang baru nak berubah, tiba2 keluar ayat gitu, rasa apa??aib nya.Masya Allah.even tak pegang2 pun, bila dia kata gitu, rasa jijik dengan diri sendiri. Sampai terdetik kat hati, "kalau Allah nak balikkan hati kau, jangan kata kapel, mungkin lebih lagi Allah balas kat kau". Nampak tak kuasa sentap, sampai ter'doa' dalam hati. Punya jahat syaitan ni nak melaga2kan kita. Tapi, memang tak patut dia kata gitu. Kapel memang tak elok. Tapi kalau orang nak berubah, jangan diungkit kisah lama.kritik biar berpada. Nasihat lah secara berhikmah. "Bila hati rasa tidak berdosa, ada yang tidak kena dengan hati kita". Jangan kerana kita tak buat maksiat yang orang lain buat, kita bangga, kita pandang hina orang lain. Sebab kita tak tahu pengakhiran kita bagaimana.

Mudah bersangka buruk
Sangat2 setuju. Makin umi tua ni, dengan hati yang mudah rapuh, yang kurang kasih sayang ni, amatlah sukar bersangka baik. Paling2 sukar. Kalau kawan mesej lain sikit je, hati dah mula sangka bukan2. Memang cari pasal.. Sangka buruk, sangat beracun buat hati. Nak2 iman yang nipis macam iman umi ni. Then, bila berjaya sangka baik, datang pula kawan2 cakap tu cakap ni, sangka buruk balik.hehehe. tengok.diri sendiri tak mahu salahkan.keje nak salahkan orang lain... 

Memburukkan orang lain
Tak dinafikan, yang ni paling sukar manusia nak elakkan. Begitu juga umi.. Masya- Allah. kadang2 bila burukkan orang, umi terfikir, macam mana kalau orang burukkan aku macam aku buat. Masya-Allah. Allah tutup aib kita. Kita buka aib orang. Dah tu macam mana. Selalu terfikir. "aku ni kawan dengan dia.Bila aku susah, minta tolong dia. Bila nampak kelemahan dia, kita kutuk lagi tak mahu". Astagfirullahalazim. Kadang2 sedih dengan diri sendiri. Tak mampu nak lawan nafsu syaitan. 


*Maafkan saya kawan2. Saya bukanlah kawan yang baik. Semoga saya mampu menjadi sahabat kalian dunia akhirat.
*Kalaulah manusia tahu kepentingan menjaga hak ibu bapa, hak sebagai sahabat, hak jiran, pasti tiada budaya ghibah..=(
* Kadang2 malu nak minta tolong kawan2.sebab selalu buat jahat kat diorang...

-Saya tak suka tunggu orang. Jadi, saya xsuka orang tunggu saya.
 
#jangan buat saya sakit hati.. sebab bila saya sakitkan hati orang, amatlah berbisa. dan mungkin tak habis takat tuh.. 
#kebanyakan ciri2 kat atas ni , y umi tak suka orang buat kt umi. dan kadang2 umi sendiri yang buat...mungkin lebih jugak dr kadang2...:p
#selalu lah ingat2 kan umi supaya BEHAVE!!
 
Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com