Mudah tersentap
Kita tak mahu hati tersentap oleh orang lain, jadi kenapa mesti menyentap menyakiti orang lain. Dunia ni bulat. Boomerang tu, kalau kita baling kat orang, kemungkinan besar akan kena kat orang tuh. Tapi dalam masa yang sama, kemungkinan besar jugak akan patah balik dekat kita. Sapa suka disentap?Sapa yang suka disakiti?? Nak2 oleh kawan2 sendiri.
Bila dah besar ni, suka sangat mencari pasal. Orang diam, kita dok hingaq2.dok bising2 nak buat orang sakit hati. Then, lega.best sebab dapat buat orang sakit hati. Tanpa kita sedar, kita menanti untuk disakiti. Just wait and see. Allah nak tunjuk.sat ja... Kalau bukan melalui orang yang kita sakiti, mungkin melalui orang lain...=)
Mudah mengkritik
Bila besar ni, pandai bercakap, pandai buat kerja sikit, mulut tak berhenti nak mengkritik, mengutuk orang. Ini tak puas hati. Itu tak puas hati. Pendek kata, semua yang kita buat perfect. Orang lain buat cacat jadinya. Jadi, kenapa tak buat semua. Kan senang? Kompem perfect..:p. Lagi 1, semakin rapat kita dengan seseorang, semakin banyak keburukan dia yang kita tahu. Sebab tuh, kadang2 umi lagi suka lepak bilik sendiri. Takut orang tahu kelemahan umi.hehehe...:p.. Dan selalunya, orang yang selalu mengkritik ni memang rasa dia hebat, dia la paling sempurna. Tiada yang sempurna melainkan dia sahaja. Dia lah yang paling baik.
Pernah sekali umi tersentap dengan kata-kata seorang kawan.." orang berkapel ni bukan baik sangat.pegang sana pegang sini. nasib baik aku tak pernah kapel.xdela pegang2". Nampak x?Nampak x?.. ayat dia, tujukan semua kapel.bahawa semua yang pernah berkapel itu pernah pegang. Agak2la, orang baru nak berubah, tiba2 keluar ayat gitu, rasa apa??aib nya.Masya Allah.even tak pegang2 pun, bila dia kata gitu, rasa jijik dengan diri sendiri. Sampai terdetik kat hati, "kalau Allah nak balikkan hati kau, jangan kata kapel, mungkin lebih lagi Allah balas kat kau". Nampak tak kuasa sentap, sampai ter'doa' dalam hati. Punya jahat syaitan ni nak melaga2kan kita. Tapi, memang tak patut dia kata gitu. Kapel memang tak elok. Tapi kalau orang nak berubah, jangan diungkit kisah lama.kritik biar berpada. Nasihat lah secara berhikmah. "Bila hati rasa tidak berdosa, ada yang tidak kena dengan hati kita". Jangan kerana kita tak buat maksiat yang orang lain buat, kita bangga, kita pandang hina orang lain. Sebab kita tak tahu pengakhiran kita bagaimana.
Mudah bersangka buruk
Sangat2 setuju. Makin umi tua ni, dengan hati yang mudah rapuh, yang kurang kasih sayang ni, amatlah sukar bersangka baik. Paling2 sukar. Kalau kawan mesej lain sikit je, hati dah mula sangka bukan2. Memang cari pasal.. Sangka buruk, sangat beracun buat hati. Nak2 iman yang nipis macam iman umi ni. Then, bila berjaya sangka baik, datang pula kawan2 cakap tu cakap ni, sangka buruk balik.hehehe. tengok.diri sendiri tak mahu salahkan.keje nak salahkan orang lain...
Memburukkan orang lain
Tak dinafikan, yang ni paling sukar manusia nak elakkan. Begitu juga umi.. Masya- Allah. kadang2 bila burukkan orang, umi terfikir, macam mana kalau orang burukkan aku macam aku buat. Masya-Allah. Allah tutup aib kita. Kita buka aib orang. Dah tu macam mana. Selalu terfikir. "aku ni kawan dengan dia.Bila aku susah, minta tolong dia. Bila nampak kelemahan dia, kita kutuk lagi tak mahu". Astagfirullahalazim. Kadang2 sedih dengan diri sendiri. Tak mampu nak lawan nafsu syaitan.
*Maafkan saya kawan2. Saya bukanlah kawan yang baik. Semoga saya mampu menjadi sahabat kalian dunia akhirat.
*Kalaulah manusia tahu kepentingan menjaga hak ibu bapa, hak sebagai sahabat, hak jiran, pasti tiada budaya ghibah..=(
* Kadang2 malu nak minta tolong kawan2.sebab selalu buat jahat kat diorang...
-Saya tak suka tunggu orang. Jadi, saya xsuka orang tunggu saya.
#jangan buat saya sakit hati.. sebab bila saya sakitkan hati orang, amatlah berbisa. dan mungkin tak habis takat tuh..
#kebanyakan ciri2 kat atas ni , y umi tak suka orang buat kt umi. dan kadang2 umi sendiri yang buat...mungkin lebih jugak dr kadang2...:p
#selalu lah ingat2 kan umi supaya BEHAVE!!




0 budak comel komen:
Post a Comment