Allahurabbi
Sekejap bukan.
Kalau dulu kita main masak- masak, main kejar- kejar, main guli/ gasing, main nyorok- nyorok.
Sekarang... Dah ramai rakan sahabat nak timang anak, nak bina masjid, dah kerja.
Allah Allah.
Benar peribahasa Arab,
"Masa itu ibarat pedang, dia akan potong kita jika kita tidak memotongnya."
Rasa- rasa la kan, berapa banyak ibadah yang dah kita buat tahun lepas?
Ke lagi banyak maksiat?
Jom kita jadikan ulama sebagai tauladan.
Saban masa menangis, sebab risau ibadah2 yang lepas tak diterima Allah.
Teringat pesanan ulama- ulama.
" Banyakkan menangis sekarang, supaya kita mampu ketawa di sana"
Sehinggakan Saidina Umar berkata:
"Andai tak mampu menangis, pura- puralah menangis"
Masya-Allah...
Sedang umi menghabiskan saat-saat terakhir bersama seorang sahabat ni, tiba- tiba dia bersuara.
"Umi, kita rindu umi yang dulu. Cara umi pakai tudung dulu."
Sambil tangannya melihat foto- foto lama umi di tab.
Hati umi tersentap..
(Keje nak tersentap)
"Allahurabbi. Sahabat. Usah kenang zaman jahiliyah umi. Umi tak nak ingat. "
Sambil muka merah. Mata bergenang.
Dalam hati berbisik.
"Allah. Ini baru seorang sahabatku yang tahu kisam hitam ku. Betapa hina dan jahilnya aku dulu. Bagaimana dengan sahabat- sahabat yang lain. Hinanya aku di mata mereka, hina lagi aku di hadapan engkau ya Allah."
Sahabat membalas.
" Umi. Dulu pakaian umi tak teruk mana pun. Ok je. Tutup aurat jugak. "
Umi diam. Hanya mampu membalas di dalam hati.
"Pakaianku itu tidak mampu mencegah aku daripada membuat kemungkaran. Pakaian aku itu tidak mampu membuatkan aku takut dengan KEMURKAAN ALLAH. Pakaian aku tidak mampu membuatkan aku tetap ingat bahawa Allah ya sami', Allah itu MAHA MELIHAT. Allahurabbi."
Dan kini.
Untuk meniru ketika menjalani peperiksaan, aku tidak mampu. Walaupun menjeling sekilas.
Untuk bercakap sewenang- wenangnya dengan ajnabi, aku tak berdaya.
Untuk berjalan megah, menghentak kaki di hadapan ajnabi, aku khuwatir.
Untuk mengkeji, aku gusar.
Semua kerana tudung, baju, stokin yang ku pakai.
Kerana pakaian ISLAM yang kupakai..
Semua kerana Allah itu MAHA MENGETAHUI, ALLAH itu MAHA MELIHAT.
Jemaaaaah.. Alhamdulillah..
Tau tak dialog ni umi cilok dari filem apa?
Masya-Allah...
Allah pilih kalian semua dan umi sendiri untuk tonton cerita yang sangat sarat dengan pengajaran.
Alhamdulillah.
Di suatu perjumpaan 'discussion' bersama 'coursemate', umi dengan lancangnya ceritakan tentang ke-syahduan, ke-sebakan cerita tu.
"Sedih gile cite tu"
"Best gile"
"Tersentuh, tersentap, tersentak wa habaq sama lu"
.............
"Tak pun. Awat kami tak rasa apa2 masa tengok tu?"
...............
"GEDEBUK!!"
Apa perasaan kalian bila kalian syiok bercerita tentang kesyiokan cerita tu.
(Ha. kaw... berbelit dah bahasa)
Umi dengan hairannya, kerut kepala, muka merah, mulut melopong, hidung kemek..
Dalam hati,
"Awat.. Awat hang tak dak rasa apa2."
Berhari- hari juga umi pikir masalah kecil tu.
Masya-Allah.
Sebenarnya,
Hati ini milik Allah.
Nak tersentap ke, tersentak ke, rabak ke, semuanya Allah yang tetapkan.
Hati umi tersentap, tak lain tak bukan, Allah yang pilih.
Allah yang tetapkan.
Kawan umi tak rasa apa- apa, Allah yang tentukan.
Mungkin juga umi ni, hamba Allah yang paling banyak dosa.
Sebab tu terkesan, terasa, tersentap.
Masya-Allah.
Subhanalllah.
Hebat kan Allah.
Dia nak sentuh hati kita, senang je.
"Small the pieces".. =p
Walau bagaimanapun, umi bagi 100 bintang untuk 'Ustaz mu tunggu aku datang".
1st cerita yang umi tonton, tiada perdagangan wanita.
Nak tahu sebab apa?
Tiada wanita yang berlakon!.
Hatta lalu lalang.
Buat yang belum tonton filem tu, mohla beramei2 kita nonton.
Semoga Allah tetap memilih kita sebagai hambaNya yang diberi Taufiq dan Hidayah.
Amin...
Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com