Aku yang dulu vs Aku yang sekarang
Allahurabbi
Sekejap bukan.
Kalau dulu kita main masak- masak, main kejar- kejar, main guli/ gasing, main nyorok- nyorok.
Sekarang... Dah ramai rakan sahabat nak timang anak, nak bina masjid, dah kerja.
Allah Allah.
Benar peribahasa Arab,
"Masa itu ibarat pedang, dia akan potong kita jika kita tidak memotongnya."
Rasa- rasa la kan, berapa banyak ibadah yang dah kita buat tahun lepas?
Ke lagi banyak maksiat?
Jom kita jadikan ulama sebagai tauladan.
Saban masa menangis, sebab risau ibadah2 yang lepas tak diterima Allah.
Teringat pesanan ulama- ulama.
" Banyakkan menangis sekarang, supaya kita mampu ketawa di sana"
Sehinggakan Saidina Umar berkata:
"Andai tak mampu menangis, pura- puralah menangis"
Masya-Allah...
Sedang umi menghabiskan saat-saat terakhir bersama seorang sahabat ni, tiba- tiba dia bersuara.
"Umi, kita rindu umi yang dulu. Cara umi pakai tudung dulu."
Sambil tangannya melihat foto- foto lama umi di tab.
Hati umi tersentap..
(Keje nak tersentap)
"Allahurabbi. Sahabat. Usah kenang zaman jahiliyah umi. Umi tak nak ingat. "
Sambil muka merah. Mata bergenang.
Dalam hati berbisik.
"Allah. Ini baru seorang sahabatku yang tahu kisam hitam ku. Betapa hina dan jahilnya aku dulu. Bagaimana dengan sahabat- sahabat yang lain. Hinanya aku di mata mereka, hina lagi aku di hadapan engkau ya Allah."
Sahabat membalas.
" Umi. Dulu pakaian umi tak teruk mana pun. Ok je. Tutup aurat jugak. "
Umi diam. Hanya mampu membalas di dalam hati.
"Pakaianku itu tidak mampu mencegah aku daripada membuat kemungkaran. Pakaian aku itu tidak mampu membuatkan aku takut dengan KEMURKAAN ALLAH. Pakaian aku tidak mampu membuatkan aku tetap ingat bahawa Allah ya sami', Allah itu MAHA MELIHAT. Allahurabbi."
Dan kini.
Untuk meniru ketika menjalani peperiksaan, aku tidak mampu. Walaupun menjeling sekilas.
Untuk bercakap sewenang- wenangnya dengan ajnabi, aku tak berdaya.
Untuk berjalan megah, menghentak kaki di hadapan ajnabi, aku khuwatir.
Untuk mengkeji, aku gusar.
Semua kerana tudung, baju, stokin yang ku pakai.
Kerana pakaian ISLAM yang kupakai..
Semua kerana Allah itu MAHA MENGETAHUI, ALLAH itu MAHA MELIHAT.
Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com
0 budak comel komen:
Post a Comment