"Assalammualaikumwarahmatullah". Salam diberi ke malaikat di bahu kanan. Salam seterusnya buat malaikat di bahu kiri.
Selesai wirid, "Aisha, baca doa ea?" Hawa minta makmum kesayangan membaca doa.
Aisha dengan senang hati, senyum lebar merelakan diri.
Allah. Walaupun doanya agak simple, tapi terkesan di lubuk hati sehingga mampu membuat mata orang lain bergenang.
' Ya Allah, ampunkan dosa kami, dosa ibubapa kami, dosa guru- guru kami, dosa saudara mara kami dan dosa semua umat Islam yang lain. Amin ya rabbal alamin'
Berpelukan sambil meminta maaf.
Tiba- tiba, "Sebaknya. Tak pernah solat jemaah macam ni. Nanti esok- esok buat lagi ea?" kata Hajar.
Seusai semuanya, sedikit tazkirah berkenaan adab berdoa dikongsi bersama ahli jemaah.
"Aisha, Hajar. Apa yang kita faham dengan berdoa?" Tanya hawa kepada makmum- makmumnya.
Aisha menjawab, " Berdoa tu, kita minta sesuatu dengan Allah." dan Hajar mengangguk- anggukkan kepala tanda setuju..
"Ya. Betul. Jawapan yang sangat tepat. Kita kalau nak minta duit dengan mak kita, mesti ayat manis2 je kan. Mak baiklah, mak cantiklah. Macam tu juga bila berdoa. Perkara pertama kita perlu buat, puji Allah. Alhamdulillahirabbilalamin. Lepas tuh, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Wassolatuwassalamualaasyrafilanbiyaiwalmursalin.wa'ala alihi wasahbihiajma'in. Indah bukan?? Complete!. Buka doa dengan puji Allah dan selawat Nabi, tutup pun sama...Itulah adab berdoa."
Perkongsian daripada Hawa.
"Kak Hawa, Kak Hawa, ulang balik puji Allah dengan selawat Nabi. Aisha tak dapat tangkap"
"Alhamdulillahirabbilalamin. Wassolatuwasalamualaasyrafilanbiya'iwalmursalin wa'ala alihiwasohbihi ajma'in."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nikmatnya solat berjemaah sehingga Allah beri ganjaran pahala berganda-ganda.
Rasulullah bersabda dengan maksudnya:
“Solat berjemaah lebih afdal (utama)
daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda.” – (Hadith riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Teringat pesan naqibah, kak Fiza.
"Kalau solat kat Tesco, kat Giant, kat surau kuliah sekalipun, ajak- ajak la orang lain jemaah sekali. Jangan solat sorang-sorang. Amatlah rugi, kalau kita tak manfaatkan peluang berjemaah tu."
Kadang2 orang lain nak solat berjemaah, tapi takut untuk menjadi imam. Jadi, mulakan dengan perbetulkan al-Fatihah dan bacaan-bacaan yang lain.
Kadang- kadang orang lain ingin solat berjemaah, tapi malu nak ajak orang lain. Jadi, marilah kita mulakan dengan senyuman dan ajakan penuh kasih sayang. Insya-Allah, mudah-mudahan Allah redha.
-Jom berkasih sayang kerana Allah.-
-Jom bersama-sama mencari keredhaan Allah-
-Jom bersama ke syurga Allah-
Sayang kalian kerana Allah.
0 budak comel komen:
Post a Comment