Thursday, 6 June 2013

Susahnya menjaga hati


Astagfirullahalazim
Astagfirullahalazim
Astagfirullahalazim.

Sering hati kecewa. 
Sering hati merasa.
Sering hati menangis.
Sering hati berduka.

Masa p program, sedang hati berbahagia dapat berjumpa seseorang.
Sedang hati berbunga- bunga kegirangan.
Tahulah aku. 
Aku bukan seseorang yang istimewa di hatinya.
Tahulah aku bukan seseorang yang boleh mengingatkannya tentang mati, akhirat dan perkara- perkara baik.
Kerana, ketika bersamaku, dia sering bicara rindu orang di sana.
Sungguh. Hati sedih.
Hati kecewa.
Aku bukan seorang yang boleh dibuat sahabat.:'(
Aku mencuba untuk jadi si solehah itu.
Yang bila hadir dihargai, bila berpisah dirindui.
Sungguh aku cemburu.
Melihat dia merindui yang lain- lain.
Ya. Mereka yang dia rindui pastinya solehah.
Kerana dia tidak putus- putus merindu, tidak putus- putus bercerita.
T T
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~Tamat  kisah 1~~~~~~~~~~~~~~~~
 
-Status updated-
*** likes your comment.
Allahurabbi.
Terus rasa niat post dah jadi lain.
Sungguh. 
Tak suka bila yang seorang ni like post.
Kerana aku punya 'perasaan' pada dia.
Puas mulut terkumat- kamit beristighfar.
Istighfar...
Istighfar...
"Kau suka dia?" Doa pada Allah. Minta pada Allah.
Serius rasa nak remove.
Sahabat tanya, "kenapa tak reply komen dia?"
Dalam hati menjawab, 
"Nak jaga hati bukan senang. Kalau sekali balas, mungkin akan berlanjutan. Mungkin juga akan beralih kepada 'private message', mungkin juga akan beralih kepada kononnya cinta Islamik. Kerana fitnah perempuan kepada lelaki itu teramatlah besar dan bahaya"
Sahabat cakap lagi, "Try la usha dia"
Dalam hati meraung, 
"Layakkah aku untuk lelaki sesoleh itu. Aku punya masa silam yang gelap. Aku tidak sebaik dia."
 
~~~~~~~~~~~~Tamat kisah 2~~~~~~~~~~
 
 
Allah sebaik- baik perancang.
Susahnya menjaga hati.
Cinta pada sahabat, cinta pada 'seseorang'.
Tiada siapa tahu susahnya menjaga hati melainkan tuan punya badan dan Allah itu sendiri.
Begitu pentingnya 'bersangka baik'
Kerana takut tergolek dari landasan syariat Islam, 
aku cuba mengurangkan bicara cinta.
Aku kurang memikirkan soal suka pada dia.
Biarlah orang bahagia cerita kisah cinta mereka.
Biar aku hanya mendengar.
Sebab belum masanya bagiku.
Aku belum cukup matang.
Rasa suka, rasa cinta itu fitrah.
Semoga Allah terus pelihara diri ini.
Semoga Allah terus membantuku dalam memelihara hati yang satu ini.
 
Siapa kata cemburu hanya buat pakwe, suami??
Aku cemburu melihat sahabat2 aku.
Yang merindui seseorang, lalu dicapai pantas 'surat cinta'
Apabila hati gelisah, mulut laju membisikkan ayat- ayat cinta buat Pencipta.
Aku cemburu melihat bahagianya sahabat bila punya sahabat yang solehah.
Aku cemburu bila aku tidak mampu menjadi yang terbaik..
T T
 
 
*lama betul tak update blog.
*banyak nak cerita. tapi semua dah lupa nak update.
*last- last update ni..
*Bila hati sudah redha, pastiku sampaikan ucapan-ucapan cinta buatmu.
*mendoakan kebahagiaan kalian dari jauh.insya-Allah...=)










0 budak comel komen:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com