Al-kisah si gigi besi..
Tersebutlah kisahhhhh....
Selamat Hari Raya semua.
Maaf dari dalam tulang sampai hujung kulit.
Syok tak raya?
Ke masih rindu nak bersahur?
Rindukan saat-saat berbuka?
Rindukan kaki yang sihat melangkah ke surau untuk tarawih.
Rindu kan?
Setahun sekali.
Nak tunggu yang setahun sekali tu, bukan senang.
Mana tau, esok- esok dah 'takde'..
Apa- apa pun, ALHAMDULILLAH wa syukrulillah.
Kita terpilih untuk melaksanakan puasa di bulan Ramadhan.
Ada orang, langsung tak sempat nak merasa 1 RAMADHAN.
Beruntung kan kita?
Alhamdulillah
Ok. Umi nak merapu pasal pendakap gigi a.k.a 'braces'
Amende la braces tu?
Boleh search google ye.
=p
1st of all.. Jom baca cerita ni.
Alhamdulillah, raya ke-7 umi menziarahi kawan berdekatan.
Dan diberi nikmat sakit seketika.
Kena 'ulser'.
Amende la ulser tu.
Boleh search ye.. =p
Dah sakit tu, for sure umi tak boleh nak makan banyak.
Umi bukan kena 1 tempat, tapi dua.
Di bibir satu, di dalam pipi 1.
Sakit nya Allah je yang tahu.
Kawan punya susah hati sebab umi makan 'slow' sangat.
Hehe.
Dia pun cakap "Tu la. Nak cantik sangat. Kan dah."
Oh, time tu. Allah je tau apa umi rasa.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Persoalannya di sini, adakah braces tu tujuan dia untuk kelihatan cantik????
Maka, jom sama- sama tajdid niat kita.
Tak salah untuk cantik, sebab Allah itu sendiri JAMIL.
Allah itu sendiri CANTIK.
MAHA CANTIK.
tapiiiii,
Jangan lari dari ISLAM.
Kalau gigi dah cantik, tersusun, takde cacat, apa perlunya pakai braces.
Alhamdulillah.
Umi baru sekarang berkesempatan pakai braces.
BUKAN UNTUK CANTIK.
Teringat lagi masa sekolah rendah.
Umi seorang anak manja (ok. perasan.. =p ) yang suka paksa mak ayah bawak p spital, semata2 cek gigi.
Padahal takde masalah pape pun.
SAJE!.. =p
Setiap kali lepas treatment, doktor mesti suggest "Adik. Taknak pakai braces ke? Kalau mak ayah kerja government, boleh murah lagi".
Time tu, memang nak. Tapi bila pikir, time tu, mana ada duit lagi.
Takkan nak menyusahkan mak ayah.
So, niat untuk pakai braces tu dibatalkan.
Umi ulang sekali lagi.
Umi pakai braces bukan SAJA2.
Masuk matrik pula, 'ketagihan' umi untuk jumpa doktor gigi tak dapat juga dibendung.
ekekeke..
Dan pujukan demi pujukan sang doktor terus berlagu- lagu.
But then, i still have no enough money.
For that time, umi batalkan lagi niat..
Masuk U, umi dah niat.
"Allah, aku nak pakai braces. Aku rendah diri sangat dengan condition gigi ni. Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik. Kalau KAU izinkan aku pakai, permudahkanlah."
Boleh dikatakan bila teringat, umi doa gini.
Satu hari, sebab takde kerja, kaki gatal p Pusat Kesihatan Universiti atau nama manjanya PKU,
terus la umi cakap kat doktor tu, umi nak cek gigi, samada boleh tak pakai braces.
Hati dah cakap, memang tak dapatla kau pakai, dah nak habis belajar pun.
Tapiiiii... Tiba2 doktor cakap "Ok. Buat appointment dengan akak tu".
Gembira dia jangan cakap la.
Dan Alhamdulillah, umi berjaya pakai duit sendiri.
Alhamdulillah rezeki Yang MAHA KAYA.
But then, lepas umi dah pakai.
Ramai pulak si gadis yang pakai untuk CANTIK.
No wonder la orang suka perlekeh yang pakai braces ni.
Gigi dah elok2, toksah la pakai.
Kalau gigi umi elok, umi taknak pakai.
Masa cabut gigi, darah ambil masa 2hari nak berhenti.
Dasyat tak??
Awal pemakaian braces, umi amik masa 3 jam untuk makan.
Dan akhirnya, umi amik keputusan untuk makan sup kosong je.
Alhamdulillah, SEDAP.. =)
Dan Allah permudahkan. Umi hanya perlu cabut 1 batang gigi je.
Dan tak sampai 2 bulan, gigi umi dah sempurna beralih.
Umi ingat lagi, dulu masa gigi tumbuh, gigi ni p tindih gigi lain.
Abang perasan.
Dia p ngadu dekat ayah. (Kejam kan? )
Ayah pun capai PLAYAR nak cabut.
Gila tak takut???
Lalu, berlari seperti lipas kudung lah umi keliling rumah sambil menangis.... =p
Kesimpulannya, jaga gigi elok2.. :p
Jangan mudah buat kesimpulan atas apa yang orang lain lakukan..
Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com
:) jenuh cheq nk google ..
ReplyDeletebukan semua org pkai sbb cantik kan alhamdulilah :')
.. nk gtau .. cheq rindu la :)