Saturday, 7 September 2013

P.I.A 2013

 
Alhamdulillah, umi sekali lagi diizinkanNYA untuk menjejakkan kaki ke KOLEJ MATRIKULASI PERLIS (KMP) buat kesekian kalinya.
Umi ada banyak cerita nak share.
Sebabnya, ni pengalaman paling indah umi pernah rasa.
Didikan terindah daripada adik2 yang umi sayang sangat2.
Kerana mereka terlalu istimewa.
TERLALU.


Kenapa ye umi kata mereka terlalu istimewa?
Erm..
*Sila baca sambil dengar lagu instrumental.. =p

Umi punya mak ayah.
Mak ayah yang masih hidup.
Dan mereka?
Tidak punya ayah.
Mereka diuji pelbagai dugaan.
Betul2 mendidik umi.

Pada mula program, umi tak tahu yang diorang ni anak yatim/ orang susah.
Umi macam biasa.
Cakap banyak, buat lawak bodoh selambe.
Alhamdulillah.
Mereka adik2 yang sangat periang.
Rajin sedekah senyuman.
Tak nampak langsung yang diorang ni sedang diuji.

Macam2 slot kami buat.
Ketawa tak hengat dunia.
Tiba 1 slot, "Graf Kehidupan".
Sorang2 cerita graf kehidupan masing2.
Time ni, memang sebak gila wa habaq sama lu.
Adik 1, " Masa saya nak exam lagi 2minggu, ayah saya takde. Lepas tu mak saya sakit. Memang saya tak dapat jawab exam dengan baik. Result jatuh. But then, saya bangun semula. Sampai bila nak sedih. Everyone has to move on their live. "
Perghhhh! Sentap umi.
hehe.. Sebab umi pernah menangis macam orang gila sebab benda bodoh.
Tapi diorang... hurm..
Hebat adik2 ni...
Itulah antara kisahnya...

Masa umi p Konvensyen Bidadari kat PICC,
tetibe dapat wassap sorang adik ni,
"akak, im afraid losing someone that dearest to me in life."
Hati dah cakap "Tula. orang kata jangan kapel. Eish"
Pastu masuk lagi text adik ni.
" Bila dengar ibu azam sakit, memang terasa pedih dalam hati."
DUMMM!!!!
Rasa macam kena hentak je kepala ni.
Padan muka kau. Suka sangka buruk.
TANG!!!
Rasa kepala dihentak buat kali kedua.
Sebab, adik ni lelaki.
Boleh nampak dia sayang kat ibu dia macam mana.
N, dia anak sulung.
Allahurabbi.
Betul2 kuat.
Hebat Allah.
Dia nak bagi azam ni tabah, kuat, DIA bagi nikmat ujian yang macam ni.

Hati kelu, tangan kejang, mulut bisu.
Tak tahu nak balas apa.
Dalam hati asyik cakap, 
"Allah, tolong jagakan mereka. Tabahkan hati mereka. Kasihani mereka. Rahmati mereka dengan kasih sayangMU yang melimpah ruah."

Umi selalu bayangkan bagaimana keadaannya kalau Allah tarik nikmat mak dan ayah tu.
Kadang2 tak sanggup nak bayang pun.. T T
Tapi, saat itu pasti, cuma tak tahu bila.
Umi cuba semampu boleh untuk jadi anak yang solehah, anak yang manja buat mereka..
='(

1 comment:

  1. Allah .. T_T ..
    semoga kita semua sempat jd anak y solehah ..

    -dyahremlee-

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com