Sendiri?? Oh tidak.. Allah kan ada..
Sekian lama jejari comel ni tak menari.
Alhamdulillah.
Kita diizinkan Allah untuk terus menikmati segala pinjamanNYA lagi.
Umi kini sudah di semester 1 tahun 4. (semester 7)
Tinggal 1 semester sahaja lagi.
Masih gigih mencari tempat praktikal. T T
Alhamdulillah.
Umi senang bergerak sendiri.
Makan sendiri, ke mall sendiri, ke program sendiri.
Dan umi tahu, Allah ada untuk jaga umi.
Alhamdulillah.
Tapiiii...
Bukanlah bermakna hidup ni nikmatnye berseorang.
Kita perlukan orang lain untuk KUAT.
Islam itu sendiri KUAT apabila MUSLIM itu bersatu.
Bila seorang itu dibidas, punya seorang lagi hamba Allah yang akan bantu.
Hidup ini saling memerlukan.
Tak percaya?
Tengok saja pada daun dan haiwan.
Mereka memerlukan karbon dioksida dan manusia memerlukan oksigen.
Sejak di semester 5, umi terbiasa dengan kehidupan solo.
Sejak diuji 'cinta monyet' dan kawan- kawan.
Sehingga kini...
Ramai sahabat bertanya
"Umi, sorang2 ke?"
Dalam hati ingin sekali menjawab
"Dalam kubur nanti pun sorang2"
Jawapan penuh riak, takbur, bongkak.
NAUZUBILLAHIMINZALIK
Tidaklah umi sekali2 ingin menjawab sebegitu.
Semoga Allah sentiasa jaga hati ini.
Umi senang sendiri.
Tidak perlu menanti orang lain.
Jimat masa.
Tidak perlu meluangkan masa dengan perkara tambahan yang tak perlu (mengumpat).
Tapi, ada ketikanya, umi merasa perlu untuk luangkan masa bersama sahabat2.
Kita bisa bahagia, apabila melihat orang yang kita sayang bahagia.
Benar bukan??
=)
Tiada apa yang nak dirunsingkan jika berseorangan.
Allah kan ada...
Semoga kita semua kuat untuk berdiri atas kaki sendiri.
Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com
allah ..
ReplyDelete