Friday, 29 March 2013

Semua Kerana Kehendak dan IzinNYA.

Sejak naik semester baru ni, umi ada perasan sesuatu.
Semester lepas, umi ada niat macam2. Antaranya:
  • Insya-Allah, kalau ada rezeki lebih, nak beli smartphone.Murahpun xpela.Janji boleh berhubung dengan customer sebaik mungkin.
  • Setiap kali pandang beg galas, terdetik kat hati. Kasihan beg ni, dah bertahun aku pakai. Sampai koyak2 dah. Tapi boleh pakai lagi.
  •  Nak join usrah jugak. Tak kira apa jadi. Kena juga cari usrah. Nanti dah keluar U, lagi susah.. Jumpa sahabat2 dekat masjid, Pusat Islam, mesti tanya "ada join usrah tak".
    Dan Alhamdulillah.. Allah sangat2 baik..Allah Maha Pmurah. Maha Penyayang.
    Tak pernah kedekut dengan hambaNya.
    Allah..Allah... T T
    Hina betul rasa diri ni..='(
    Semester ni, Allah bagi semua yang umi dah niat macam2 tuh..
    • Abang umi hadiahkan tab. Niat nak yang murah2, tapi Allah bagi lebih.Allahuakbar..Allah Maha Besar..=')
    • Ida pulak hadiahkan beg galas yang memang umi dah minat lama. Allah. Allah salurkan melalui Ida. Terima kasih Ida. Terima kasih ya Allah..Alhamdulillah wa syukrillah.
    • Nak join usrah dari sem ke sem. Alhamdulillah, semester lepas rapat dengan yuhaniz, ahli dalam HELWA. Awal semester asyik tanya dia pasal usrah. Dan again! Allah bagi.huhu... Allah maha Pemberi Rezeki. Allah tidak pernah kejam dengan hambaNYA.




    Dan pagi tadi, punyalah rindu ayah, rindu dayah. rindu tarbiyah ujian dari Allah, dok update2 blog.
    Sekali dayah komen. Allah.. Baru je hati nak taip "kalau sahabat tu mesej dengan mesej yang mengingatkan kepada SANG PENCIPTA, pun dah lebih dari cukup"
    Sekali Allah hadirkan sahabat ni untuk komen...='). Allah..Allah...
    Nikmat Allah yang mana lagi umi boleh dustakan???
    Sedangkan umi berbisik dalam hati, DIA dengar!.
    Sedangkan umi minta sikit, DIA bagi lebih!
    Sedangkan umi selalu buat maksiat, buat dosa, DIA bagi jugak!.
    Allah... Betapa besarnya Engkau.
    Betapa berkuasanya ENGKAU..
    "Ya Allah, jadikanlah aku sahabat yang mencintai hambaMu yang lain atas dasar mencari keredhaanMu. Atas dasar cintaMu. Atas dasar keimanan.."
    Kerana itu aku sayangkan kau dayah..i really2 love u.insya-Allah kerana Allah...=')
    Kerana Allah tak hadirkan aku insan yang sentiasa dekat dengan ku untuk peringatkan aku tentang kebesaranNya. Tapi Allah bagi dayah, jarak jauh punya sahabat untuk ingatkan umi...
    Alhamdulillah ya Allah....
    Nikmat yang Engkau berikan, terlalu2 banyak.
    Terlalu indah..T T

0 budak comel komen:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com