Friday, 29 March 2013

Muhasabah 1

Assalamualaikum.. Sekadar berkongsi dengan sahabat2. Semoga banyak manfaatnya.. Saya ada membela 9 ekor kucing. Saya menjaganya seperti ibu menjaga anak-anaknya. Malam tidur bersama. Siang mereka mengekor ke mana sahaja saya pergi. Perkara yang sangat sukar untuk saya lakukan adalah meninggalkan rumah kerana saya khuatir keselamatan mereka. Apapun tentu sekali saya perlu meneruskan hidup sebagai manusia. Allah lebih mengetahui segala yang terbaik untuk hamba-Nya. Dalam tempoh satu minggu ini, sudah lima ekor kucing saya mati. Purata seekor mati sehari. Veteriner kata ianya adalah disebabkan virus yang melumpuhkan fungsi hati. Maka perlahan-lahan saya melihat kucing-kucing saya mula muntah, lembik, kencing warna oren keluar tanpa dikawal dan pelbagai lagi. Keadaan yang paling pedih di hati adalah sewaktu menyaksikan pergelutan sakaratul maut. Pada saat ini ada kucing yang termuntah dan terkencing-kencing, ada yang tercirit kerana sakitnya hendak dicabut nyawa. Mulut ternganga dan bagai sawan. Air mata saya semakin lama semakin kering kerana sudah seolah rutin melihat seekor demi seekor mati di atas tapak tangan. Namun setiap kali mereka sedang nazak, air mata akan kembali mengalir deras. Jujur saya katakan ia sangat menakutkan melihat malaikat Izrail mencabut nyawa. Haiwan yang tidak berdosa ini berasa sakit sungguh, bagaimana pula kita manusia yang pasti suatu hari akan mati? Dosa-dosa kita bertimbun. Bagi seekor kucing, sakit dicabut nyawa ini adalah sakit terakhir yang perlu ditanggungnya. Bagi seorang hamba Allah yang berdosa pula, sakit dicabut nyawa ini barangkali adalah yang pertama dan bakal disusuli azab-azab barzakh yang lebih pedih. Azab kerana culas solat dan aurat, azab kerana berkasar dengan ibu bapa, azab kerana mencuri tulang dalam bekerja dan 1001 azab yang kita sendiri boleh fikirkan....

Astagfirullah... Astagfirullah... Astagfirullah... Hanya itulah kalimah yang terketar-ketar saya mampu lafazkan saat tubuh lemah di atas riba saya sedang kejang-kejang ditarik nyawanya.

Saya tidak menangis kerana kucing-kucing ini mati atau kerana saya akan merindui mereka. Saya menangis kerana saya khuatir cara bagaimanakah saya akan mati dan cara bagaimanakah ahli keluarga saya akan mati. Saya berazam berkali-kali untuk bertaubat dan mahu menjadi orang baik. Saya berazam bersungguh-sungguh untuk mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya. Kemudian apabila teringatkan bahawa kita tidak mungkin masuk ke syurga sendirian degan begitu mudah kerana ada anak-anak, ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang akan menarik kaki kita ke neraka, sekali lagi air mata saya tumpah. Lemah!!

Ya Allah... Sungguh aku tak mampu untuk melawan nafsu sendiri tanpa kekuatan dari-Mu! Sungguh aku tak mampu untuk beribadah sendiri tanpa kekuatan dari-Mu! Sungguh aku tak mampu untuk mendidik anak-anakku, menunaikan segala hak-hak manusia lain tanpa kekuatan dari-Mu. Ya Allah, berikanlah hamba-Mu ini kekuatan....

Malam tadi saya seakan robot tanpa perasaan. Hati rasa tenang sedangkan baru selesai membungkus bangkai kesayangan saya dan membersihkan najis yang bertabur. Dengan wajah yang tersenyum saya memaklumkan kepada emak tentang kematian kesayangan saya.

"Emak, kakak tidak mahu mereka mati sia-sia. Kakak mahu kematian mereka menyebabkan kakak menjadi orang yang baik. Kakak tidak rasa bersalah atau bersedih kerana kakak sudah buat yang terbaik. Sudah beri ubat, sudah beri rawatan dan sudah teman hingga akhir. Ini baru kucing mati, belum lagi orang kesayangan yang mati. Kakak tak mahu suatu hari nanti kakak menyesal seumur hidup kerana pernah buat salah kepada manusia yang pastinya akan mati. Penyesalan itu lebih sakit dari segala penyakit fizikal. Kakak pilih untuk sabar. Apabila ingat begini, rasa ringan segala masalah hidup." ujar saya.

"Biarlah orang kata kita bodoh kerana bersabar. Allah tahu dan ianya tidak datang secara percuma," sambut emak.

"Kita tidak akan mampu memperoleh hak kita walaupun kita bersungguh-sungguh menuntutnya tanpa izin Allah. Sesungguhnya Allah berkuasa ke atas segala-galanya, jadi kita kena yakin segala hak yang tertunai dan hak yang terhalang adalah kehendak Allah. Maka kita tidak akan tersinggung atau berkecil hati dengan manusia yang menyakiti kita. Jika Allah hendak memberi, tiada yang dapat menahan. Jika Allah hendak menghalang, tiada yang dapat melawan. Allah menjaga rezeki kita."sambung saya lagi.

"Ya.. Terlalu sedikit kita bersyukur dibandingkan dengan nikmat yang Allah berikan. Takutnya kalau kita terlupa..."

Ujian itu menyakitkan. Kesakitan yang menyebabkan kita makin dekat pada Allah itu hikmah. Kesakitan yang menyebabkan kita makin jauh daripada Allah itu bala.....
#Mari sahabatku, bersiap untuk mati..
 
#COPY PASTE DARI K.LILLAH#

0 budak comel komen:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com