Friday, 29 March 2013

Usrah 1

 
"Akak nak setiap sorang ceritakan dua orang, yang paling sayangkan kita dan lagi sorang yang kita paling sayang"- kak Fiza (naqibah)
sahabat 1:
"Dulu, masa mak hidup, saya rapat sangat dengan mak. Senang cerita, hidup saya hanya emak. Ayah, kakak, adik, saya tak rapat langsung. Sampai suatu saat, Allah tarik nyawa emak saya. Saya macam hilang arah. Hari- hari pergi kubur mak, menangis, bacakan yasin, merintih. Bayangkan, hidup saya hanya pada emak. Ayah tak rapat. Lepas mak takde, saya sunyi sangat. Saya takde sesiapa dah. Tapi, Alhamdulillah. Sebab tak lama tu cuti habis. Jadi tak sedih sangat macam dulu. Orang yang paling sayangkan saya, emak saya. T T"
-mungkin masa umi tulis ni, tak sedih. Tapi masa dengar sahabat ni bercerita, Allah..Hebat betul dugaan dia. Seteruk2 ujian yang umi dapat, rasa tak setanding lagi dengan ujian sahabat ni. T T. Serius sedih, masa dengar dia cerita. T T
 
 
Tiba turn umi membebel nak bercerita pulak. 
-Habis je kakak tu cakap "ceritakan orang yang paling sayangkan kita", umi terpikirkan sahabat umi yang sorang ni je.serius rindu kat dia...
"Orang yang saya rasa paling sayangkan saya, sahabat saya. Dia berusaha carikan saya sahabat supaya dapat bimbing saya mendekati Allah.Serius. Sangat2 terharu bila dia sudi usaha gitu.=').Walaupun kami jauh. Jujur saya katakan, saya sangat cemburu akhirnya dia berjaya bertemu dengan orang baik- baik. Ada teman ke program2. Saya masih sendiri. Tergapai-gapai seorang diri.Terasa bagai cinta diduakan. hehe. Tapi umi teringat "HUSNUDZHON!!". Takkan saya lambat, dia pun kena lambat. Saya taknak pentingkan diri. Takkan kerana sayangkan saya, saya nak biarkan dia dengan saya 24jam. Dia juga perlukan sesuatu untuk perbaiki diri dia.Takkan nak mesej, telefon saya 24jam ye tak?hehe. Kadang- kadang saya harap, dia mesej saya. Tapi tula. Sayang dan cinta dalam berukhuwah bukan perlu bersms, telefon, chat, komen2 kat fb. Tetapi DOA. Kerana "power of Dua', nobody can expect", kerana itu antara senjata paling hebat yang Allah bekalkan ke hambaNYA...Tapi tak tahu lah.Macam saya je yang paling sayang dia.hehe.Tapi dia pernah cakap dia ada dua sahabat yang paling dia sayang(Perasan kejap..hehe) Moga Allah memberkati ukhuwah kami.Bila umi rasa malas nak berubah dek ujian yang sekecil2nya yang umi punya poyo buat jadi besar, umi teringat kat dia. Nak jadi kuat macam dia.Walau tiada siapa di sisi.Sebab umi sayang dia sangat2.................Dan orang yang paling saya sayang sangat4x  adalah ayah. Ayah tak pernah cakap dia sayangkan saya. Tapi dari perbuatan dia dah cukup membuktikan segalanya. Dia sanggup panjat bumbung rumah orang, pasang lampu, kipas, panjat tangga tinggi. Padahal dah berumur 65 tahun.Bayangkan.huhu. 65 tahun, larat buat apa?Tapi ayah, masih kuat.huhu.. Pernah suatu hari,ayah betulkan kipas kat bilik tanpa memakai baju. Sebab abang takde, jadi umi tolong ayah pass2 alatan. Bila ayah dah sampai hujung tangga, hati berdebar2, Allah, dah tua2 masih panjat tangga.huhu. Dari bawah saya perhati ayah, saya pegang tangga kuat2, walau tahu ayah berat, kalau ayah jatuh, saya tetap nak sambut ayah! Sedang leka memerhati, tiba2 nampak satu lebam biru di bahu ayah.Masa tu, air mata laju mengalir. Terus keluar bilik.Bila rasa dah ok, masuk balik.Pastu tanya ayah "Bahu ayah kenapa?". "Kenapa dengan bahu?Oh.Tadi jatuh"..Bayangkan! 65 tahun, jatuh, bahu lebam.Kalau sikit takpe. Dan sekali lagi, keluar bilik menangis.huhu.Petang tu, keluar dengan abang, tanya abang bahu ayah kenapa. Abang cakap ayah jatuh tangga dalam bilik air. Masa tuh, dalam hati Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya saya, sebab Allah masih panjangkan umur ayah. Alhamdulillah.."
 
 
Huhu.. Ayah hebat. Ayah sangat baik. Ayah garang, tapi akak tahu ayah sayangkan akak.
Ayah sanggup drive dari selatan sampai utara..Semata2 nak pastikan akak sampai kat sintok ni.
 
 
"Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah supaya aku boleh berpimpinan tangan dengan emak dan ayah menuju syurgaMu, ya Allah. Aku tahu, Engkau maha Pemurah, maha Adil, maha Penyayang"
 
 
*Dan tentang sahabat. Mungkin umi belum layak berjumpa dengan sahabat yang boleh bersama2 ke majlis ilmu, bersama2 dalam erti kata menuju keredhaan Allah. Tetapi sahabat2 yang ada di sekeliling umi sebenarnya dah banyak membantu umi. Perhatikan mereka, muhasabah diri, dan akhirnya umi ketemu jawapan kenapa aku tak beroleh sahabat 'alim2'. Allah nak mendidik umi dengan cara yang berlainan. Sahabat2 umi semuanya Alhamdulillah baik2. Alhamdulillah Allah kurniakan mereka .. (* ^).Yang penting, jangan pernah merasa diri BAIK. Kena rasa kita ni HAMBA ALLAH YANG PALING HINA selalu.Kerana kita ni HAMBA yang sering berbuat dosa.Tak pernah lelah membuat dosa.=(.Tak pernah berasa cukup setelah diberi nikmat.
*Kalau nak dapatkan keredhaan Allah, nak berhijrah, nak bertaubat, nak buat apa je, kena ingat. "All I need is Allah"."Everything is about Allah". Jangan bergantung dengan orang lain. Kelak kita hanya menanti tanpa usaha..Usaha..Usaha.. Dan terus berusaha. Kemudian, letakkan segalanya pada Allah. Dan berdoa, semoga setiap amalan kita kerana Allah. Semata2 untuk keredhaanNya. Semata2 untuk CINTANYA.
Allahu rabbi.Betapa besar rasa kasihan rasa sayang DIA pada hambaNya. ='(

*Terlalu banyak nak cerita. Dah 2x usrah. Tapi sempat cerita ni je buat masa ni. Sebab malam ni rindu sangat dekat ayah. Jadi update usrah minggu lepas punya minggu lepas..=)
*Sedang cuba menyibukkan diri dengan business, aktiviti2...supaya tak buat perkara yang sia2. supaya tak mengganggu orang lain..Semalam baru je kacau masa Izzati sobri dengan Azura Azai...=)
*Twitter sudah berjaya deactivated. Sedang cuba mengurangkan penggunaan FB(fb ni agak susah sikit kot.nak2 BintuAbi dah bukak dropshipper under umi.Alhamdulillah. rezeki Allah).
*Hari2 mak telefon, "umi, macam mana 'tu'?ada kurang tak?".. huhu...setiap kali mak tanya tak tahu nak jawab camna..tak mau jumpa doktor dah...=(..
*Usrah 1 dan 2 ade cerita pasal nama2 Allah..nanti umi share lagi ye...bila berkelapangan...(* ^)
Assalammualaikum

0 budak comel komen:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com