Wednesday, 25 January 2012

Drama "Dakwah Aiskrim Roti: Tips Bercinta Sblm Kahwin".

Suatu petang pukul, 6.40 petang. Makcik dalam cerita sebelumnya (blm baca? sila baca dulu kisah makcik dan anak lelaki makan buah mangga) telah diziarahi oleh anak sedara pompuannya yang umur 21 an. Lalu makcik mengajak anak sedaranya itu bertenggek di tepi sawah makan aiskrim roti.

***** ISU 1 ******

Gadis: Makcik, nape pompuans skang ramai tak tutup aurat?

Makcik: Ok. isu orait gak. Hang agak2 nape?

Gadis: Sebab dorang rasa dorang lawa sangat la tu tak tutup aurat. Boleh menampilkan kulit gebu mulus, rambut rebonding, nak berpesyen. Tak ready lagi n macam2 lagilah. 

Makcik: Huhu. (kunyah roti sikit). Kita terus cari punca la senang. Komen byk pasal dorang pun tak kehabisan. Umur baligh seseorang pompuan tu kalo ikut pembacaan makcik la, fiqh al-Syafi'i kata koman2 umur 9 tahun dah ada yg dtg haid tanda baligh. Ikut Imam Abu Hanifah lak kata 17 tahun. Abu Yusuf, Muhammad b. Hassan, dan al-Syafi'i meletakkan umur 15 tahun (form 3) umur standard baligh. 

Gadis: Tak paham. Macik rujuk kitab mano ni?

Makcik: Ikut suko makcik lah. Wajib tutup aurat bila dah baligh. So, parents ada masa 9 hingga 15 tahun nak didik anak tutup aurat betul-betul di rumah. See, Allah dah bagi ruang masa yang cukup utk kita bersedia. Tade alasan "TAK READY" lagi. Parents yg cerdik, bekalkan anak dgn agama. Parents yang kurang cerdik, manjakan anak sampai nak rotan sikit pun tak sampai hati. Bukan aurat je, solat pun camtu lerr. Kalau parents dah tahu jahil tukil bab agama, tak reti-reti ke search youtube ceramahUstaz Azhar Idrus ( Original ) ? huhu

******** Isu II ********

Gadis: Uhuk. Ok, saya ada baca artikel Hilal Asyraf, penulis tersohor tu. Tajuk dia, "Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal." Tak berapa paham ah. Cuba makcik terang sikit.

Makcik: Amboi cairla eskrim makcik camni duk terang. Biasalah ayat dia tu banyak sikit bunga. Hang ni takkan tak paham. Hah apa yang tak clear? 

Gadis: Cinta sebelum kawin betul ke ada?

Makcik: Ada je. Ada dua jenis. Satu, cinta sebab nak kahwin. Dua, cinta sebab nak couple. Kenapa makcik cakap ada? Satu, bila hang nak kahwin hang kena tengok dulu pasangan hang tu. Sunat kot tengok pasangan yg kita nak kahwini ni. Adakah hang nak kahwin kalo hang tak berkenan dengan pasangan hang tu? 

Gadis: Of coz la nak yg berkenan di mata dan di hati!

Makcik: So, berkenan ni bila hati hang suka. Dari bibit suka tu lah timbul sayang. Dari sayang timbullah cinta. Bezanya, memula ni tidaklah cinta sepenuhnya, mukaddimah baru. Ha, ada berani kata takde rasa cinta? Jangan duk kelentong makcik org tua, lama makan garam masin dari hang. Cinta kat ajnabi ni boleh bila nak kahwin. Tapi ada syaratnya.

Gadis: Apa syaratnya? (Membulatkan mata kat makcik)

Makcik: Syaratnya betul2 nak kahwinlah. Utk orang2 yg mmg bersedia nak kahwin. Utk yang serius2 sahaja. Yang penting sekali, tidak melengah2kan proses ke arah itu. Ni berkenan dan bercinta sampai 5-10 tahun. Tu bukan cinta dah tu. Tu namanya tolong mempercepatkan proses penuaan pasangan masing2. Dah tua, tinggalkan..cari yg muda. Hak ela. Lepas dah lama bersama, baru nak kata, "kita tak seswai lah, tak sefahaman, takleh masukk.."

Gadis: Halal tu camana plak?

Makcik: Rasa cinta tu ok. Tapi yang PERGI BERCINTA tu yang tak ok. Islam suruh PERGI BERKAHWIN. Bila bercinta, nak tiru adegan2 percintaan dalam cite Korea la plak. Tu mmg tak halal. Yang halal di sisi Islam, tumbuh rasa cinta untuk segera nak kahwin.

Gadis: So camana sebenarnya cinta yg sblm kahwin ni? 

Makcik: Cinta sebelum kahwin utamanya adalah cinta yang segerakan perkahwinan. Tak perlulah nak letak ikatan apa-apa "bf" or "gf". Datang ke rumah famili, "tanda" betul-betul dengan wali si pompuan. Minta izin, ikat janji dengan abah dia, "saya nak kahwin dengan anak pakcik ni". Direct je. Ikat dengan abah dulu, bukan pepandai ikat dengan anak bagi cincin tanda sendiri.

Gadis: Contact2 camana lak? Harom ke?

Makcik:Bukan takleh tepon, takleh sms, takleh chat, takleh fb, boleh je. Tapi biar berpada-pada lah. Eloknya, benda yang penting2 dan yg perlu je. Sebab sentiasa set dalam kepala, "Aku nak cakap puas2 dengan dia lepas nikah nanti." Takkanlah sampai nak call, nak sms utk bincang pasal hal2 perkahwinan dan pertunangan pun haram. Susah betul nak berkomunikasi. Macam nak kahwin ngn pokok kayu. Kalau boleh call mak ayah or org tengah, tu terbaik. Kalau terpaksa gak kena contact si empunya diri, nak wat camana kan? 

Gadis: (Angguk2 olok2 paham). So camana lak bercinta bersayang-sayang sebelum kahwin?

Makcik: Kalau tatau nak kahwin bila, tatau dapat kawin ke tak..tak bolehlah. Tapi, kalau dah jumpa famili semua dan dah ada perancangan, boleh je biarkan rasa tu tapi jangan la duk luahkan rasa sangat. Agak2lah. Cakap sekali dah lah, "eii tak sabarnya nak kahwin ngn awak nii~". Ni hari2 nak cakap "sayang". Lek la luhhh!~ Eloknya, simpan terus jiwang2 hang tu utk dihamburkan lepas kahwin nanti. Kikiki

Gadis: Cinta sebelum kahwin yg terbaiknya camana?

Makcik: Cinta yang apabila kita cinta seseorang itu samada diluah atau dalam diam, menyebabkan cinta kita kepada Allah makin bertambah. Makin rajin kita bangun tahajjud malam. Makin rajin kita baiki diri. Makin rajin kita istikharah. Makin sayang kita pada Allah. Makin kita dekat pada Allah. Makin kita rasa bersyukur pada Allah. Ingat dia, ingat Dia. Tapi lebih ingat Dia dari dia. (senyum)

Bila kita kata "cinta ini kerana Allah", maka mmg patut cinta kepada Allah kita tambahkan lagi. Tapi, jika "cinta kerana tidak ada sebab selain aku dah jatuh cinta padamu", yg sebenarnya kita dah tenggelam dgn nafsu dan kemahuan hati semata-mata. Sebab kita mulai hanya nampak dia, dan kita akhirnya lupakan Dia.

Gadis: Camana lak tentang majlis kahwin mahal? Standard2?

Makcik: Kalau hang laki, hang pilih je pompuan lain kalau dah mahal sgt. Ibaratnya, aiskrim roti ni haa harganya RM1 je. Sedap je pun. Tapi hang pi gak bodohkan diri beli Tutti Frutti yg kena timbang tu dengan harga sampai RM20 secawan. Rasa lebih kurang je padahal. 

Gadis: Huhu. So macik, apa kesimpulannya?

Makcik: Tade sebab kita nak halalkan couple haram. Benda mudarat, buat apa nak halalkan. Islam tu mengutamakan "mencegah lebih baik dari mengubati." Dalam nak bercinta, cintalah ke arah nak kahwin. Jangan cinta couple memain. Senang je makcik nak tanyala pada couple yang berpacaran2, dating, bergayut2 siang malam ni:

"Hati korang rasa tenang ke dalam keadaan sedemikian?".

Couple memain ni ibaratnya macam lintah la. Janganlah jadi macam lintah. Hisap darah kita bukan main sedap, bila dah kenyang tergolek jatuh. Tapi, bekas hisapan tu berbekas sampai 2-3 hari tak hilang2. Contohnya macam lintah kat betis hang tu. kikiki.

Gadis: Apeeeeeeee~~~ Macikkkk~~~~ tulunn~~!!! (tercampak habis aiskrim roti ntah ke mana). 

(Kelihatan makcik dah lama melarikan diri sebab beliau pon geli geleman ngn lintah)
Perpisahan cinta adalah lumrah kehidupan, tetapi cinta pada Allah S.W.T tidak akan padam.. 
:)


Cinta tidak akan kekal tidak kira sama ada cinta yang hadir antara suami dengan isteri,ibu 
bapa dengan anak-anak, antara rakan-rakan, dengan atuk dan nenek, dengan tunang, atau 


sesiapa sahaja, kecuali cinta kepada Allah s.w.t. Tidak kira tahap kecintaan kita kepada 
mereka menggunung tinggi sekalipun pasti suatu hari nanti kita akan berpisah. Cinta dapat 
mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi 
sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat..



''Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin''
''we plan, Allah plans, and THE BEST planner is Allah’s..''
(ayat 54 surah Ali Imran)

setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. :'(

tetapi ingatlah Allah sentiasa bersama mu.. :)



p/s utk diri sendiri:
umi, biar kau hilang cinta manusia demi Allah. daripada hilang cinta Allah utk mempertahankan cinta manusia y belum tahu kepastiannye lg....

Allahuakbar..semoga diri ini sentiasa kuat..
jgan pernah menyesal meninggalkan kemungkaran...
=)


Tuesday, 24 January 2012

Jika Aku Jatuh Hati Ya Allah








Bismillahirahmanirahim…


Ya Allah,jika aKu jaTuH cinTa,
cinTakanLah aku paDa seseOranG
yang melabuHkaN cinTanya
padaMu,agar berTambaH
kkuaTanku untuK menyintaiMu.

Ya Muhaimin,jika aku jaTuH haTi,
izinkanLaH aKu menYentuH haTi
sseOranG yang haTinya terTaut
padaMu aGar tiDak terJatuH aKu
daLam juRanG cinTa nafsu…

Ya Rabbana,jiKa aku jaTuh
haTi,jagaLah haTiku
padanya agar tidaK
berpaLing daRipaDa
haTiMu…

Ya RAbbul Izzati,jika aku
rinDu,rindukanlaH aku
pada sseoranG yang
merinDui syahid di
jaLanMu…

Ya Allah,jika aku menikmaTi
cinTa kekasihMu,janGanlaH
kenikmaTan itu meleBihi
kenikmaTan inDahnya
bermunaJaT di seperTiGa maLam
terakhitMu…

Ya Allah,jika aku jatuH haTi
paDa kekasiHMu,janGan biarkaN
aku tertaTih dan terjaTuh daLam
perjaLanan panJanG menyeru
manusia kepadamu...

Ya Allah,jika Kau halalkan aku
Merindui kekasihMu,janGan biarkaN
Aku melamPaui bataS sehinGga
meLupaKan aku pada cinta haKiKi dan
rinDu abaDi hanYa kepaDaMU.
Amin... 



“Sesungguhnya, biar kita hilang ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah. Daripada demi ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah. Nauzubillah.”
keluarga bahagia cinta
Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..
Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa.
.

Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. . 

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil.. 

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan.. 

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman.. 

copied from blog cinta dan kahwin

muhasabah diri
Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa??
='(
masjid Beijing di rantau Panjang




Ya Allah.. Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, terkadang Hatiku merasa rindu pd dia insan yg ku cintai dalam diamku...

Ya Rabb,,,Biarlah Ku simpul dalam setiap do'a-doa dalam Istikharahku kepada-MU Rasa ini,,,agar kelak Engkau Satukan hatinya dan hatiku yang kan bertaut dan bersemi indah karna Redha-MU....

Ya Rabb...Tuntunlah Hati hamba agar han......ya mau menerima CINTA seorang Insan yang benar2 Pilihan-MU bukan Semata-mata Pilihan Nafsuku.

Ya Rabb,,,Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,bisa membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu,Maka dekatkanlah diriku dgnnya & satukanlah kami dlm pernikahan yg sakinah,mawaddah,warrahmah..Tapi kalau bukan dia yg terbaik,Maka jgn biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta,Jadikanlah kekaguman ku seprti orang lain kagum padanya,,Engkaulah Maha membolak-balikkan hati Maka kutitipkan rasa ini,kuserahkan semuanya pada-Mu,krna semua ini adalah milik-Mu..
Aamiin ya Rabbal’ alamiin.



"Kita sentiasa cari bahagia, kejar bahagia, inginkan bahagia. Tapi, kita sebenarnya tak pernah cuba betul-betul mahu bahagiakan Dia. Kita selalu harapkan Dia bahagiakan kita. Kita pula langsung tak boleh diharap untuk bahagiakan Dia."


Saat daku lapar dahaga, Kau beriku anugerah seorang ibu untuk menyusukanku =(Saat daku mula bertatih, Kau tambahkan kecerdasan hingga aku mampu merangkak dan berdiri. Bahagiakanku lagi =(Saat daku berkenalan dengan dunia, Kau berikanku peluang untuk menimba ilmu, beriku peluang ke sekolah hingga ke universiti =(Saat daku kecewa dengan kegagalan demi kegagalan, Kau beriku ketabahan untuk terus berdiri. Kau beriku  secebis kejayaan untuk buatku rasa bahagia. =(Saat daku berduka dengan cinta manusia, Kau ceriakan diriku dengan cintaMu. Kau beri janji 'tuk ganti yang lebih baik. Kau terus-terusan bahagiakanku :(

Banyak sekali siri-siri bahagia yang Kau beri. Sedang aku sikit pun tidak membahagiakanMu! Sikit pun tak!


~cinta Allah lah y paling agung~

muhasabah diri...=(

COUPLE VS NIKAH

eh...td tgk punye tgk kt fb ade video barula...sambungn dr video part 1 ri2.. sgt2 menarik....let's watch this...=)



jadi renung2kanlah...
=)
jom ubah.

SEREMBAN

wah..akhirnye sampai dh Semban.sgt2 penat...tp macm berbaloi jek..hehehe...
seremban- kuantan-kelantan-terengganu-kuantan-bentong-subang-seremban.


best kn? xpernah taw jalan cmni.hehehe....
sampai2 td tengok barg y sy beli...l...rupe2nye xbyak pn beli barg. tbe2 rse sedih.hahahaha.nafsu syaitan.taw nk hbskan duit jek...
Alhamdulillah sejk duk di Kedah, nafsu tengok baju2, blouse2, tdung2 n so on sudah bak berkurang.
sangt2 seronok walaupun pergi beberapa hari sje..:)
lg seronok sbb p ngan family... :)


sedikit kata2 renungan...
renung2kn dan selamat beramal...


sahabat yang sejati ialah yang sentiasa bersama temannya di saat suka, duka, susah mahupun senang......... kalau sudah bertemu sahabat seperti itu, setialah dengannya..... aman dengan iman~

• Jika manusia mencewakanmu,Jangan berduka kerna Allah selalu menunaikan harapanmu . .

• Jika manusia menzalimimu,Jangan berduka kerna Allah selalu berlaku adil terhadapmu . .

• Jika manusia melukaimu,Jangan berduka kerna Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu . .

• Jika manusia menyayangimu,ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu

Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com