Sunday, 15 January 2012

CALON AWEK VS CALON ISTERI



CALON AWEK :

- Mudah diajak keluar untuk ber“dating”.

- Gemar bersosial tak kira dengan siapa.

- Senang dipengaruhi dengan ayat-ayat cinta dusta.

- Mendedahkan aurat untuk kepuasan mata melihat nikmat maksiat.

- Mudah didekati dan disentuh-sentuh.

- Jual murah dengan melayan semua lelaki.

- Senang diajak ber“couple” dan bermain mesej-mesej berwarkah biru.

- Tidak pandai menjaga maruah dan harga diri.

- Iman yang goyah dan selalu rapuh.

- Jahil dan tidak peduli dalam bab agama.

- Tidak menjaga batas-batas pergaulan. 





CALON ISTERI :

- Payah dan sukar nak diajak keluar “dating” berdua. Memang tak pernah berjaya pun. “Dating” hanya bersama yang halal.

- Bersosial mengikut keperluan. Pandai memilih kawan.

- Sukar dipengaruhi dengan godaan ayat-ayat cinta.

- Sentiasa menutup dan memelihara auratnya daripada pandangan lelaki ajnabi.

- Pandai memelihara diri sendiri. Sukar didekati dan disentuh.

- Jual mahal dengan lelaki yang ingin men“tackle”nya.

- Sukar dan amat payah dipujuk rayu untuk diajak ber“couple” dan tidak pernah melayan mesej-mesej berwarkah biru yang melalaikan.

- Pandai menjaga maruah dan harga diri.

- Sentiasa menjaga kualiti iman agar tidak rapuh dan goyah.

- Pandai dan amat menitikberatkan soal agama.

-Menjaga batas-batas pergaulan.



*Ya Allah, Kau peliharalah diri ku dr gangguan dan nafsu manusia. Kau peliharalah diriku dr perlakuan y tidak elok. Kau peliharalah aku dr berbuat dosa kepada-Mu. Sesunggungnya aku takut akan azab api neraka-Mu. Ampunkan dosa-dosaku y dahulunye, kini dan selamanye y sering aku lakukan ya Allah.*


Kita terang2an tahu ape y haram,harus, makruh segalanye. tp kite manusia biasa, ade nafsu, ade akal, ade hati, sering mengabaikan perintah-Nya, melakukan ape y dilarang. 

Subhanallah. xterkire dosa hamba-Mu ini ya Allah.
Alhamdulillah Kau hidupkan aku lg di pg mulia ini.semoga Kau terima amalan ku...

0 budak comel komen:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com