Thursday, 8 March 2012

Doa untuk ibubapa

Ya Allah



Rendahkanlah suaraku bagi mereka

Perindahlah ucapanku di depan mereka


Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan



Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku

dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,

peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan

atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku

atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku

jadikanlah itu semua penyebab susutnya

dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan

mereka dengan perkenan-Mu ya Allah

hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan

kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,

Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.

Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi

syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul

bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman

yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .



Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha

Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah

yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.



Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita.

Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.

Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah. ..

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.

Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan 

mendoakannya.

Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

0 budak comel komen:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com