Abdullah bin Ja'far bin al-Miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat Muslimah. Pada suatu hari, terdapat seorang perempuan Arab Muslimah pergi ke pasar Bani Qainuqa' membawa barang jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa Yahudi.
Kemudian datang beberapa orang Yahudi mengepung dengan tujuan mengganggu perempuan tersebut.
"Buka penutup mukamu," kata sekumpulan orang Yahudi tersebut.
Perempuan itu lantas mempertahankan maruahnya: "Tidak!!".
Si tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara diam- diam memegang hujung kain perempuan itu, lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang badannya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya. Apabila perempuan itu bangun, maka terdedahlah auratnya. Apa lagi, ketawa terbahak- bahak lah orang- orang Yahudi itu.
"Hahahahaha.... padan muka kamu!."
Lantas perempuan itu menjerit, "Tolong!..Tolong!.."
Tiba- tiba datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalu membunuhnya. Orang Yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.
Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit- jerit memanggil orang Islam untuk bertemu orang Yahudi tersebut. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka dengan Bani Qunaiqa'. (Ibn Ishaq, al-sirah al- nabawiyah.)
*Adakah kita menghadapi situsi sepeti di atas pd harini?....Tidak!tetapi kita dengan rela hatinya mendedahkan aurat kita. Aurat kita tanggungjawab kita. Lelaki Muslim di atas sukar ditemui pd harini kerana kaum wanita itu sendiri tidak mahu memelihara aurat serta maruah mereka.
ALLAH!.
= tolong tutup aurat kalian. sedangkan sy y prempuan ni pun xlepas memandang kalian. inikan pula ayah, abg adik sy y berjantina lelaki..tolonglah kasihani mereka. sedangkan Allahpun syg pd wanita. Sebaik2 perlindungan Allah beri.kenapa kita xhargai...='(... =




0 budak comel komen:
Post a Comment