Thursday, 13 September 2012

.........

Andai lidah ini
Pernah menguris luka hatimu
Itu bukan niatku
Mungkin aku bergurau silap tempatnya
Mungkin aku DIAM silap waktunya.

Tapi ketahuilah
Semenjak diammu ini
Telah meragut segala tenteramku
Telah mencapak jauh tawaku

Bersuaralah
Hanya itu yang aku pinta..

Kalau aku pernah membuatmu terasa.
Maafkanlah.
Kalau aku pernah berjanji kemudian mungkir.
Maafkanlah.
Kalau aku bukan kawan susah senang. Menyusahkan orang. Maafkanlah.
Kalau aku bukan siapa-siapa dikalangan kalian. Maafkanlah.

bintang sangat cantik di luar sana,tapi mungkin aku tidak pandai menghargainya..

Maafkan aku ..
Maafkan aku..

Dengan seribu nafas lelah...
Dengan sejuta rasa jiwa dan airmata ni....
DEMI ALLAH..jika ku ada berbuat silap,
semuanya berada diluar kawalan akalku..

maafkan aku...

...
 
 
 
 

Tuesday, 11 September 2012

BOLEHKAH AKU BERCINTA ??

 
 
 
Ya Allah bolehkah aku mencintainya??
Ya Allah bolehkah aku menyayanginya??
Ya Allah bolehkah aku merinduinya??

Bila rasaku ini mulai meluluhlantahkan segenap hatiku..
Aku tak sanggup untuk mulai menanggungnya sendiri..
Aku butuh sandaran hati untuk menenangkan hatiku ini..
kepada siapa aku akan melabuhkan cinta ini...yang sampai saat ini belum aku bisa temukan jawabannya...

Jika memang dia yang bisa menjadi terbaik untukku,,kan kupasrahkan semua kepadaMu...

Jikalau dia yang tepat KAU pilihkan untukku tak kan kemana hatiku kan mencari sebuah tambatan hati...

Jika bukan dia yang terbaik
untukku kan ku coba untuk mengikhlaskan
semua meski sakit untuk menanggungnya...

Ya Allah...
Jika memang Kau jodohkan dia kepadaku,temukanlah dia denganku di ikatan yang penuh kehalalan dan barokah..

Semoga dengan ikatan pernikahan ini ,cinta ini, sayang ini, rindu ini bersemi seindah mentari yang menyinari bumi...
Untuk membangun keluarga Sakinah, Mawadah Warahmah
kelak..
 
Aamiin

Sunday, 9 September 2012

Orientasi

 
 
selalu ade je idea nk menaip, tapi bila start menaip, hilang ayat2 best tuh.hehe.. (best ke??)
apa khabar sahabat sekalian?. semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan rahmat ILAHI. (^ ^)
"Masa itu seperti pedang. Jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu."
teringat peribahasa Arab ni.*betul ke?
diam2, sem ni dh sem 5, dan juga dah tahun ke-3 sebagai pelajar..=)
Alhamdulillah, Allah masih izinkan umi menuntut ilmu DIA yang luas.
Alhamdulillah, Allah masih izinkan umi kutip sebanyak2nya pengalaman kt UUM ni.
Alhamdulillah.
umi balik UUM awal 2minggu.time tuh rasanya raya ke-11 kalau xsilap. ke 6 ntah.*lupa dh.
orang tengah seronok beraya, seronok mengutip duit raya, seronok menjamah juadah raya, seronok macam2 lg, tapi umi pilih utk pulang awl..
seminggu sebagai peserta kursus induksi fasilitator sangatlah membosankan.
tipu la kalau umi kata semua slot bosan. ada juga y best nye...=)
ouh ye.kenapa ye umi nak jadi fasi??
sebenarnya, umi suka sangat adik2, budak2, baby2..=)
umi suka bila dapat berkongsi faedah dengan diorg. kongsi pengalaman.
rasanya ramai jugak y suka cm umi suka tu kan?
=)
tiba hari pendaftaran pelajar baru, umi tersangatlah excited.
seriously, memang dah anggap diorg adik2.
rasa sayang kat diorang. rasa nak jaga sangat2.
dan Allah Maha Mengetahui segala2nya.
umi diizinkan pegang bahagian pendaftaran. Alhamdulillah.
betul2 rasa sangatlah bahagia, dan sangat sebak.
teringat masa mendaftar dulu.
mak ayah hantar..=(
kalau sesetengah senior lebih suka tunjuk muka kelat, muka garang.
umi lebih prefer senyum 
(walaupun senyum x berapa nak manis, xkesahpun. =P )
dengan harapan, dapat kurangkan kesedihan diorang nak pisah ngan family, nak sesuaikan diri dgn tempat baru..
sepanjang orientasi berlangsung, umi lebih suka bergaul dengan adik2 perempuan.
sebab dgn adik2 berjantina ni, senang nk berkongsi macam2.=)
nak borak ape2 pun selesa.
berbanding dengan lelaki.
bukanlah umi ni seorang y jumud. y closed-mind or what so ever..
nak cakap xde adik2 laki y nak borak ke nk rapat ngan umi pn xpe..xkesahpun.dh hakikat..=)
nak cakap sebab umi xlawapun xpe.xde hal.. (^ ^) memang xlawapun...=P
tapi, bila dgn lelaki ni, rendah diri sangat menggunung tinggi.
dan umi memang  kekok dgn lelaki.
nak dijadikan cerita, Allah takdirkan umi handle 1 group yang semuanya kaum lelaki.
HAMBEK KAWW. xnak sangat kan???
memandangkan mereka besar2 orangnya, xmemasal badan menggigil.
tu lg 1 kelemahan umi.
takut dgn lelaki. bukan takut apa.
memang xbiasa..dan kawan lelaki memang xramai pun. *apa ade hal?..=)
nak2 plak kena cakap kuat2 dgn diorg menggunakan suara y xberapa nak besar ni..
dan Alhamdulillah, lama2 ok bila diorg biasa panggil umi akak.=)
seriously.seronok gile bile dgr org panggil akak.
hehe..
 
sepanjang orientasi memang penat gile.sebab kena ulang alik ke D.Mas y jauh tuh dgn jalan kaki. dari pg sampai malam..
tp seronok.pengalaman kn.
lepas ni mana rasa dh..=)
dan y paling menarik perhatian, ada junior yang emaknya muallaf.=)
masa die mdaftar, kitorang xtaw pun die malay.=)
muka sebijik macam chinese, ckp mandarin. sekali nama syafiq ..=)
Alhamdulillah, adik2 junior pun ok, sempoi, comel2.
oh ye.ramai juga dr MATRIK PERLIS..=).
perempuan semua dr matrik, dan lelaki semua STPM cuma seorang DIPLOMA.
 
ok..sekian kisah orientasi saya bawakan secara langsung dr DPP SIME DARBY.
saya UMI SAKINAH melaporkan untuk XBERNAMA...
 
salam sayang..=)
 
 
 
 
 
 
 

Friday, 24 August 2012

Isu 1

 
Di pagi raya yang indah, sebuah keluarga sedang berkumpul untuk menjalankan sesi maaf- bermaafan yang menjadi amalan majoriti rakyat Malaysia.

Kakak sulung mengambil giliran untuk bersalaman dengan ayah.
Kakak: "Ayah, akak minta maaf untuk semua kesalahan akak sepanjang akak hidup di dunia ni. Sejak dari dalam perut emak lagi. Maafkan kakak ye ayah. Halalkan segala makan minum, ilmu yang ayah bagi. Kalau akak ada pinjam duit ayah lupa nak ganti, halalkan ye?.Doakan akak jadi anak yang solehah. Mudah- mudahan akak mampu jadi bekalan untuk ayah di akhirat kelak."

Begitu jugalah yang dilakukan kakak kepada bonda tercinta. Setelah selesai giliran si kakak, adik mengambil giliran.

Adik: "Ayah, adik minta maaf. Selalu susahkan ayah. Adik tak suka susahkan ayah. Tapi tak tahu kenapa. Maafkan adik ye yah. Adik suka ambil biskut fevret ayah. Suka minum air kopi ayah. Sampai kadang- kadang ayah tuang kopi, adik minum sampai habis. Maafkan adik ye yah. Halalkan semua ea?Adik pun nak jadi anak soleh yah.Tolong doakan ea?"

Tetapi adik tidak melepaskan tangan ayahnya walaupun sudah selesai ayat terakhirnya. Lalu, ayah bertanya sambil berkerut- kerut dahinya.

Ayah: "Kenapa adik? Adik ada buat apa- apa lagi ke?"

Adik: "Ustazah adik cakap, kita ni manusia hamba Allah. Kita pendosa tegar. Pasti buat salah. Bila dah buat salah, kena minta maaf. Ustazah cakap lagi, Nabi je yang maksum. Tapi, ayah tak minta maaf pun kat adik dengan kakak. Kenapa?. Ustazah adik tipu ea ayah??"

Ayah: "Erkkk"( sentap).


Moral of the stories:
  • Amalan bermaafan- maafan, bukan saja pada hari raya. Allah dah didik kita, bila buat salah kat DIA terus bertaubat. begitu juga pada manusia. Bila buat salah je, terus minta maaf. Jangan tunggu, jangan kumpul sampai hari Raya. Takut tak sempat nak tunggu raya, ajal dah sampai.
  • Meminta maaf bukan untuk orang muda, kanak- kanak atau kaum wanita sahaja. Semua patut meminta maaf serta memaafkan. Sesetengah orang yang tinggi egonya, siap set mind "Aku orang lama. Dah lama hidup. Orang muda yang patut minta maaf kat aku. Kalau aku minta maaf, nanti diorang tak reti hormat aku"





Sunday, 12 August 2012

Pakar Bedah Ghaib Menggerunkan Halimah

 
Warna alam berubah daripada kuning kepada oren. Waktu Asar menjelma. Halimah tiba di kampung halaman. Tanah tandus menyambut kehadiran bayi mulia.

Mbek...Mbek... Bunyi kambing- kambingnya kedengaran ceria. Ia baru pulang dari tempat pengembalaan. Halimah menjengukkan kepala bagi meninjau binatang- binatang berjasa itu.

"Ya Allah!"

Halimah terkejut melihat kantung susu- susu kambingnya bengkak. Susu menitis- nitis meminta diperah. Halimah melihat kambing- kambing jirannya pula. Kurus, kering dan tidak bertenaga.

"Keberkatan apakah ini?" Halimah teruja.

Hari seterusnya, jiran- jiran Halimah mengembala kambing mereka di tempat kambing- kambing Halimah digembala. Mereka berharap semoga keberkatan itu tempias ke kambing mereka juga.

Kampung Bani Sa'ad Menjadi Subur.

Selama dua tahun bayi kecil bernama Muhammad membesar di dalam pelukan Halimah, keluarga itu dilimpahkan rezeki yang mencurah- curah. Tanah gersang menjadi subur. Kambing kurus menjadi gemuk. Tanam- tanaman ceria disirami hujan.

Halimah kagum dengan Muhammad. Kebanyakan bayi seusianya tidak mahu makan makanan lain selain susu ibu sehingga berusia dua tahun. Tetapi Muhammad berbeza. Sebelum berusia dua tahun, beliau sudah pandai menyesuaikan diri dengan makanan pelengkap. Halimah menceraikan Muhammad daripada susuannya ketika usianya genap dua tahun.

Kasih Halimah kepada Muhammad semakin mekar hari demi hari. Namun janji tetap janji. Halimah tahu dia perlu menghantar Muhammad ke pangkuan ibunya.

Berwawasan Jauh.

Sepanjang perjalanan menuju ke Makkah, Halimah berasa sebak dan sayu, seakan tidak sanggup untuk berpisah dengan bayi itu. Bukan semata- mata disebabkan oleh naluri kasih bahkan risaukan risiko andai bayi itu membesar di Makkah.

Sewaktu berjumpa Aminah, Halimah merayu, "Kami berharap anak ini tetap bersama- sama kami. Kami khuatir lingkungan Makkah akan memberi pengaruh buruk kepadanya."

Naluri seorang ibu yang mencintai anaknya, Aminah berasa keberatan untuk melepaskan Muhammad sekali lagi. Namun dia lebih memikirkan masa depan Muhammad. Dia mengagumi sikap Halimah yang berpandangan jauh.

Aminah berfikir, "Andai Muhammad membesar di kawasan perkampungan, bahasa Arabnya akan menjadi lebih fasih dan lancar. Bahasa yang ada di Makkah bercampur dengan pelbagai bahasa pengunjung Kaabah yang datang dari pelbagai daerah." Tambahan pula, tanpa sokongan vaksin, penyakit mudah merebak di Makkah ketika itu.

Aminah merelakan putera tercinta kembali semula ke perkampungan bani Sa'ad. Halimah ternyata sangat gembira.

Malaikat Pakar Bedah.

Suatu hari, anak Halimah datang sambil berlari- lari dengan tergesa- gesa dan kelihatan tergopoh- gapah. Badannya seram sejuk dan menggeletar. Wajahnya sangat ketakutan.

"Ibu! Ayah!" dia menjerit dari jauh.

Halimah dan suaminya mendapatkan puteranya itu.

"Ibu, ayah! Muhammad ditangkap oleh dua orang lelaki berpakaian putih. Dia dibaringkan dan perutnya dibuka. Orang itu mengeluarkan sesuatu dari perut Muhammad," adu anak Halimah.

Halimah dan suaminya cemas. Mereka mencari Muhammad di kawasan belakang khemah. Mereka mendapati Muhammad berdiri sendirian dengan wajah yang pucat. Dia nampak ketakutan. Halimah mendakapnya.

"Apa yang terjadi, nak?" tanya Halimah.

Muhammad bercerita:" Saya didatangi dua orang lelaki berpakaian putih. Saya ditidurkan, lalu mereka membelah perut saya. Mereka mengeluarkan sesuatu dari perut saya."

Halimah membawa Muhammad masuk ke rumah. Mereka berusaha menenangkan perasaan Muhammad.

Suaminya berbisik: "Abang takut anak ini kerasukan jin. Baik kita hantarkan sahaja kepada keluarganya sebelum menjadi gila."

Terdengar Petanda Kenabian.

Halimah dan suaminya bergegas ke Makkah. Ketika itu, usia Muhammad dalam lingkunagn 5 hingga 6 tahun. Mereka berterus- terang menyatakan hasrat untuk mengembalikan Muhammad kepada Aminah.

Aminah kehairanan. Dia berkata: " Bukankah dulu kamu yang meminta untuk menjaga Muhammad?"

Halimah menjawab: " Saya takut apa- apa terjadi pada Muhammad."

Aminah curiga dengan kenyataan tersebut. Dia mendesak Halimah menceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku kepada Muhammad.

"Dia pernah disentuh jin," cerita Halimah berdasarkan sangkaannya.

"Tidak mungkin! Jin atau syaitan tidak akan menyentuhnya. Anakku ini mempunyai keistimewaan sejak sebelum dilahirkan. Kalian mahu tahu?" Bongkar Aminah.

Halimah mengangguk. Aminah lalu bercerita.

"Sewaktu aku mengandungkannya, ada cahaya terang yang keluar dari perutku. Dari cahaya itu, aku mampu melihat istana Bushrah di Syam. Aku juga berasa ringan, seakan tidak hamil. Sewaktu dia lahir, saat tangannya menyentuh alas tidur, kepalanya mendongak ke langit." (sirah Ibn Hisham, riwayat Abu Ya'la dan al- Tabarani).

Halimah kemudiannya pulang dengan kerinduan yang berat untuk ditanggung.

Halimah di Hati Nabi.

Muhammad kini menginjak dewasa. Membesar dalam keadaan yatim piatu kerana ibunya meninggal ketika Baginda berusia enam tahun. Tatkala usianya mencecah 25 tahun, Baginda menikahi puteri bangsawan bernama Khadijah, majikannya sendiri.

Selang beberapa waktu, Halimah datang menemui anak susuannya. Halimah berasa gembira dengan perkahwinan mereka. Halimah berkongsi kisah duka tentang kampung bani Sa'ad yang sedang ditimpa kemarau dan kebulur.

Khadijah mendengar berita tersebut. Beliau yang tidak mempunyai ibu mentua untuk berbakti dapat memanfaatkan peluang untuk berbakti kepada ibu mentua susuan. Khadijah menghadiahkan 20 ekor kambing dan 20 ekor unta kepada Halimah.

Halimah terharu Dahulu, dia hampir tidak mahu mengambil Muhammad sebagai anak susuan kerana bimbang tiada upah tinggi yang bakal diterima. Lebih- lebih lagi Muhammad anak yatim. Namun dia positifkan fikiran. Dengan kehendak Allah, harta berganda- ganda yang dia terima setelah Muhammad dewasa. Inilah keberkatan!

Anak Susuannya Seorang Nabi.

Siapa tidak bangga jika anak yang disusui sejak kecil menjadi orang besar? Halimah lebih layak berbangga apabila anak yang disusuinya diangkat menjadi seorang Nabi dan Rasul terakhir.

Selepas terdengar berita kenabian Muhammad, Halimah berangkat meninggalkan kampungnya. Tidak sabar menyatakan keimanannya kepada Muhammad. Masih terngiang- ngiang memori silam tatkala puteranya menjadi saksi terhadap perkara anehyang menimpa Muhammad.

Rasulullah menyambut kedatangan Halimah dengan sambutan hangat. Baginda melepaskan kain serbannya dan dihamparkan ke tanah. Moga tiada debu yang menghinggapi ibu mulia itu tatkala ia duduk. Para sahabat yang melihat, teruja dan kagum melihat sendiri peribadi Nabi. Halimah meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di perkuburan Baqi'.

Oleh:Fatimah Syarha (solusi edisi 46)

Friday, 10 August 2012

Pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Tentang "BERCINTA"

 
Prof. Dr. Syeikh Yusuf al- Qaradhawi, mufti global berkata:
1. Saya ingin tegaskan, bahawa saya tidak memuji apatah lagi mengiktiraf apa- apa yang telah dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah kerana cara seperti ini dikhuatiri berbahaya dan syubhah.
2.  Ramai orang yang memulai bercinta dengan cara yang tidak benar dan tidak adil, seperti berpacaran melalui telefon dengan perbualan yang tidak jelas dan dilakukan ketika waktu kosong atau bosan.

3.Sebahagian remaja wanita mahupun lelaki berpacaran melalui telefon atau internet tanpa diketahui oleh ahli keluarga. Mereka juga tidak memikirkan akibat di sebalik tindakan mereka itu.

4. Disebabkan perasaan ingin tahu dan mencuba yang mendalam, remaja biasanya sekadar ingin mencuba, namun kemudian menjadi ketagih pula. Pada awalnya bergurau tetapi akhirnya menjadi serius.

5. Amat jarang ditemui mereka yang "bercinta" sebelum bernikah tidak terlibat dengan tegahan agama samada perbuatan, percakapan atau nawaitu. Apatah lagi apabila dilakukan cara bersunyian, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.

6. Dalam keadaan seperti ini, remaja boleh terjerumus dalam lembah maksiat, sebab kedua- duanya bukanlah malaikat yang suci dan bukan juga para nabi yang maksum.

7. Kadang- kadang bercinta antara dua orang yang tidak serasi dari segi status sosial ataupun pendidikannya. Kesannya, kedua- duanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalang mereka mengakhiri hubungan mereka dengan pernikahan. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa tertekan.

8. Cara terbaik untuk menikah ialah cara yang dilakukan oleh masyarakat Islam Arab sebelum Barat memerangi kita, iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik peribadi calon masing- masing.

9. Perkara yang sesuai dirisik ialah:
  • Menilai keserasian antara kedua- duanya.
  • Menilai kemampuan pasangan dari segi psikologi, kematangan akal, ekonomi dan status sosial.
  • Tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahan samada pihak keluarga, adat tradisi masyarakat, undang- undang negara atau pelbagai halangan lain. 
10. Jika sudah merisik, seseorang pemuda hendaklah dengan berani (gentleman) pergi ke rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda berhak melihat calonnya walaupun dalam keadaan gadis itu tidak mengetahui bahawa pemuda itu menaruh minat kepadanya. Ini supaya si gadis tidak terluka jika pemuda tersebut tidak tertarik kepadanya.
 
11. Apabila "kapak sudah menancap ke kepala" (cinta berputik), keluarga hendaklah menilai calon pilihan si anak dengan bijaksana dan penuh hikmah. Janganlah pula menolak lamaran tanpa sebab yang munasabah. Keluarga hendaklah mengamatinya dengan saksama, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Nabi, maksudnya, "Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling mencintai kecuali pernikahan." (Riwayat Ibn Majah dan al- Hakim). Dengan kata lain, nikah ialah cara yang paling tepat untuk meraikan fitrah cinta yang indah ini.
 
12. Yang menjadi kayu ukur dalam menilai calon suami atau isteri ialah agama dan akhlaknya. Hanya inilah sumber dan faktor kebahagiaan yang boleh diraih dalam kehidupan berumah tangga.
 
 
(Fatwa Mu'asirah, jil 2, hlm, 348-349) Sumber-solusi isu no.41
oleh:Fatimah Syarha

Wednesday, 8 August 2012

Halimah al- Sa'diyyah

 
Setiap Titis Susumu Bernilai Pahala
"Waaaa!" Tangisan bayi sahut- bersahutan. Seorang demi seorang bayi menangis kelaparan.
 Wanita- wanita bani Sa'ad keresahan. Kelopak mata tidak mampu lena meskipun malam semakin tua. Rasa simpati kepada si bayi meruntun hati. Bunyi bising merodok ke telinga sehingga ke pagi.

Mereka meneruskan musafir yang panjang tatkala mentari memancar alam tanpa tidur yang mencukupi. Bayi- bayi mereka meragam sepanjang perjalanan. Ibu mereka yang kehausan dan kelaparan, mana mungkin dapat menghasilkan susu yang mencukupi.

"Sabarlah sayang. Susu ibu kering," pujuk wanita bani Sa'ad. Menagih secebis pengertian daripada bayi yang belum mengerti.

"Bila agaknya kita akan sampai ke Kota Makkah?" hati mereka tertanya- tanya.

Setiap kali menapak, mereka sangat berharap agar hujan segera turun. Harapan berbalas kecewa. Hujan yang dinanti tidak juga turun- turun. Musim kemarau sedang melanda.

Jasa Keldai Lemah dan Unta Tua.

Halimah al- Sa'diyyah bersama- sama suami dan bayinya turut menyertai rombongan itu. Perjalan meredah lautan pasir pada musim kemarau sungguh getir. Rasa dahaga mencekik. Rasa lapar menyambar. Rasa letih menggigit.

Keldai tunggangan Halimah berjalan terkedek- kedek lantaran tiada tenaga. Begitu juga unta tunggangan suaminya. Terhuyung- hayang melangkah. Terpaksa bekerja dalam keadaan lapar dan dahaga. Kerap kali mereka ketinggalan jejak rombongan di hadapan.

Bayi Halimah menangis lemah. Sudah penat merayu susu ibunya. Bukan Halimah tidak mahu bagi, cuma susunya sedikit sekali. Halimah menepuk- nepuk paha bayinya. Cuba memujuk.

Halimah juga bersimpati kepada keldai tunggangannya. Andai ia mati, perjalanannya ke Makkah pasti bertambah sukar. Apakan daya, dia hanya mampu berharap dan terus berharap. Kalaulah ketika itu jiwanya sudah mengenali Tuhan Yang Maha Esa, sudah tentu jiwanya terasa kaya berharap kepada Yang Maha Kuasa.

Rombongan bani Sa'ad akhirnya tiba di Makkah. Mereka meneguk air zamzam yang tidak pernah kering dari sumbernya sepuas- puasnya. Air itu telah berjasa kepada jutaan manusia.

Ibu Susuan Bani Sa'ad Menjadi Rebutan.

Penduduk Quraisy menyambut meriah kedatangan Bani Sa'ad. Mereka berebut- rebut menawarkan bayi masing- masing untuk dijadikan anak susuan. Mereka tahu bahawa susu- susu ibu bani Sa'ad mempunyai reputasi yang baik dalam menyusukan bayi sejak turun- temurun.

Antara tujuan utama bani Quraisy mengupah ibu susuan kerana ingin anak mereka fasih berbahasa Arab seperti golongan Badwi. Tambahan pula, mereka yakin dan percaya bahawa hidup secara nomad di gurun pasir boleh melatih seseorang anak berjiwa kental. Masakan tidak, kaum Quraisy pernah hidup secara nomad sebelum menetap di sekitar Kaabah di bawah pimpinan Qusai.

Selain itu, Makkah yang dikunjungi pelbagai bangsa berisiko membawa virus kepada bayi. Wabak penyakit yang sering melanda Makkah telah menyebabkan kematian ramai bayi. Mereka tidak mahu wabak itu menimpa bayi mereka.

Bayi Aminah Terpinggir.

Aminah hadir di celah- celah kaumnya. Sebagai ibu, dia juga mahukan yang terbaik untuk bayinya. Aminah bersungguh- sungguh menawarkan bayinya kepada wanita bani Sa'ad. 

"Siapa ayahnya?"
"Maaf, dia anak yatim."

Tiada seorang pun wanita bani Sa'ad sudi mengambil bayi Aminah yang bernama Muhammad. Mereka mengharapkan upah yang banyak dari ayah bayi yang disusui. Mereka tidak yakin ibu atau atuk si bayi mampu menyediakan imbalan yang setimpal.

Halimah turut keberatan mengambil Muhammad sebagai bayi susuannya. Kemiskinannya menghambat rasa simpati. Dia berharap ada bayi lain yang lebih menjanjikan keuntungan.

Aminah kesedihan. Dia pulang membawa Muhammad tersayang. Dia kasihan melihat bayi yatim itu dipinggarkan. Berguguran airmatanya . Jika Muhammad terus di sini, entah apa akan berlaku kepadanya. Mungkin diserang wabak, kemudian mati kesakitan. Hati si ibu kebimbangan.

Tetap Sudi Tatkala Si Bayi Yatim Dijauhi.

Setelah beberapa ketika berada di Makkah, rombongan bani Sa'ad kini ingin berangkat pergi. Halimah melihat rakan- rakan seperjalanan sudahpun mengendong bayi susuan masing- masing. Hanya dirinya yang masih bersama- sama bayi kandung.

Halimah berkata kepada suaminya: "Dinda tidak mahu pulang tanpa membawa bayi susuan. Dinda akan terima bayi yatim tempoh hari."

Al- Harith menyokong padu: "Insya- Allah! Semoga anak itu membawa keberkatan kepada kita."

Halimah kemudian menemui Aminah di rumahnya. Dia sedia membawa Muhammmad bersama- samanya meskipun masih rasa terpaksa. Ternyata wajah Aminah sangat gembira. Senyumannya penuh makna.

Hati Halimah berbisik: "Sungguh, aku menerima bayi ini kerana tiada bayi susuan lain."

Peristiwa Ajaib Bersama Si Bayi Berkat.

Kali pertama menyususi Muhammad, susu Halimah menjadi sangat banyak dan lancar. Halimah terkejut. Peristiwa ajaib juga berlaku kepada untanya.
Suaminya, al- Harith terduduk. Sukar untuk mempercayai apabila mendapati unta mereka yang sudah kurus kering, dipenuhi susu di dalam kantung susu. Padahal, sebelum ini tiada setitispun susu yang keluar.

Al- Harith memerah susu unta itu. Mereka meminumnya sehingga kenyang. Mereka tidur dengan lenapada waktu malam. Tiada lagi bingit tangisan sang bayi.

Al-Harith berkata kepada isterinya: "Demi Tuhan, sungguh dinda telah menerima bayi yang berkat".
"Mudah- mudahan," jawab Halinah terharu.

Keajaiban yang berlaku tidak berhenti di situ. Keldai tua yang ditunggangi Halimah mampu berjalan cepat, bahkan memintas keldai- keldai yang lain. Sehinggakan rombongannya yang lain terpaksa menjerit "Tunggu kami, Halimah."

Mereka sangat hairan lalu bertanya: "Ini keldai kamu yang sama atau keldai yang lain?"
"Ya, keldai yang sama," jawab Halimah.

Mereka berkata, "Pasti ada sesuatu yang terjadi kepada keldaimu. Luar biasa!"

Oleh: Fatimah Syarha (Solusi Isu no. 45)


Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com