Friday, 29 March 2013

Usrah 1

 
"Akak nak setiap sorang ceritakan dua orang, yang paling sayangkan kita dan lagi sorang yang kita paling sayang"- kak Fiza (naqibah)
sahabat 1:
"Dulu, masa mak hidup, saya rapat sangat dengan mak. Senang cerita, hidup saya hanya emak. Ayah, kakak, adik, saya tak rapat langsung. Sampai suatu saat, Allah tarik nyawa emak saya. Saya macam hilang arah. Hari- hari pergi kubur mak, menangis, bacakan yasin, merintih. Bayangkan, hidup saya hanya pada emak. Ayah tak rapat. Lepas mak takde, saya sunyi sangat. Saya takde sesiapa dah. Tapi, Alhamdulillah. Sebab tak lama tu cuti habis. Jadi tak sedih sangat macam dulu. Orang yang paling sayangkan saya, emak saya. T T"
-mungkin masa umi tulis ni, tak sedih. Tapi masa dengar sahabat ni bercerita, Allah..Hebat betul dugaan dia. Seteruk2 ujian yang umi dapat, rasa tak setanding lagi dengan ujian sahabat ni. T T. Serius sedih, masa dengar dia cerita. T T
 
 
Tiba turn umi membebel nak bercerita pulak. 
-Habis je kakak tu cakap "ceritakan orang yang paling sayangkan kita", umi terpikirkan sahabat umi yang sorang ni je.serius rindu kat dia...
"Orang yang saya rasa paling sayangkan saya, sahabat saya. Dia berusaha carikan saya sahabat supaya dapat bimbing saya mendekati Allah.Serius. Sangat2 terharu bila dia sudi usaha gitu.=').Walaupun kami jauh. Jujur saya katakan, saya sangat cemburu akhirnya dia berjaya bertemu dengan orang baik- baik. Ada teman ke program2. Saya masih sendiri. Tergapai-gapai seorang diri.Terasa bagai cinta diduakan. hehe. Tapi umi teringat "HUSNUDZHON!!". Takkan saya lambat, dia pun kena lambat. Saya taknak pentingkan diri. Takkan kerana sayangkan saya, saya nak biarkan dia dengan saya 24jam. Dia juga perlukan sesuatu untuk perbaiki diri dia.Takkan nak mesej, telefon saya 24jam ye tak?hehe. Kadang- kadang saya harap, dia mesej saya. Tapi tula. Sayang dan cinta dalam berukhuwah bukan perlu bersms, telefon, chat, komen2 kat fb. Tetapi DOA. Kerana "power of Dua', nobody can expect", kerana itu antara senjata paling hebat yang Allah bekalkan ke hambaNYA...Tapi tak tahu lah.Macam saya je yang paling sayang dia.hehe.Tapi dia pernah cakap dia ada dua sahabat yang paling dia sayang(Perasan kejap..hehe) Moga Allah memberkati ukhuwah kami.Bila umi rasa malas nak berubah dek ujian yang sekecil2nya yang umi punya poyo buat jadi besar, umi teringat kat dia. Nak jadi kuat macam dia.Walau tiada siapa di sisi.Sebab umi sayang dia sangat2.................Dan orang yang paling saya sayang sangat4x  adalah ayah. Ayah tak pernah cakap dia sayangkan saya. Tapi dari perbuatan dia dah cukup membuktikan segalanya. Dia sanggup panjat bumbung rumah orang, pasang lampu, kipas, panjat tangga tinggi. Padahal dah berumur 65 tahun.Bayangkan.huhu. 65 tahun, larat buat apa?Tapi ayah, masih kuat.huhu.. Pernah suatu hari,ayah betulkan kipas kat bilik tanpa memakai baju. Sebab abang takde, jadi umi tolong ayah pass2 alatan. Bila ayah dah sampai hujung tangga, hati berdebar2, Allah, dah tua2 masih panjat tangga.huhu. Dari bawah saya perhati ayah, saya pegang tangga kuat2, walau tahu ayah berat, kalau ayah jatuh, saya tetap nak sambut ayah! Sedang leka memerhati, tiba2 nampak satu lebam biru di bahu ayah.Masa tu, air mata laju mengalir. Terus keluar bilik.Bila rasa dah ok, masuk balik.Pastu tanya ayah "Bahu ayah kenapa?". "Kenapa dengan bahu?Oh.Tadi jatuh"..Bayangkan! 65 tahun, jatuh, bahu lebam.Kalau sikit takpe. Dan sekali lagi, keluar bilik menangis.huhu.Petang tu, keluar dengan abang, tanya abang bahu ayah kenapa. Abang cakap ayah jatuh tangga dalam bilik air. Masa tuh, dalam hati Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya saya, sebab Allah masih panjangkan umur ayah. Alhamdulillah.."
 
 
Huhu.. Ayah hebat. Ayah sangat baik. Ayah garang, tapi akak tahu ayah sayangkan akak.
Ayah sanggup drive dari selatan sampai utara..Semata2 nak pastikan akak sampai kat sintok ni.
 
 
"Ya Allah, jadikanlah aku anak yang solehah supaya aku boleh berpimpinan tangan dengan emak dan ayah menuju syurgaMu, ya Allah. Aku tahu, Engkau maha Pemurah, maha Adil, maha Penyayang"
 
 
*Dan tentang sahabat. Mungkin umi belum layak berjumpa dengan sahabat yang boleh bersama2 ke majlis ilmu, bersama2 dalam erti kata menuju keredhaan Allah. Tetapi sahabat2 yang ada di sekeliling umi sebenarnya dah banyak membantu umi. Perhatikan mereka, muhasabah diri, dan akhirnya umi ketemu jawapan kenapa aku tak beroleh sahabat 'alim2'. Allah nak mendidik umi dengan cara yang berlainan. Sahabat2 umi semuanya Alhamdulillah baik2. Alhamdulillah Allah kurniakan mereka .. (* ^).Yang penting, jangan pernah merasa diri BAIK. Kena rasa kita ni HAMBA ALLAH YANG PALING HINA selalu.Kerana kita ni HAMBA yang sering berbuat dosa.Tak pernah lelah membuat dosa.=(.Tak pernah berasa cukup setelah diberi nikmat.
*Kalau nak dapatkan keredhaan Allah, nak berhijrah, nak bertaubat, nak buat apa je, kena ingat. "All I need is Allah"."Everything is about Allah". Jangan bergantung dengan orang lain. Kelak kita hanya menanti tanpa usaha..Usaha..Usaha.. Dan terus berusaha. Kemudian, letakkan segalanya pada Allah. Dan berdoa, semoga setiap amalan kita kerana Allah. Semata2 untuk keredhaanNya. Semata2 untuk CINTANYA.
Allahu rabbi.Betapa besar rasa kasihan rasa sayang DIA pada hambaNya. ='(

*Terlalu banyak nak cerita. Dah 2x usrah. Tapi sempat cerita ni je buat masa ni. Sebab malam ni rindu sangat dekat ayah. Jadi update usrah minggu lepas punya minggu lepas..=)
*Sedang cuba menyibukkan diri dengan business, aktiviti2...supaya tak buat perkara yang sia2. supaya tak mengganggu orang lain..Semalam baru je kacau masa Izzati sobri dengan Azura Azai...=)
*Twitter sudah berjaya deactivated. Sedang cuba mengurangkan penggunaan FB(fb ni agak susah sikit kot.nak2 BintuAbi dah bukak dropshipper under umi.Alhamdulillah. rezeki Allah).
*Hari2 mak telefon, "umi, macam mana 'tu'?ada kurang tak?".. huhu...setiap kali mak tanya tak tahu nak jawab camna..tak mau jumpa doktor dah...=(..
*Usrah 1 dan 2 ade cerita pasal nama2 Allah..nanti umi share lagi ye...bila berkelapangan...(* ^)
Assalammualaikum

Friday, 8 March 2013

Makan dalam talam??

Umi baru je selesai program "Muslim Youth Camp" aka MY Camp yang berlangsung selama dua hari.
Bermula petang semalam dan selesai malam ni.
Sepatutnya sampai jam 11 malam.
Tapi umi ada hal sedikit..hehe..
Ok.
Sepanjang 2 hari yang umi mampu pergi, umi dapat hadir dua slot.
Alhamdulillah.
1 slot dikendalikan sendiri oleh saudara dari Kelab PERKIM.
Bila lihat dia bercakap, Allahurabbi.
Penuh hujah yang bernas, yang fakta bukan auta siap hadis segala.
Bila bandingkan diri dia dengan umi.. Allah.jauh beza.
Bila lecturer minta umi present, Allahuakbar.
Ni..Tangan kaki menggigil tak hengat.
Punya la cuak. 
Tapi bila lihat saudara tadi, tertanya2, macam mana dia boleh menjadi sebegitu yakin.
Ok..Nak share sikit pasal apa yang umi dapat dari slot2 tadi...
1st slot, berkisar "Apa ertinya aku menganut Islam" oleh Dr. Fathi Yakan.
Alhamdulillah, walaupun saudara tadi hanya bincangkan tentang 1 bab saja iaitu "Saya mestilah muslim di sudut akidah"
Ada satu part tu paling terkesan di hati.
Kita selalu bersyukur dengan nikmat kaya, harta benda , keluarga, rakan2 dan lain2 lagi. Tapi kita jarang bersyukur, jarang nampak yang Allah sangat2 PEMURAH, Maha Mengasihani. DIA lahirkan kita di dalam agama Islam.DIA beri kita nikmat sebagai MUSLIM. Alangkah bertuahnya kita. Lahir- lahir, dah ISLAM. Cuma, Allah bagi kita pilihan. Samada ingin terus menjaga ISLAM dengan sebemar2 cara atau sekadar islam di mulut. Pilihan samada kita ingin melawan fitrah atau mengikut firah..

Lagi 1, saudara tu celoteh..
Syaitan punya banyak jarum2 berwarna-warni. Yang tsangat kreatif, sehingga orang yang banyak ilmu boleh terpedaya. Boleh jadi bicara syaitan---> "Ko buat baik kenapa? Kalau Allah dah tetapkan kau neraka, neraka jugak.Kau usahalah macam mana sekali pun tetap neraka.Takdir Allah sebelum kau lahir lagi dah ditetapkan"..Jadi, kita nak pujuk diri kita, nak bidas balik syaitan tuh macam mana?.. "At least aku dah usaha sebaiknya. Dah usaha sampai nafas terakhir. Kalau aku ditempatkan di neraka sekalipun, aku dah berpuas hati. Tetapi, kalau aku tak usaha, dan masuk neraka, memang layak tempatku di situ. Aku takkan berpuas hati kerana dah seksa diri aku".

Allah...Allah...
Lagi 1 nikmat kita sebagai Muslim.
Bayangkan kita dilahirkan sebagai kafir. Sudah tentu tempat kita di neraka dulu kini dan selamanya kecuali kita masuk ISLAM.
Nampak tak betapa indahnya Allah. Betapa mulianya Allah...
Allah...

Allah ciptakan hidung kita ini, lubangnya ke bawah.
Bayangkan lubang hidung ke atas, bila hujan, menadah air hujan la jawabnya.
Allah Maha Mengetahui..Allah lah segalanya..=')
Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai insan terpilih.
Insan yang sangat2 bertuah..Allah...



Dan lagi 1 nikmat yang umi berjaya kecapi...weeee
Alhamdulillah...
Makan dalam talam beramai2..

 Yang lagi bestnye, umi dok dengan sapa2 ntah.
Sahabat PERKIM. hehe..
Main duduk je sebab dah terliur dengan mihun, ayam segala menu tuh.
Tiba2......
Sahabat2 ni tadi, pakat dok suap2 ke mulut orang.
Umi dah pelik, sampai la diorang nak suap ke mulut umi. Allah.
Serius sebak. Indahnya ukhuwah..
Indahnya...Indahnya...
Tapi umi tak boleh la nak makan banyak sangat.
Kena sedar diri, gigi dah berpagar, kena kunyah slow2, kena makan benda lembut je.
Sahabat2 ni tadi tak tahu kondisi gigi umi.hehe..
Bantai la diorang dok suap lepas satu, satu...Ha, sudah!.
hehehe...
Tapi, serius lah....
sweet memory..Best ever after yang Allah sudi bagi selepas diuji hebat...

Errr...Lupa nak cerita.
Program ni anjuran saudara exco Biro Dakwah dan Tarbiah Kelab Perkim kerjasama dengan kami Helwa P. Islam.
Alhamdulillah, program pertama Helwa semester ni.


*Lupa nak update entry "Allah, aku nak nikah"..
Insya-Allah, ada masa lebih, umi update.. 
Wanshang hao..Assalammualaikum...

"Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang soleh dan solehah. Jadikan kami anak yang soleh dan solehah.Jadikan kami kakak, adik, sahabat, pelajar dan jiran yang soleh dan solehah...Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau beri kami hidayahMu. Ya Allah, tetapkan hati kami. Tambahkan ilmu kefahaman tentang ilmuMu, agamaMu kepada kami. Permudahkan kami ya Allah"

Amin...Amin... ya rabbal alamin

Saturday, 2 March 2013

Welcome Super Duper Senior

 
Ni hao ma??
Wo hen hao...Tersangat2 lah sihat. Alhamdulillah...(^ ^)
Iman apa khabar?
Semoga setiap detik, setiap hembusan nafas, setiap derapan langkah, kita ingat YANG SATU..
Allahurabbi...
 
Ohhhoooiii...
Orang kampung, rakyat jelata, sahabat sahibah, sayang- sayang sekalian..
Saya adalah pelajar SEMESTER 6 BIDANG PEMASARAN UUM!!!!
I'm really proud of that...
Seriously..
Macam tak percaya dah sem 6..Kejap je.
Alhamdulillah..Allah Maha Berkuasa..
Rasa macam semalam terkedek2 tarik beg, angkat baldi, sebak2 mak ayah hantar, dan hari ini, di sini, Umi sudah 3 tahun belajar erti kekecewaan, persahabatan, nilai ketuhanan, dan macam2...
Sangat2 serius, saya dah jatuh cinta dengan UTARA..=)
Sebab makan murah...=p
 
Sebelum daftar sem 6, cuti dalam sebulan dekat rumah.
Dan Alhamdulillah, rezeki melimpah ruah...Serius tak tipu..
 
 
 Alhamdulillah...Yeah!!! 
Saya sudah dapat lesen memandu..Da real license..
Not L, either P...But da real one!!!
Dan lagi satu...
Alhamdulillah.
Sebab Allah kurniakan seorang abang yang sejak dulu, memang tak kedekut...
Memang dengan adik beradik, dengan family dia tersangatla caring..
Syukur pada Allah.Alhamdulillah.
Muaz bagi Galaxy Tab 7.0..
Umi anggap, itu hadiah sebab pointer luar dari biasa walaupun tak dekan.
Walaupun tab tu, dia dah pakai dalam half of year, tapi dah cukup bersyukur.
Lagi satu, sedang menunggu result, umi selalu berdoa.
"Ya Allah, kalau aku dapat dekan, aku nak minta ayah mak buat kenduri selamat".
But see... Tak dapat dekan..Dan Allah bagi hadiah lain yang pada umi special sangat.
Dan Alhamdulillah, tak kena repeat apa2 paper..=)
 
Tetapiiiii...
Serious segan nak bawak benda alah ni keluar dari beg.
Takut orang cakap kita berlagak pula sat lagi...
Mudah2an Allah redha apa saja amalan yang kita lakukan....
Amin amin amin ya Allah...
"Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang solehah, anak yang solehah, adik serta kakak yang solehah, sahabat yang solehah, dan bakal isteri yang solehah"..
 
 
# Next Entry---> "Allah, aku nak nikah!!!"...=P
 
Assalammualaikum....
 
 
 

Wednesday, 23 January 2013

Wanshang hao??
Hao jiu bu jian..
Lama juga rasanya tak "hupdate" blog...*lama xlama mana pun...
Harini, banyak benda membahagiakan yang ingin dikongsi bersama...=)
Petang tadi cadangnya nak p Puncak Alam..
Berprogram selama 2 hari..
Nampaknya Allah tak izinkan atas sebab2 tertentu..
Sedih?? Of course la sedih. Rancang punya lama..
Tapi i've no choice... Nak tak nak, memang tak boleh p.
Sebelum decide xp, mesej dayah minta no yunie..
Dapat mesej dari dayah je, dah boleh buat jantung berdegup kencang..*chewah...:p
Tapi tak mesej pun yunie. Sebab dah lewat. 
Jadi, online FB la jawabnya..
Tergerak hati nak tegur yunie kt FB.
Dan al-hasil di akhir perbualan
 
 serius masa yunie cakap "kawan baik dayah ni", terus mengalir air mata..
Allah..rindu sangat...Cuma xmampu nak luah camne.
Sahabat paling rapat. Paling umi sayang..Paling umi cinta...
Insya-Allah kerana Allah..
Setahun di matrik, macam bertahun2 dah bersama..
Yunie ni....kawan baik dayah dekat UPSI.. 
Insya-Allah..Moga Allah redha..=)
 
Dan ini pun sahabat yang umi sayang, cinta dan rindu sangat2 juga... (^ *)
Eira...=)
Lembut orang nya... Dan mungkin juga sensitif..
Nama je duduk 1 negeri. Nak jumpa, Allahuakbar..Punyala susah..
Bertahun juga rasa nya tak jumpa...
 

 Dan jawapannya??
Eira takde pakwe...
Insya-Allah sehingga dia berkahwin baru dia akan ada pakwe..
Sekarang pun dah ada pakwe..
Sugar daddy a.k.a AYAHANDA dia..;)

hah..
yang atas ni la dayah..;)
kalau mesej dengan dayah ni, ibarat bercinta sorang2.
Tepuk sebelah tangan je...:p
Susah beno nak dapat mesej dia..
Orang kuat UPSI kn..:p
*gurau je dayah...=)
Teringat masa kat matrik..
Rasanya kami sama2 penakut..
Sepanjang di matrik, amatlah susah nak tengok kami tidur di katil masing2..
Mesti tidur sekatil.
*Kalau umi ada kutu, rasanya time2 tu jugak berjangkit.
Hahaha..
Rindu betul zaman matrikulasi..
Makan...Sampai 8 pesanan makanan..
Sebab kami punya geng 8 orang.
Serius rindu...
Semoga Allah pertemukan kami suatu hari yang indah nanti...
Dan ini, al-hasil setelah ber'dating' dengan lagi 3...=)
1st time p Penang ngan kawan2..
1st time bawak kete yana...
ok..yana dah putih...*nak kena pakai de putih balik ni


Sekian berita dari angkasa hijau tingkat Sikamat...=)
Buat yang sudah berhak mengundi...
Ingat!!...Memilih pemimpin yang adil adalah kewajipan setiap hamba Allah..=)
Jangan cakap "malas la politik2 ni..kotor"..Yang mengotorkan itu manusia..
Jadi siapa y kotor sebenarnya.. 
Yang membersihkan juga haruslah manusia..
Selamat mengundi...=)
*Padahal lambat lagi hari mengundi nya.....
Assalammualaikum...Wan'an.... (* ^)

Wednesday, 9 January 2013

IMAM vs Bakal Imam????

 
 
Apa khabar buddies??? =)
Umi?? Alhamdulillah...umi sihat selalu..
Allah masih menyayangi, merahmati mengasihi umi dengan nikmat kurniaanNya..
DIA bagi sihat..=)... DIA bagi umi kekuatan untuk terus senyum, marah, meroyan, mengamuk dan segala bagai..
hehehe...
Alhamdulillah..
Don't forget to say "Alhamdulillah"------> bak kata Farid Sanullah.... ^ ^
 
Eh..tajuk entry cam best!.
Nak2 pulak bila dah umur 20 plus2 ni, asyik pikir pasal kahwin.
Bukan pasal apa. tapi sebab dikelilingi ramai sahabat2 yang sudah membina masjid, yang nak menjadi tunang orang... mak orang je belum dengar lagi...=p
Mungkin juga peredaran zaman.
Kalau dulu, umur 15 tahun sibuk menelaah buku.
Sekarang dah ada yang duk timang2 anak dalam buaian.
Kalau dulu, umur 25 sibuk bekerja lagi, sekarang...umur 20 pun hangat cite pasal kahwin.
*Umi la tu..haha
 
Tanpa kita sedarrrr....
Imam yang kita tunggu2, yang kita tak tahu lagi siapa, yang kita sibuk tunggu dia barulah kita nak berubah/ bertaubat..
Yang sebenarnya, dah lama kita ada IMAM...!
 
Nak tahu imam umi siapa??....errrr
Malu laaaaaa... ;p
Tapi, bukan umi je ada... Kalian semua mesti ada jugak...=)
Umi ada, korang pun ada..^ ^ 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ni la imam umi sejak kecil lagi.
Ayah lah yang ajar umi camne nak solat, camne nak pakai tudung, camne nak makan pakai tangan kanan.
Ayah lah murabbi umi.
Pendidik umi sejak dari dalam kandungan lagi.
Ayah lah amanah umi.. Amanah yang umi sayang sangat2..
=')
Walaupun mak ayah umi bukan dari kalangan yang berlatarbelakangkan orang yang warak, biasa2 je.
Tapi, kerana kebiasaan itulah ayah didik umi jadi muslimah luar biasa.. mungkinkah??
haruslah!!!!
Nanti kat SANA, umi lah yang akan pimpin tangan diorang.. samada ke syurga atau neraka..
Inilah imam yang jadi amanah umi sekarang!
Sampai bila pikir pasal kahwin, terfikir....
"macam mana aku nak hidup dengan suami aku.aku tak puas lagi dengan mak ayah"
"macam mana nak basuh baju, masak, mengemas untuk suami, sedangkan kalau balik cuti buat kerja, mak minta tolong pun malas.."
"macam mana aku nak dengar cakap suami, sedangkan ayah marah pun, hati dah membentak2, menjawab2.."
Achaner!!
Achaner!!
Ce jawab, macam mana??
Adil ke?? Bakal suami yang kita tah tahu lagi siapa, bila, kat mana, kita dah beria nak sayang2, bersedia (lah konon) nak jalankan tanggungjawab, take care ( wahai bakal imamku, sihatkah engkau di sana)....errrr...
Ayah sendiri??? Dah telefon?? Sihat?? Dah makan ke beliau?? 
 
Allahu Allah.
 Kadang- kadang takut sangat.
 
Tu lagi nak tunggu bakal imam??
Imam yang ada pun belum sempurna lagi tanggungjawab kita kat dia...
Nak tunggu jugak bakal imam??
 Cuba renung sedalam2nya...
Sejak umi dah tak berdua..
Banyak benda yang umi tak pernah buat, yang umi rasakan "gila" nak buat dulu, umi dah berani buat..
And.... that's totally great! Awesome!
Bayangkan, umi yang dulu "eish, ayah ni...sikit2 marah.."
Dan sekarang, diam je bila ayah marah..pikir balik, kenapa ayah marah..
Umi yang dulu, "Assalammualaikum mak, sihat? Cakap ngan ayah?ermm..nantilah akak telefon balik.."
Sekarang " Assalammualaikum, mak, ayah ada x??"
Selalu telefon, jarang tanya pasal ayah...
Sekarang, telefon je mak, tak sempat mak jawab salam, tanya ayah dulu.. Kalau ayah xde, p keje, automatik rasa nak nangis sebab xdapat cakap.padahal bukan borak ape sangat pun.(janji dengar suara)...
*Hikmah sesuatu kejadian..
Allah ambil hak DIA supaya Umi lebih menghargai pinjaman yang lebih bernilai...
Umi yang dulu, tak terpikir pun nak mesej ayah. Walaupun sekali, TAK PERNAH..
Tapi sekarang, hehe.. Malu nak cerita..=p
Sentiasa rindu...=)
ohhh IMAMKU..=)
 
Sekian luahan hati BETA dari angkasa HIJAU tingkat 3....=p
 
 
*Ya Allah, rahmatilah kedua ibubapaku..Sayangi mereka seperti mana mereka menjagaku sejak kecil..Lindungi mereka seperti mana mereka melindungiku ya Allah.. Lapangkanlah dada mereka. Janganlah Kau susahkan hati mereka...Limpahkan nikmat rezeki, kesihatan kepada mereka...Sungguh.Aku sayangkan mereka ya Allah... Bantulah aku menjadi anak yang solehah.. Yang dapat membantu mereka di SANA nanti"
AMIN YA RABBAL ALAMIN
 
*Ada yang perlekeh cara umi berpakaian sekarang... Ni salah satu sebabnya.. Sebab Allah. Sebab umi takut. Takut salah umi, kena tempias kt mak ngan ayah.. Jadi, umi slow2 ubah ke pemakaian yang lebih baik..
*Umi xbaik pun..tapi sedang ke arah itu...
*Cukup sudah kejahilan yang umi buat dulu.. ='(
Nauzubillah hi min zalik...

Friday, 28 December 2012

Hajat yang tidak kesampaian


aloha...how's ur day??
sebenarnya mood sedang bersedih..=(
kul 11.58 pm td, tiba2 dapat mesej dari syikin.
"umi, maap esok tak dapat p. adik aku tiba2 dapat mesej kena balik esok.mak ayah aku takde kat rumah".
terus sentap..tapi cepat2 fikir.
'takkan aku nak paksa anak orang ikut jugak kemahuan aku'.
n at last, reply mesej dia."takpe kin, benda nak jadi. insya-Allah, nanti rezeki lebih, kita p lagi".
serius.padahal dalam hati sedih tak terkata.
T T...

nak tidur pun takde mood rase.
pulun nota psikologi la jawabnya.
Kalaulah Shah Alam tu dekat, memang aku pergi jugak sorang2.
tapi, mana mungkin ayah bagi p sorang2.

Yang buat terkilan lagi, dah plan baik punya.
Esok pergi Shah Alam, lusa boleh balik sintok dah..
tapi yela..
Kita merancang Allah yang menentukan...dan sebaik2 perancang adalah Allah S.w.t.
Allah...Allah..sedih...T T


p/s: mungkin ada hikmahnya...mungkin juga Allah suruh balik sintok cepat2.study bagi pulun...
T T... semoga mimpi dapat p..

Friday, 21 December 2012

Precious gift ever

 
 
Alhamdulillah...Selamat sampai ke "Rumahku Syurgaku"..=)
Tiket yang sepatutnya jam 9pm, Leha dengan konfiden cakap kul 10.30pm...
Dan akibatnya???
hehe... Umi tak tahu macam mana boleh jadi paling tenang di antara kami bertiga.
Cool je cakap, "kalau takde malam ni, tak payah balik la". 
Yang sebenarnya, sampai2 kat Changlun, tetiba rasa malas nak balik.
Sebab lain malas nak gelabah2, sebab ain dah nak nangis dah.
Leha pulak dah serba salah gila time tuh.
Rasa macam mimpi pun ada. Selalu jadi, bas rosak, bas lewat.
Mak pun pesan banyak kali selalu, cek betul2 kat tiket.
Dan pesanan tuh, di"forward" ke Leha..
Tapi benda nak jadi kan..takpe2.. Pengajaran serta pengalaman terhebat..=)
Tak pernah2 naik bas sejauh tu, duduk kat tangga...Naik kematu...
Tido?? ke laut jawabnya..
Dan Alhamdulillah.. Abang driver tu sangat baik. Kalaulah dia tak bagi tumpang, tak tahulah macam mana...

Dan setiap kali nak balik, perasaan EXCITED haruslah ada...
SEBAB....
 
 
 
 
Taaaaa
 
 
 
 
 
Daaaaa.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 



Hadiah dari diri sendiri....
Hehehehe
Memandangkan umi jenis pemalu nak minta hadiah dari orang...
Umi suka hadiahkan diri sendiri hadiah..
Sebab umi saja yang tahu umi suka apa, minat apa....

Dan yang pastinya...
Umi sangat sukakan semua hadiah2 yang umi beli...=)

ok lah..sampai sini je laporan hari ini dari angkas HIJAU...=)
banyak nak cerita..tapi "kerajinan" tak jua kunjung tiba...

Assalammualaikum






Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com