Friday, 20 July 2012

Kesalahan dalam bertaubat.



  • Mahu bertaubat tetapi menunda taubat 
Seharusnya tidak dilewatkan bertaubat kepada Allah kerana itu merupakan kewajipan setiap Muslim yang berdosa. Ini bertujuan supaya ia tidak menjadi “pembungkus” hati sehingga dosa sukar dihapuskan.
  • Lalai dan terlupa untuk bertaubat.
Ramai antara kita tidak pernah terlintas sama sekali telah berdosa kepada Allah, lantas lalai untuk bertaubat kepada Allah.
  • Enggan bertaubat kerana khuatir melakukannya lagi.
Seseorang telah berbuat dosa kepada Allah dan kemudian ingin bertaubat, malangnya tidak meneruskannya kerana khuatir akan melakukan dosa itu semula. Persoalannya, apakah kita pasti kita akan mati dalam keadaan kita sempat bertaubat?
  • Malu hendak bertaubat.
Antara ujian bagi orang yang ingin bertaubat ialah pandangan dan celaan daripada mereka yang tidak memahami Islam. Jika kita benar- benar jujur dengan tindakan serta berbekalkan sifat sabar, lama- kelamaan kita akan mudah menghadapi semua ujian itu.
  • Berani buat maksiat lagi kerana rahmat Allah itu luas.
Rahmat dan kasih saying Allah bersama orang yang baik, bukan dengan mereka yang lalai dan suka melakukan kemaksiatan pada Allah.
  • Tertipu dengan ahli maksiat.
Janganlah berasa hairan dengan mereka yang terus- menerus melakukan maksiat tanpa ada balasan daripada Allah, bahkan mereka diberikan nikmat di dunia, mereka memiliki kesemua itu sebagai pemilikan sementara sebelum mereka akan diazab pada hari akhirat nanti.
  • Berputus asa daripada rahmat Allah.
Ada pelaku maksiat yang bertaubat dan kemudian kembali melakukan dosa dan bertaubat semula berulang- ulang kali. Akhirnya membawa kepada berputus asa daripada rahmat Allah kerana merasakan dirinya ditakdirkan begitu. Sikap berputus asa daripada rahmat Allah seharusnya dielakkan, malahan terus berusaha kerana inilah sikap seorang Muslim.

*solusi isu 35..


 
 wah!!
Alhamdulillah. sekejap sgt rasanya.
kejap je dh masuk Ramadhan. 
Allahummasolliala saiyidina Muhammad.
terharu rasanya.
betapa diri ini xlayak diberi layan, nikmat dr Allah.
tapi Allah maha Penyayang, maha Pengampun, maha Mengasihani..T T
buat maksiat...tp tetap jualah diberi peluang utk bertaubat. tetap juga diberi kurniaan nikmat dan hidayah.
Allahurabbi.
 
sebelum tdo malam semalam, on9 sat.tgk 1video ni.
 
Masya-Allah.
sgt2 menyentap kalbu.. T T





lepas tengok tuh solat isyak..sebenarnya semalam malas giler nk solat isyak.
huhuhu..teruk kn?.lepas tgk video ni.
hambek kaw!!.
tengok!.Allah tegur dgn mcm2 cara..
tengah seronok2 on9, Dia nampakkn vdeo ni.

lpas tgk, on9 lg.. tp kepala dh pk.
Allah!kalau Allah buat kepala aku melekat kt sejadah mcm Yatt kena, ntah mcm mne la takutnya.
Nauzubillah!.
serius takut..
lpas 2 trus off9..
solat isyak..dalam gelap.
sebb dh lewat.segan nk on lampu.kesian kt org lain nk tdo
gelap gile.bayangkan solat dlm gelap.
Allahuakbar!!..
serius takut gile.sebelum solat 2 ade gak pk.
kalaulah aku xsempat isyak, Allah dh tarik nyawa...T T
solat dlm gelap mmg menginsafkn dan juga menakutkan..
tiap kali sujud, cube bayangkn gambaran y Yatt cerite kt surtkhabar.
y die nmpak azab api neraka..
Allah..serius xtipu..
air mata turun tanpa dipaksa.
punyelah takut azab Allah.
padan muke ko umi.malas lg...
 
huhu..tp seriously, video ni sgt2 menginsafkan...
Allah..memang nk istiqamah tuh sgtla susah..
 
tp y bestnye, yeah!!!!!!
 
dh bulan Ramadhan...sgt seronok dpt puasa dgn mak ayah.ngan family.
dpt tarawih..=)
ha!.lg 1...
 
kalau ramadhan y lepas, bile tarawih, xsme cm tarawih harini..lain sgt2
mungkin sbb tarawih lpas masih dibelenggu nafsu bercinta.
tgh2 tarawih boleh teringatkn nset kt rumah.kadg2 bawak nset.
gile ape p tarawih bwak fon.
huh!jahil2....itulah sy pd ramadhan y lepas.uuu...
sampai tiap kali tarawih, kira bpe rakaat lg tinggal.huhu..
sgt2 menyebalkn.
tarawih semata2 tarawih.
harini tarawih bru taw tharu.
baru reti nk bersyukur dberi kesempatan..T T 
 
 
matlamat bulan puasa:
1. insya-Allah nk cube sedaya upaya bgun.nk cr malam lailatulqadar.
2. nk khatam Quran..xkhatampn xpela, y penting phm isi.
3.nk tarawih selagi mampu.
4.nk puasa, sepuas2nya.nk cri makna sebenar puasa..
 
p/s: selamat menjalani ibadah puasa buat semua sahabat tercinta, semua hamba2 Allah termasuk diri sy..spesel buat HIDAYAH REMLEE, selamat berpuasa.=)..

Tuesday, 17 July 2012

Bro's wed




 
aloha.
cuti ni byak program best2 tlepas.
byak...sgt byak..=(
paling sedih xdpt p jualan gudang TELAGA BIRU..='(
 
sbb balik kampung.
mmg resam ayah, anak2 beliau y kahwin, beliau akan bawa balik kampung.
nk kenalkn menantu ke sedara2 y mmg banyak..
ayah mmg byak mak angkat, ayah angkat, segala angkat la...
 seronok kn?.
bila perangai baik, tingkahlaku mulia, semuapn suka. 
Alhamdulillah. bangga punya ayah y baik.=)
 
xsempat nk update pasal abg kahwin.
mestilah gambar sy y banyak.hahaha..
*ade kesah??
 
menjelang saat lafaz akad nikah.=p
 

lan dengan cik yan.


dgn makcik2...ni baru separuh makcik.ade makcik y xdtg lg..

lan, mom n da girls.=)


with our lovely mummy...=)


di rumah pengantin perempuan.
ni la kakak ipar sy..k.ju...=)
eh..budak ni pn ade..this is my lovely niece..kesayangan sy...=)
 
sepupu2 y gorgeous, cantik2, comel2..dan aisyah y sdg menangis..=p
 sesudah akad nikah
lan, me, k.long n k.jue.


di hari persandingan
 



hehehe..angah ajak snap pix meta sbb warna kami same..=p





makcik2 yang gorgeous.



semoga pernikahan abang y tersyg dirahmati Allah. diharapkan cinta mereka sehingga syurga.=)
 

Thursday, 5 July 2012

Awas! Dosa Berganda




Walaupun terdapat perbezaan di antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang- wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Awas, kerana apabila dosa- dosa kecil dilakukan, ia akan berganda seterusnya menjadi dosa besar! Pertukaran ini berlaku apabila:

  • Melakukan sesuatu dosa secara berulang- ulang dan terus- menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara baik sahaja yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.
  • Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung.    Contohnya, pasangan yang sedang bercinta. tak berjumpa, tak berpegangan tangan tetapi bergayut di telefon.menganggap ia nya remeh. tetapi itulah permulaan segalanya.
  • Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk dari Allah.  Banyak kes hari ini. Kisah emak diterajang anak, isteri dipukul isteri, makwe dipukul pakwe.Abang rogol adik... kenapa?...kerana bangga.bangga dpt mengikut bisikan iblis dan syaitan.. Nauzubillahiminzalik...
  • Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Inilah istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat oleh Allah namun masih kekal melakukan dosa dengan dengan perasaan aman dan tenteram.
  • Tidak segan silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan. Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di hadapan manusia bahkan di hadapan Allah. Contohnya remaja abad ini. Apabila mempunyai "pakwe" atau "makwe" bangganya menggunung tinggi. upload sana sini gambar berpelukan, gambar berdua sedangkan tiap mata yang memandang bakal menjadi saksi di SANA nanti.bahkan, mampu memberi saham dosa kepada mata yang memandang itu. Masya- Allah.
  • Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama  atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya.Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.

sekian sahaja perkongsian di pagi Jumaat yang mulia ini. Semoga segala amalan kita diberkati Allah.
sekiranya ada kekhilafan, mohon perbetulkan. Wallahualam.

p/s: artikel dipetik dari SOLUSI isu no. 35.. hanya contoh saya tambah sendiri.maaf andai ade y terasa.

Wednesday, 4 July 2012




 
hao jiu bu jian..--->lama xjumpe (mandarin)
*lame la sgt ye x?.heheh
pg td buat try buat apam polka dot.last2 dot nye ntah ke mana..
nampak gayanye xde rezki la nk buat utk walimah LAN.
tinggal brape hari jek lg...
hehe...tengok ayah dh ke hulu ke hilir dlm rumah. 
xboleh dudk diam dh..comel plak tgk.
Allah.. Allah.. rse sy plop y bdebar.ngeh2...

dok saje rumah.tbe2 teringat date bersama DAYAH n HUDA.
rindu.=)
xsempat pn nk update psal mereka.
skrg nk cte sal diorg la..=)


 sebelum tuh...=)

"mengapa perlunya saya berkasih sayang, menagih rindu, meraih cinta seorang lelaki yang belum halal buat saya, y belum tiba masanya lagi buat saya bercinta SEDANGKAN saya punya Allah sebagai tempat mengadu, tempat memohon pertolongan dan juga saling berbalas rindu, berbalas syg dalam solat, dlm segala amal ibadat.SEDANGKAN saya punya mak ayah yang sangat menyayangi saya, menjaga saya sepenuh hati, SEDANGKAN saya punya ramai abg utk sy berkasih syg, berbalas2 rindu, SEDANGKAN saya punya kakak utk berkongsi rasa.SEDANGKAN saya punya sahabat utk berkongsi masalah, yang sangat2 mengisi kekosongan jiwa, yang sangat2 memahami jika dibandingkan seorang "pakwe" yang belum tentu bisa menghargai mak, kakak atau adik perempuan dia sendiri. atau mungkin lelaki itu, belum mampu menjaga perkara wajib sebagai hambaNya, bagaimana bisa dia menjaga diri ini??..."

APA LAGI YANG SAYA PERLU SETELAH BEGITU BANYAK NIKMAT Y ALLAH KURNIAKAN PD SY??...

1st time jdik pemandu tetap...1st time jugak bawak paling jauh tanpa pemandu kedua..=)
sori dayah...ni jek aku mampu bawak.ehehhe....
nama saya hidayah. kamu boleh pgl sy cikgu hidayah ye anak2..=)

eh..cg. Dayah lg?..mne ade tua la muke ko dayah.ok jek...ape da...comel kn?







sy pula cikgu huda.jgan nakal2 taw..=)


saat kepulangan mereka. serius sedih..saje xmo tunjuk..
hehehe...
mane bisa xsedih.
mereka la sahabat y paling sy syngi dr dulu hingga kini..
dan insya-Allah sehingga ke Syurga-Nya.

acececeh..candid ye mak ngah?.hehehhe...alololo..comel.
director dayah bg kami scene romantis..ehehhe

 

rakaman vdeo kami xbrape nk mjadi memandgkn kami adalah beginner actor...nt dh amateur kami kasi kamu2 tengok ye...
=)


 

di bus stand Sime Darby..

ade gaya samseng x?.hehehe




















 


insya-Allah sahabat. aku akn cuba mjadi sahabat y terbaik. aku ingin menjdi jiran kalian di syurga kelak. aku juga ingin kalian mjadi jiran aku di syurga kelak..amin ya rabb...
sekian saje cerita dr kami. 
ya Allah, izinkan kami bertemu di hari y lain pula ya Allah.
semoga persahabatan kami membawa keberkatan dalam perjalanan kehidupan harian kami.
semoga persahabatan kami dpt mhindarkan kami drpd perbuatan maksiat y sering berlaku pd zaman ni.
semoga persahabatan kami dapt mberi peringatan kpd kami di antara satu sama lain.
semoga persahabatan kami membawa rahmat kepada diri, agama, bangsa dan negara. 
Amin ya rabb...


 sungguh ya Allah...tiap masa aku rindu kn mereka.Alhamdulillah ya Allah, kerana Kau hadirkan mereka, Kau pertemukan kami dlm satu pertemuan y sgt indah supaya kami bersahabat. supaya kami menyulam kasih di atas cintaMu ya Allah.


P/S: TERIMA KASIH IZZATI SOBRI SEBAB BAGI TUDUNG TUH SEBAGAI HADIAH..THANX SGT2...SGT BEST PAKAI..ALHAMDULILLAH.SEMOGA ALLAH MERAHMATI T..=)







Copyright© All Rights Reserved muslimahgreenish.blogspot.com