
Friday, 29 March 2013
Muhasabah 1

Assalamualaikum..
Sekadar berkongsi dengan sahabat2. Semoga banyak manfaatnya.. Saya ada
membela 9 ekor kucing. Saya menjaganya seperti ibu menjaga anak-anaknya.
Malam tidur bersama. Siang mereka mengekor ke mana sahaja saya pergi.
Perkara yang sangat sukar untuk saya lakukan adalah meninggalkan rumah
kerana saya khuatir keselamatan mereka. Apapun tentu sekali saya perlu
meneruskan hidup sebagai manusia. Allah lebih mengetahui segala yang
terbaik untuk hamba-Nya. Dalam tempoh satu minggu ini, sudah lima ekor
kucing saya mati. Purata seekor mati sehari. Veteriner kata ianya adalah
disebabkan virus yang melumpuhkan fungsi hati. Maka perlahan-lahan saya
melihat kucing-kucing saya mula muntah, lembik, kencing warna oren
keluar tanpa dikawal dan pelbagai lagi. Keadaan yang paling pedih di
hati adalah sewaktu menyaksikan pergelutan sakaratul maut. Pada saat ini
ada kucing yang termuntah dan terkencing-kencing, ada yang tercirit
kerana sakitnya hendak dicabut nyawa. Mulut ternganga dan bagai sawan.
Air mata saya semakin lama semakin kering kerana sudah seolah rutin
melihat seekor demi seekor mati di atas tapak tangan. Namun setiap kali
mereka sedang nazak, air mata akan kembali mengalir deras. Jujur saya
katakan ia sangat menakutkan melihat malaikat Izrail mencabut nyawa.
Haiwan yang tidak berdosa ini berasa sakit sungguh, bagaimana pula kita
manusia yang pasti suatu hari akan mati? Dosa-dosa kita bertimbun. Bagi
seekor kucing, sakit dicabut nyawa ini adalah sakit terakhir yang perlu
ditanggungnya. Bagi seorang hamba Allah yang berdosa pula, sakit
dicabut nyawa ini barangkali adalah yang pertama dan bakal disusuli
azab-azab barzakh yang lebih pedih. Azab kerana culas solat dan aurat,
azab kerana berkasar dengan ibu bapa, azab kerana mencuri tulang dalam
bekerja dan 1001 azab yang kita sendiri boleh fikirkan....
Astagfirullah... Astagfirullah... Astagfirullah... Hanya itulah kalimah
yang terketar-ketar saya mampu lafazkan saat tubuh lemah di atas riba
saya sedang kejang-kejang ditarik nyawanya.
Saya tidak
menangis kerana kucing-kucing ini mati atau kerana saya akan merindui
mereka. Saya menangis kerana saya khuatir cara bagaimanakah saya akan
mati dan cara bagaimanakah ahli keluarga saya akan mati. Saya berazam
berkali-kali untuk bertaubat dan mahu menjadi orang baik. Saya berazam
bersungguh-sungguh untuk mentaati perintah Allah dan menjauhi
larangannya. Kemudian apabila teringatkan bahawa kita tidak mungkin
masuk ke syurga sendirian degan begitu mudah kerana ada anak-anak, ahli
keluarga dan sahabat-sahabat yang akan menarik kaki kita ke neraka,
sekali lagi air mata saya tumpah. Lemah!!
Ya Allah... Sungguh
aku tak mampu untuk melawan nafsu sendiri tanpa kekuatan dari-Mu!
Sungguh aku tak mampu untuk beribadah sendiri tanpa kekuatan dari-Mu!
Sungguh aku tak mampu untuk mendidik anak-anakku, menunaikan segala
hak-hak manusia lain tanpa kekuatan dari-Mu. Ya Allah, berikanlah
hamba-Mu ini kekuatan....
Malam tadi saya seakan robot tanpa
perasaan. Hati rasa tenang sedangkan baru selesai membungkus bangkai
kesayangan saya dan membersihkan najis yang bertabur. Dengan wajah yang
tersenyum saya memaklumkan kepada emak tentang kematian kesayangan saya.
"Emak, kakak tidak mahu mereka mati sia-sia. Kakak mahu
kematian mereka menyebabkan kakak menjadi orang yang baik. Kakak tidak
rasa bersalah atau bersedih kerana kakak sudah buat yang terbaik. Sudah
beri ubat, sudah beri rawatan dan sudah teman hingga akhir. Ini baru
kucing mati, belum lagi orang kesayangan yang mati. Kakak tak mahu suatu
hari nanti kakak menyesal seumur hidup kerana pernah buat salah kepada
manusia yang pastinya akan mati. Penyesalan itu lebih sakit dari segala
penyakit fizikal. Kakak pilih untuk sabar. Apabila ingat begini, rasa
ringan segala masalah hidup." ujar saya.
"Biarlah orang kata kita bodoh kerana bersabar. Allah tahu dan ianya tidak datang secara percuma," sambut emak.
"Kita tidak akan mampu memperoleh hak kita walaupun kita
bersungguh-sungguh menuntutnya tanpa izin Allah. Sesungguhnya Allah
berkuasa ke atas segala-galanya, jadi kita kena yakin segala hak yang
tertunai dan hak yang terhalang adalah kehendak Allah. Maka kita tidak
akan tersinggung atau berkecil hati dengan manusia yang menyakiti kita.
Jika Allah hendak memberi, tiada yang dapat menahan. Jika Allah hendak
menghalang, tiada yang dapat melawan. Allah menjaga rezeki kita."sambung
saya lagi.
"Ya.. Terlalu sedikit kita bersyukur dibandingkan dengan nikmat yang Allah berikan. Takutnya kalau kita terlupa..."
Ujian itu menyakitkan. Kesakitan yang menyebabkan kita makin dekat pada
Allah itu hikmah. Kesakitan yang menyebabkan kita makin jauh daripada
Allah itu bala.....
#Mari sahabatku, bersiap untuk mati..
#COPY PASTE DARI K.LILLAH#
Usrah 1
"Orang yang saya rasa paling sayangkan saya, sahabat saya. Dia berusaha carikan saya sahabat supaya dapat bimbing saya mendekati Allah.Serius. Sangat2 terharu bila dia sudi usaha gitu.=').Walaupun kami jauh. Jujur saya katakan, saya sangat cemburu akhirnya dia berjaya bertemu dengan orang baik- baik. Ada teman ke program2. Saya masih sendiri. Tergapai-gapai seorang diri.Terasa bagai cinta diduakan. hehe. Tapi umi teringat "HUSNUDZHON!!". Takkan saya lambat, dia pun kena lambat. Saya taknak pentingkan diri. Takkan kerana sayangkan saya, saya nak biarkan dia dengan saya 24jam. Dia juga perlukan sesuatu untuk perbaiki diri dia.Takkan nak mesej, telefon saya 24jam ye tak?hehe. Kadang- kadang saya harap, dia mesej saya. Tapi tula. Sayang dan cinta dalam berukhuwah bukan perlu bersms, telefon, chat, komen2 kat fb. Tetapi DOA. Kerana "power of Dua', nobody can expect", kerana itu antara senjata paling hebat yang Allah bekalkan ke hambaNYA...Tapi tak tahu lah.Macam saya je yang paling sayang dia.hehe.Tapi dia pernah cakap dia ada dua sahabat yang paling dia sayang(Perasan kejap..hehe) Moga Allah memberkati ukhuwah kami.Bila umi rasa malas nak berubah dek ujian yang sekecil2nya yang umi punya poyo buat jadi besar, umi teringat kat dia. Nak jadi kuat macam dia.Walau tiada siapa di sisi.Sebab umi sayang dia sangat2.................Dan orang yang paling saya sayang sangat4x adalah ayah. Ayah tak pernah cakap dia sayangkan saya. Tapi dari perbuatan dia dah cukup membuktikan segalanya. Dia sanggup panjat bumbung rumah orang, pasang lampu, kipas, panjat tangga tinggi. Padahal dah berumur 65 tahun.Bayangkan.huhu. 65 tahun, larat buat apa?Tapi ayah, masih kuat.huhu.. Pernah suatu hari,ayah betulkan kipas kat bilik tanpa memakai baju. Sebab abang takde, jadi umi tolong ayah pass2 alatan. Bila ayah dah sampai hujung tangga, hati berdebar2, Allah, dah tua2 masih panjat tangga.huhu. Dari bawah saya perhati ayah, saya pegang tangga kuat2, walau tahu ayah berat, kalau ayah jatuh, saya tetap nak sambut ayah! Sedang leka memerhati, tiba2 nampak satu lebam biru di bahu ayah.Masa tu, air mata laju mengalir. Terus keluar bilik.Bila rasa dah ok, masuk balik.Pastu tanya ayah "Bahu ayah kenapa?". "Kenapa dengan bahu?Oh.Tadi jatuh"..Bayangkan! 65 tahun, jatuh, bahu lebam.Kalau sikit takpe. Dan sekali lagi, keluar bilik menangis.huhu.Petang tu, keluar dengan abang, tanya abang bahu ayah kenapa. Abang cakap ayah jatuh tangga dalam bilik air. Masa tuh, dalam hati Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya saya, sebab Allah masih panjangkan umur ayah. Alhamdulillah.."
*Dan tentang sahabat. Mungkin umi belum layak berjumpa dengan sahabat yang boleh bersama2 ke majlis ilmu, bersama2 dalam erti kata menuju keredhaan Allah. Tetapi sahabat2 yang ada di sekeliling umi sebenarnya dah banyak membantu umi. Perhatikan mereka, muhasabah diri, dan akhirnya umi ketemu jawapan kenapa aku tak beroleh sahabat 'alim2'. Allah nak mendidik umi dengan cara yang berlainan. Sahabat2 umi semuanya Alhamdulillah baik2. Alhamdulillah Allah kurniakan mereka .. (* ^).Yang penting, jangan pernah merasa diri BAIK. Kena rasa kita ni HAMBA ALLAH YANG PALING HINA selalu.Kerana kita ni HAMBA yang sering berbuat dosa.Tak pernah lelah membuat dosa.=(.Tak pernah berasa cukup setelah diberi nikmat.
*Kalau nak dapatkan keredhaan Allah, nak berhijrah, nak bertaubat, nak buat apa je, kena ingat. "All I need is Allah"."Everything is about Allah". Jangan bergantung dengan orang lain. Kelak kita hanya menanti tanpa usaha..Usaha..Usaha.. Dan terus berusaha. Kemudian, letakkan segalanya pada Allah. Dan berdoa, semoga setiap amalan kita kerana Allah. Semata2 untuk keredhaanNya. Semata2 untuk CINTANYA.
Allahu rabbi.Betapa besar rasa kasihan rasa sayang DIA pada hambaNya. ='(
*Terlalu banyak nak cerita. Dah 2x usrah. Tapi sempat cerita ni je buat masa ni. Sebab malam ni rindu sangat dekat ayah. Jadi update usrah minggu lepas punya minggu lepas..=)
*Sedang cuba menyibukkan diri dengan business, aktiviti2...supaya tak buat perkara yang sia2. supaya tak mengganggu orang lain..Semalam baru je kacau masa Izzati sobri dengan Azura Azai...=)
*Twitter sudah berjaya deactivated. Sedang cuba mengurangkan penggunaan FB(fb ni agak susah sikit kot.nak2 BintuAbi dah bukak dropshipper under umi.Alhamdulillah. rezeki Allah).
*Hari2 mak telefon, "umi, macam mana 'tu'?ada kurang tak?".. huhu...setiap kali mak tanya tak tahu nak jawab camna..tak mau jumpa doktor dah...=(..
*Usrah 1 dan 2 ade cerita pasal nama2 Allah..nanti umi share lagi ye...bila berkelapangan...(* ^)
*Kalau nak dapatkan keredhaan Allah, nak berhijrah, nak bertaubat, nak buat apa je, kena ingat. "All I need is Allah"."Everything is about Allah". Jangan bergantung dengan orang lain. Kelak kita hanya menanti tanpa usaha..Usaha..Usaha.. Dan terus berusaha. Kemudian, letakkan segalanya pada Allah. Dan berdoa, semoga setiap amalan kita kerana Allah. Semata2 untuk keredhaanNya. Semata2 untuk CINTANYA.
Allahu rabbi.Betapa besar rasa kasihan rasa sayang DIA pada hambaNya. ='(
*Terlalu banyak nak cerita. Dah 2x usrah. Tapi sempat cerita ni je buat masa ni. Sebab malam ni rindu sangat dekat ayah. Jadi update usrah minggu lepas punya minggu lepas..=)
*Sedang cuba menyibukkan diri dengan business, aktiviti2...supaya tak buat perkara yang sia2. supaya tak mengganggu orang lain..Semalam baru je kacau masa Izzati sobri dengan Azura Azai...=)
*Twitter sudah berjaya deactivated. Sedang cuba mengurangkan penggunaan FB(fb ni agak susah sikit kot.nak2 BintuAbi dah bukak dropshipper under umi.Alhamdulillah. rezeki Allah).
*Hari2 mak telefon, "umi, macam mana 'tu'?ada kurang tak?".. huhu...setiap kali mak tanya tak tahu nak jawab camna..tak mau jumpa doktor dah...=(..
*Usrah 1 dan 2 ade cerita pasal nama2 Allah..nanti umi share lagi ye...bila berkelapangan...(* ^)
Friday, 8 March 2013
Makan dalam talam??

Kita selalu bersyukur dengan nikmat kaya, harta benda , keluarga, rakan2 dan lain2 lagi. Tapi kita jarang bersyukur, jarang nampak yang Allah sangat2 PEMURAH, Maha Mengasihani. DIA lahirkan kita di dalam agama Islam.DIA beri kita nikmat sebagai MUSLIM. Alangkah bertuahnya kita. Lahir- lahir, dah ISLAM. Cuma, Allah bagi kita pilihan. Samada ingin terus menjaga ISLAM dengan sebemar2 cara atau sekadar islam di mulut. Pilihan samada kita ingin melawan fitrah atau mengikut firah..
Lagi 1, saudara tu celoteh..
Syaitan punya banyak jarum2 berwarna-warni. Yang tsangat kreatif, sehingga orang yang banyak ilmu boleh terpedaya. Boleh jadi bicara syaitan---> "Ko buat baik kenapa? Kalau Allah dah tetapkan kau neraka, neraka jugak.Kau usahalah macam mana sekali pun tetap neraka.Takdir Allah sebelum kau lahir lagi dah ditetapkan"..Jadi, kita nak pujuk diri kita, nak bidas balik syaitan tuh macam mana?.. "At least aku dah usaha sebaiknya. Dah usaha sampai nafas terakhir. Kalau aku ditempatkan di neraka sekalipun, aku dah berpuas hati. Tetapi, kalau aku tak usaha, dan masuk neraka, memang layak tempatku di situ. Aku takkan berpuas hati kerana dah seksa diri aku".
Allah...Allah...
Lagi 1 nikmat kita sebagai Muslim.
Bayangkan kita dilahirkan sebagai kafir. Sudah tentu tempat kita di neraka dulu kini dan selamanya kecuali kita masuk ISLAM.
Nampak tak betapa indahnya Allah. Betapa mulianya Allah...
Allah...
Allah ciptakan hidung kita ini, lubangnya ke bawah.
Bayangkan lubang hidung ke atas, bila hujan, menadah air hujan la jawabnya.
Allah Maha Mengetahui..Allah lah segalanya..=')
Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai insan terpilih.
Insan yang sangat2 bertuah..Allah...
Dan lagi 1 nikmat yang umi berjaya kecapi...weeee
Alhamdulillah...
Makan dalam talam beramai2..
Yang lagi bestnye, umi dok dengan sapa2 ntah.
Sahabat PERKIM. hehe..
Main duduk je sebab dah terliur dengan mihun, ayam segala menu tuh.
Tiba2......
Sahabat2 ni tadi, pakat dok suap2 ke mulut orang.
Umi dah pelik, sampai la diorang nak suap ke mulut umi. Allah.
Serius sebak. Indahnya ukhuwah..
Indahnya...Indahnya...
Tapi umi tak boleh la nak makan banyak sangat.
Kena sedar diri, gigi dah berpagar, kena kunyah slow2, kena makan benda lembut je.
Sahabat2 ni tadi tak tahu kondisi gigi umi.hehe..
Bantai la diorang dok suap lepas satu, satu...Ha, sudah!.
hehehe...
Tapi, serius lah....
sweet memory..Best ever after yang Allah sudi bagi selepas diuji hebat...
Errr...Lupa nak cerita.
Program ni anjuran saudara exco Biro Dakwah dan Tarbiah Kelab Perkim kerjasama dengan kami Helwa P. Islam.
Alhamdulillah, program pertama Helwa semester ni.
*Lupa nak update entry "Allah, aku nak nikah"..
Insya-Allah, ada masa lebih, umi update..
Wanshang hao..Assalammualaikum...
"Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang soleh dan solehah. Jadikan kami anak yang soleh dan solehah.Jadikan kami kakak, adik, sahabat, pelajar dan jiran yang soleh dan solehah...Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau beri kami hidayahMu. Ya Allah, tetapkan hati kami. Tambahkan ilmu kefahaman tentang ilmuMu, agamaMu kepada kami. Permudahkan kami ya Allah"
Amin...Amin... ya rabbal alamin
Saturday, 2 March 2013
Welcome Super Duper Senior
Wednesday, 23 January 2013

Dan jawapannya??
Eira takde pakwe...
Insya-Allah sehingga dia berkahwin baru dia akan ada pakwe..
Sekarang pun dah ada pakwe..
Sugar daddy a.k.a AYAHANDA dia..;)
| ok..yana dah putih...*nak kena pakai de putih balik ni |
Wednesday, 9 January 2013
IMAM vs Bakal Imam????
*Ada yang perlekeh cara umi berpakaian sekarang... Ni salah satu sebabnya.. Sebab Allah. Sebab umi takut. Takut salah umi, kena tempias kt mak ngan ayah.. Jadi, umi slow2 ubah ke pemakaian yang lebih baik..
*Umi xbaik pun..tapi sedang ke arah itu...
*Cukup sudah kejahilan yang umi buat dulu.. ='(
*Umi xbaik pun..tapi sedang ke arah itu...
*Cukup sudah kejahilan yang umi buat dulu.. ='(
Subscribe to:
Posts (Atom)










